(Dari kiri) Nahvehshah, Dania, Yu Jie dan Aliesya ialah rakan sekolah anda yang akan menemani anda sepanjang kelas Robotik ini.
Sudah tak sabar nak mulakan kelas kan! Pada hujung kelas Robotik, anda akan menguasai asas robotik dan membina projek robotik yang bergerak!
Ikut langkah-langkah berikut untuk mengikuti kelas Robotik:
Kelas Robotik ini mempunyai 5 pengajaran.
Dalam setiap pengajaran, terdapat kuiz A dan kuiz B dengan jumlah markah 50 markah. Untuk lulus kelas ini, anda wajib mendapat 70% (35/50 markah) dalam kuiz pengajaran 1, 2, dan 5. Pengajaran 3 dan 4 adalah opsyenal.
Selepas menyiapkan kuiz, semak keputusan anda pada portal semakan.
Selepas lulus pengajaran 1, 2, dan 5, mohon untuk sijil pencapaian.
Berikut adalah perjalanan kelas robotik:
Anda hanya akan menerima sijil jika anda telah mohon sijil dan mendapat 35/50 markah dalam Pengajaran 1, 2, dan 5.
Untuk yang telah daftar kelas >>>
Masih ada soalan? Klik pada portal FAQ