Pengajaran 2-5
Langkah Kelima: Membina Atur Cara Projek
Langkah Keenam: Menguji Kefungsian Projek dan Membentangkan Hasil Produk
Langkah Kelima: Membina Atur Cara Projek
Langkah Keenam: Menguji Kefungsian Projek dan Membentangkan Hasil Produk
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Kita dah ada jadual untuk tentukan bagaimana robot kita bergerak. Robot akan bergerak bergantung kepada situasi yang ada di hadapan penderia.
Sekarang, kita perlu program projek kita. Saya rasa struktur kawalan ulangan jenis WHILE adalah yang paling sesuai. AA, apakah itu struktur kawalan ulangan jenis WHILE?
Struktur kawalan ulangan jenis WHILE akan mengulangi sesuatu tindakan selagi syarat adalah benar.
Dalam gelung, atau struktur kawalan ulangan, kita perlu pastikan ada 4 langkah yang nyata, iaitu
Permulaan
Penyemakan
Tindakan
Kemas kini
Contohnya, bayangkan satu algoritma yang akan terus keluarkan bunyi selagi suhu mencecah 40 darjah selsius.
Dalam robot kita, selagi atau dalam bahasa Inggeris, WHILE, ketiga-tiga penderia tidak mengesan halangan di hadapannya, robot akan terus bergerak ke hadapan.
Carta alirnya adalah seperti ini:
Senang kan?
Hmm...Jadi...kalau kita nak tambahkan situasi lain… contohnya situasi di mana penderia depan dan kiri mengesan objek tetapi penderia kanan tidak mengesan objek, kita perlu tambahkan lebih banyak gelung WHILE! Betul tak?
Betul!
Contohnya, jika kita ingin tambahkan situasi baru, kita boleh buatkan carta alir seperti ini:
Bagaimana pula untuk mengaturcara?
Senang sahaja! Kita mula dengan pembacaan nilai ultrasonik.
Tekan Advanced kemudian Extensions dan carikan blok grove. Selepas itu, blok grove akan muncul pada laci blok anda.
Tekan grove dan dapatkan blok ultrasonik untuk membentuk gabungan blok berikut.
Ulangi langkah ini untuk dapatkan nilai bagi penderia ultrasonik yang lain.
Sekarang, kita boleh mula membina aturcara untuk gelung WHILE
Dari blok Logik, anda boleh gabungkan dua blok “AND” untuk membentuk blok gabungan tiga AND
Isikan nombor yang sesuai. Di sini, nombor yang ada pada gabungan blok mewakili jarak yang dikesan, dalam ukuran cm
Seterusnya, kita boleh masukkan blok motor, yang juga ada di blok rekabit
Dengan ini, kod untuk terus bergerak ke hadapan selagi tiada halangan sudah siap. Dah siap!
Eh, macam belum! Tadi AA ada sebut tentang 4 langkah, gelung sekarang tiada langkah “kemaskini”! Kalau tidak letak langkah dalam gelung WHILE, nanti program kita akan ada ralat!
Hmm, saya rasa, untuk tambahkan langkah kemaskini ,kita perlu baca nilai sekali lagi, seperti ini:
Betul tu DN. Nasib baik DN ada ingatkan saya! DN, saja nak uji DN, boleh ke kalau saya nak tambah syarat lain? Misalnya tambah situasi di mana hanya penderia ultrasonik kanan sahaja yang tidak mengesan objek?
Senang sahaja, kita perlu ulangi blok WHILE, dan menukar 2 perkara berikut:
Syarat di WHILE loop (Bahagian merah)
Gerakan motor (Bahagian biru)
Tepat sekali! Marilah kita sama-sama bina aturcara untuk robot kita ini!
Pengajaran 2 dah selesai! Dalam video ini, kita telah membantu DN untuk menghasilkan robot bagi membantu nenek DN.
Dalam pengajaran ini, kita telah pelajari 4 topik iaitu:
Cara menulis rajah blok
Komponen pemacu motor, penderia ultrasonik dan papan pengembangan
Konsep pengaturcaraan operator logik dan gelung WHILE
Cara untuk mengaturcara motor, penderia ultrasonik dan gelung WHILE
Jangan lupa, mantra kita dalam pembelajaran future skills: tonton, baca, cuba dan ulang lagi! Itu sahaja untuk pengajaran kali ini! Harap kawan2 semua dapat belajar ilmu baru hari ini!
Stuktur Kawalan Jenis While mempunyai 4 langkah utama, iaitu:
Permulaaan - Mengisyitiharkan pemboleh ubah/ pemalar utama
Penyemakan - Menyemak sekiranya nilai pemboleh ubah memenuhi syarat
Tindakan - Melaksanakan program jika syarat dipenuhi
Kemaskini - Mengemaskini nilai pemboleh ubah
Tibalah masa untuk cuba sendiri! Klik PAUTAN INI untuk membina kod anda!
Cara membina atur cara (Langkah pertama gelung WHILE: Permulaan)
Hasil atur cara langkah permulaan.
Langkah permulaan:
Klik "Extensions" > cari "grove" > pilih grove extension.
Klik "Variables" > klik "Make a Variable" > cipta tiga pemboleh ubah - depan, kiri, kanan.
Bina atur cara seperti di atas.
Cara membina atur cara (Langkah kedua gelung WHILE: Penyemakan)
Hasil atur cara langkah penyemakan.
Langkah penyemakan:
Klik "Loops" > dapatkan blok "while".
Klik " Logic" > dapatkan blok operator logik > dapatkan blok perbandingan.
Set syarat penyemakan dengan menggunakan blok "Variables".
Cara membina atur cara (Langkah ketiga gelung WHILE: Tindakan)
Hasil atur cara langkah tindakan.
Langkah tindakan:
Klik " REKA:BIT" > dapatkan blok "run motor" > setkan motor yang mana dan kelajuannya.
Klik "Basic" > dapatkan blok "show leds" > bina paparan LED.
Cara membina atur cara (Langkah keempat gelung WHILE: Kemas kini)
Hasil atur cara langkah kemas kini.
Langkah kemas kini:
Ulangi langkah permulaan dan letakkan atur cara tersebut ke dalam blok gelung while.
Hasil atur cara (Gerak ke depan jika tiada halangan).
Tibalah masa untuk membina atur cara yang lengkap di mana persekitaraan mempunyai halangan! Klik PAUTAN INI untuk membina kod dan elakkan semua halangan!