Robotik 4-1
Reja Angkasa
Reja Angkasa
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Kapten! Kapten! Ada serpihan besi dari arah pukul 7!
Cepat elak! Pusing 270 darjah ke arah starboard!
Kapten, sana ada asteroid!
Tembak dan pecahkan asteroid itu!
Aye aye kapten!
Alamak tertembak kapal angkasa lain!
Mereka tembak kita balik!
Kapten! Kita akan ditembak peluru photon
dalam kiraan 5, 4, 3, 2, 1...
Ah! Jangan jangan!
Eh, Navehshah kenapa?
Ohh rupa-rupanya mimpi!
Tadi saya mimpi
saya jadi kapten kapal angkasa
dan kamu semua kru saya!
Wah! Hebat Navehshah!
Seronok tidak pandu kapal angkasa?
Seronok juga!
Tapi, banyak sangat reja angkasa lepas
sampai saya tertembak kapal angkasa lain!
Apa itu reja angkasa?
Reja angkasa atau dalam bahasa Inggeris,
space debris ialah sisa-sisa bahan buatan manusia
terpakai yang ditinggalkan di angkasa lepas.
Senang kata, sampah angkasa.
Angkasa lepas pun ada sampah?
Macam mana itu?
Contohnya, satelit lama,
bahagian roket yang tertanggal
akibat pelanggaran atau penguraian.
Serpihan ini boleh kekal terapung berselerak
di orbit dan mungkin boleh mendatangkan bahaya
atau merosakkan kapal angkasa yang
lalu lalang dan satelit.
Buat masa sekarang,
terdapat hampir 130 juta
reja angkasa ada di orbit bumi!
Wah! Banyaknya!
Bahaya juga sampah angkasa ini!
Semakin maju teknologi, saya rasa jumlah
reja angkasa ini pun akan
bertambah setiap tahun!
Ya, betul!
Tadi dalam mimpi saya,
memang ada reja angkasa yang
hampir langgar kapal saya!
Saya rasa, mungkin kita boleh bina robot
yang boleh mengutip sampah di angkasa lepas
dan kurangkan risiko kemalangan
dan kerosakan kepada kapal angkasa!
Nampaknya kita dah telah berjaya melakukan
langkah pertama penghasilan projek,
iaitu mengenal pasti masalah!
Langkah kedua, jom buat lakaran!
Eh, tunggu!
Tidak perlu buat lakaran dahulu!
Sebelum kita lakar,
apa kita pergi tengok kapal angkasa saya dalam...
Virtual Reality (VR)!
Jom kita pakai!
Klik pada butang ">" untuk memahami reja angkasa dan impaknya kepada pembangunan teknologi angkasa.
Sebenarnya, reja angkasa lepas juga tercipta apabila reja-reja angkasa lepas besar berlanggar dan berurai.
Semua reja ini akan kekal terapung berselarak di orbit bumi dan mungkin mendatangkan bahaya atau merosakkan kapal angkasa dan satelit yang masih aktif di angkasa lepas.
Berikut adalah beberapa contoh kejadian pelanggaran atau pemushanah satelit.
Walaupun saiz reja kecil, tetapi reja itu akan bergerak pada kelajuan yang amat tinggi (26,000 km per jam). Ini akan menyebabkan kerosakan serius pada objek yang dilanggarnya!