Pengajaran 5-4
Teknik Pemikiran Komputasional
Teknik Pemikiran Komputasional
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Sebelum kita hasilkan prototaip projek, kita perlu hasilkan dua perancangan dahulu, iaitu perancangan rajah blok dan perancangan aturcara
Pertama, perancangan rajah blok. Berdasarkan lakaran, dua penderia ultrasonik akan disambungkan kepada motor servo motor untuk supaya ia boleh berpusing
Semua ini akan disambung kepada mikropengawal, dan kemudian kepada motor servo
Rajah blok yang lengkap akan kelihatan seperti ini:
Seterusnya, perancangan aturcara. Untuk merancang aturcara, kita perlu berfikir seperti komputer. Kita pisahkan masalah yang ada kepada masalah-masalah kecil terlebih dahulu.
Di sini, kita tahu motor servo yang dipasang bersama penderia ultrasonik akan bertindak seperti leher.
Maknanya, ia akan bergerak separuh pusingan ke kiri dan separuh pusingan ke kanan.
Selagi pusingan belum lengkap, ia akan terus bergerak ke kiri.
Jadi, pseudokod kita mesti akan ada dua gelung WHILE, satu untuk pusing ke kanan, dan satu lagi untuk pusing ke kiri
Di setiap gelung, apa akan berlaku? Mata, atau penderia ultrasonik akan membaca maklumat di sekeliling. Apabila objek dikesan, motor servo yang diikat dengan tali dan loceng, atau tangan - akan bergerak. Pergerakan ini akan terhasil dan loceng akan berbunyi dan menghalau burung.
Mari imbas kembali. Kita perlu lengkapkan 3 proses. Proses melihat ke kanan, proses melihat ke kiri dan proses apa akan berlaku jika pergerakan dikesan.
Inilah pseudokod yang separuh siap. Di sini, kita boleh lihat bahagian proses melihat ke kanan
Selagi pusingan darjah tidak cukup 180 darjah, maka ia akan terus berpusing ke kanan. Ini boleh dilihat di bahagian “JIKA TIDAK”
Proses untuk menggerakkan tangan pula boleh dirujuk di sini:
Kita perlu baca kedua-dua mata untuk mengesan kehadiran burung. Apabila ada burung menghampiri, tangan itu akan bergerak.
Okey. Sekarang, boleh tak anda tolong fikirkan untuk bahagian untuk menggerakkan leher ke kiri?
Klik pada butang ">" untuk mendalami pemikiran komputasional.
KLIK SINI untuk mendapatkan templat carta gantt dan bajet untuk perancangan projek.