Pengajaran 4-5
Langkah Kelima: Membina Atur Cara Projek
Langkah Keenam: Menguji Kefungsian Projek dan Membentangkan Hasil Produk
Langkah Kelima: Membina Atur Cara Projek
Langkah Keenam: Menguji Kefungsian Projek dan Membentangkan Hasil Produk
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Navehshah,
cuba Navehshah buat aturcara
untuk microbit slave!
Tugas ini macam susah,
tetapi ingat ya,
salah satu cara kita boleh selesaikan
masalah rumit adalah dengan memisahkan
masalah besar itu kepada bahagian-bahagian kecil
dan selesaikan masalah kecil itu satu persatu.
Boleh!
Saya akan cuba buat gerakan
satu motor servo dahulu!
Betul tidak Aliesya?
Hm, kurang tepat.
Sebenarnya bacaan penderia darjah itu
adalah dari 0 ke 1023.
Darjah pusingan untuk motor servo pula
adalah 0 ke 180.
Jadi,
kita tidak boleh terus pakai nilai bacaan itu
dan gunakan sebagai nilai pusingan motor servo.
Kita perlu tukar nilai bacaan itu
kepada satu julat data yang sesuai
dengan menggunakan blok map value
yang ada di blok matematik.
Blok map ini
boleh menukar nilai bacaan dari
satu julat data ke julat data yang lain.
Untuk aturcara kita,
ia akan kelihatan seperti ini,
iaitu menukarkan nilai bacaan dari julat
0 ke 1023 ke julat 0 ke 180.
Aliesya,
bukan 180 lah!
Darjah pusingannya bukan 180 darjah,
tetapi darjah pusingannya 270!
180 perlu ditukar kepada 270!
Aliesya, masih ingat tidak
masa buat projek pengesan solar,
kita perlu pastikan nilai pusingan itu
tidak melebihi 180 darjah
atau kurang dari 0 darjah?
Kita perlu pastikan yang
sama untuk ini juga!
Jika penderia itu mengesan
darjah pusingan melebihi 180 darjah,
ia akan kekal pada 180 darjah sahaja.
Kod aturcara akan terlihat seperti ini.
Ah, terlepas pandang pula tentang
julat nilai bacaan dan juga darjah pusingan!
Terima kasih Navisya!
Naveshsha,
jom kita sama-sama buat untuk
dua lagi motor servo!
Dengan ini,
kita sudah selesai untuk pengajaran 4!
Dalam pengajaran ini,
kita telah membantu Navisya
menghasilkan satu robot mengutip sampah
di angkasa lepas!
Dalam pengajaran ini,
kita telah mempelajari 3 topik
iaitu, nombor satu,
fungsi dan cara menggunakan radio.
Nombor dua, konsep protokol komunikasi
master dan slave.
Nombor tiga, penukaran julat
dan melalui blok map.
Jangan lupa mantra kita
dalam pembelajaran Future Skills:
tonton, baca, cuba dan ulang!
Baiklah itu saha--
Aliesya! Aliesya!
Kapal kita dapat mengesan ada serpihan
satelit di bahagian kiri kapal!
Masa untuk menggunakan robot baharu kita!
Aye Aye kapten!
Itu sahaja untuk pengajaran kali ini!
Harap kawan-kawan semua dapat
belajar ilmu baharu hari ini!
Blok matematik ini akan menukarkan julat nilai dari satu julat ke julat lain.
Contoh 1: Blok map sebelah memetakan nilaiPenderiaDarjahPusingan dari julat nilai sebenar 0 - 1023 ke julat nilai baharu 0 - 270.
Contoh 2: Apakah yang akan dipaparkan?
Andaikan x ialah skor peperiksaan yang mempunyai julat nilai 0 - 100.
Kita tetapkan nilai x ke 10. Kemudian, kita ingin menukarkan julat nilai x ke julat nilai baharu iaitu 0 - 1000.
Nilai x merupakan nilai 10% daripada julat 0 ke 100, maka 10% dari nombor julat 0 ke 1000 adalah 100.
Jadi, Y akan menjadi nilai 100. "100" akan dipaparkan.
Masalah berkaitan dengan perbezaan nilai bacaan antara komponen yang berlainan akan mempengaruhi kejituan output robot.
Contohnya, penderia darjah pusingan boleh mengesan darjah pusingan sebanyak 270 darjah. Namun, servo motor hanya mampu pusing dari 0 ke 180 darjah.
Kita boleh mengatasi masalah sedemikian melalui aturcara.
Melalui penggunaan stuktur kawalan pilihan dan penambahan syarat baharu, kita dapat menjaminkan darjah pusingan servo motor tidak melebihi 180°.
Tibalah masa untuk membina atur cara yang lengkap bagi ketiga-tiga servo motor dan penderia darjah pusingan! Klik PAUTAN INI untuk robot master dan PAUTAN INI untuk membina robot slave!