Pengajaran 3-2
Langkah Pertama: Mendapat Inspirasi melalui Lakaran
Lengkah Kedua: Menghuraikan Lakaran melalui Rajah Blok
Langkah Pertama: Mendapat Inspirasi melalui Lakaran
Lengkah Kedua: Menghuraikan Lakaran melalui Rajah Blok
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Saya sudah siap!
Ini lakaran saya!
Solusi saya adalah satu robot
yang boleh ikut landasan di lantai untuk bergerak.
Robot saya macam kereta api
di landasan kereta api.
Matahari kan akan bergerak, jadi,
robot saya akan bergerak mengikut waktu.
Idea Yu Jie bagus,
tapi saya rasa masih kurang sesuai
sebab matahari bukan gerak
di tempat yang sama setiap hari.
Saya masih ingat Cikgu Sains kita, Cikgu Yi Thing
pernah jelaskan tentang analemma
iaitu perubahan posisi matahari
mengikut hari dalam satu tahun.
Matahari itu bergerak di tempat yang lain setiap hari
Jadi solusi Yu Jie macam kurang sesuai!
Aliesya, idea saya macam mana pula?
Saya nak hasilkan satu robot tangan
yang boleh gerak solar panel!
Hm, saya baru perasan,
saya ada masalah yang sama dengan hasil Yu Jie!
Robot saya akan bergerak mengikut waktu
jadi kurang bagus juga.
Aliesya, Yu Jie nak dengar idea Aliesya pula.
Ah, projek saya,
saya dapat inspirasi daripada bunga matahari,
bunga matahari kan bergerak sentiasa
menghadap ke matahari.
Robot saya juga akan berpusing menghadap matahari
pada setiap masa dengan adanya penderia cahaya!
Ohhh!
Saya rasa kan, sekarang
robot Aliesya hanya boleh bergerak pada satu paksi sahaja,
apakata, kita tambah lagi satu paksi,
supaya robot Aliesya juga
boleh gerak ke atas dan bawah.
Saya setuju dengan Navehshah.
Satu lagi penambahbaikan,
sebab sekarang dah tambah lagi satu paksi pergerakan,
apa kata kita tambah lagi 2 penderia cahaya!
Baiklah.
Dah siap!
Wah!
Aliesya, sekarang kita dah ada lakaran,
tibalah masa untuk
buatkan rajah blok!
Ya betul. Pertama sekali,
kita tahu kita akan ada input
iaitu cahaya matahari.
Input ini boleh diperihalkan lagi
kepada cahaya matahari
dari kiri, kanan dan atas.
Output dia pula adalah pergerakkan solar panel
ke kiri-kanan dan atas-bawah.
Seterusnya,
kita boleh tambahkan penderia cahaya dan juga motor.
Motor yang sesuai digunakan di sini
adalah servo motor.
Kita boleh mengawal darjah pusingan servo motor.
Jadi,
ini memang sesuai untuk kegunaan projek ini
dengan memanipulasikan darjah
puisingan servo motor,
kita boleh gerakkan solar panel itu
ke arah yang dikehendaki.
Di sini kita perlukan mikropengawal
sebagai bahagian proses.
Nampaknya Aliesya sudah ada
perancangan nak buat projek ini!
Jom kita bertolak balik ke makerspace
untuk buatkan projek kita!
Klik pada butang ">" untuk memahami fenomena analemma dalam konteks kehidupan harian.
Fenomena analemma membuktikan kedudukan matahari yang berbeza pada waktu yang berbeza sepanjang tahun.
Bagi menghasilkan pengesan tenaga solar yang dapat mengesan kedudukan matahari, solusi ini memerlukan penderia cahaya.
Pertama sekali, kita perlu mengenali komponen elektronik yang diperlukan bagi input dan output projek.
Jawapan: 1 darjah kebebasan bagi pergerakan kiri kanan. (Rujuk Pengajaran Robotik 1-5 untuk memahami apakah itu darjah kebebasan)
Kita boleh meningkatkan keberkesanan pengesan solar dengan menambah lagi satu darjah kebebasan. Selain bergerak ke kiri dan kanan, kita juga boleh mengerakkannya ke atas dan bawah.
Contoh rajah blok yang belum lengkap.
Klik pada butang ">" untuk mengetahui jumlah penderia cahaya yang diperlukan dan sebabnya.
Dengan ini, kita boleh nyatakan bahawa 3 penderia cahaya akan digunakan untuk projek ini.
Rajah blok lengkap projek pengesan solar.
Rajah blok kita kini sudah lengkap! Dalam video seterusnya, anda akan belajar lebih lanjut tentang penderia cahaya dan servo motor yang digunakan!