Pengajaran 2-3
Langkah Ketiga: Mengenali Komponen Elektonik dan Membina Badan Projek
Langkah Ketiga: Mengenali Komponen Elektonik dan Membina Badan Projek
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Dari rajah blok, kita boleh tahu projek robot kita ini perlukan komponen-komponen elektronik seperti berikut:
3 penderia ultrasonik
2 motor
1 roda castor
Jom kita mula bina robot!
Badan robot sudah siap! Sekarang, kita perlu sambungkan litar semua komponen.
Untuk projek robot ini, kita juga akan gunakan papan pengembangan, atau dalam Bahasa Inggeris, expansion board.
Mengapa perlu gunakan papan pengembangan?
Nampak tak dalam rajah blok ini ada pemacu motor? Papan pengembangan juga boleh berfungsi sebagai pemacu motor. Papan pengembangan juga boleh membantu mengembangkan lagi bilangan pin yang ada pada micro:bit.
Sebenarnya ada pelbagai papan pengembangan yang ada di pasaran yang boleh lakukan fungsi yang sama!
Ohh saya dah faham! Jadi, untuk sambungkan penderia ultrasonik, saya perlu sambungkan ke sini kan?
Ya betul. Untuk motor pula, kita perlu sambung ke sini
Nampak tak komponen ini (point at the black thing next to the motor)? Inilah pemacu motor. Sebenarnya pemacu motor ini berfungsi seperti otak kecil. Arahan untuk menggerakkan motor akan dihantar dari microbit ke chip ini. Kemudian, chip ini akan memproses maklumat dan mengawal motor yang bersambung ke sini.
Dalam 4 elemen asas robot, kita sudah ada input (point at ultrasonic), output (point at motor) dan pengawalan (point at microbit)
Bagaimana pula dengan sumber kuasa?
Soalan yang bagus! Sebenarnya jika kita sambungkan microbit ke papan pengembangan ini, papan pengembangan ini boleh bekalkan kuasa kepada microbit dan juga semua komponen yang bersambung kepadanya.
Kita Cuma perlu bekalkan kuasa kepada papan pengembangan itu sahaja!
Dah siap! Langkah seterusnya, jom kita tuliskan aturcara untuk program ini!
Langkah ketiga adalah untuk membina badan projek. Untuk membina projek ini, anda memerlukan bahan, alat, dan perkakasan berikut:
Kadbod A3 x 1
Batang aiskrim x 3
Span x 2
Batang gam x 1
Batang sate x 2
Pistol gam panas x 1
Pisau pemotong x 1
Pembaris x 1
Pensel x 1
Gunting x 1
Kompas x 1
Papan pengembangan Reka:bit x 1
Papan micro:bit x 1
Penderia ultrasonic x 3
Motor disertai tayar x 2
Wayer Reka:bit x 1
Bateri AA x 4
Pemegang bateri AA Reka:bit x 1
Roda castor x 1
Pemutar skru kecil x 1
Langkah 1: Lukis bulatan pada kadbod.
Diameter bulatan ialah 28cm, jejari bulatan ialah 14cm.
Langkah 2: Potong bulatan dengan pisau pemotong.
Langkah 3: Buat ukuran untuk tayar.
Posisi tayar harus selari pada bahagian bawah bulatan supaya badan kereta dapat berjalan dengan seimbang.
Langkah 4: Potongkan bahagian kadbod untuk tayar.
Langkah 5: Sambungkan motor.
Langkah 6: Bina tapak untuk roda castor.
Ketinggian tapak harus setinggi tayar di bahagian belakang supaya badan kereta dapat berjalan dengan seimbang.
Langkah 7: Lekatkan roda castor ke bahagian belakang badan projek.
Langkah 8: Lekatkan pemegang bateri ke bahagian belakang badan projek.
Langkah 9: Lekatkan papan pengembangan ke bahagian atas badan projek.
Langkah 10: Lekatkan penderia ultrasonik di kiri, depan, dan kanan.
Langkah 11: Cucuk lubang untuk menyambungkan wayar ke bahagian atas badan projek.
Langkah 12: Sambungkan wayar motor ke papan pengembangan.
Langkah 13: Kemaskan wayar dan lekatkan span.
Langkah 14: Sertakan hiasan.
Langkah 15: Sambungkan wayar ultrasonik ke papan pengembangan.