Pengajaran 1-4
Elemen robot ketiga: Penderia / Sensor
Elemen robot ketiga: Penderia / Sensor
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Seperti manusia dan haiwan, selain daripada memproses maklumat, kebanyakkan masanya, robot juga perlu mengesan persekitaran dan membuat keputusan.
Maklumat yang masuk ke pengawal untuk tujuan pemprosesan adalah input manakala maklumat yang keluar dari pengawal dikenali sebagai output.
Jadi elemen yang ketiga dan keempat adalah berkenaan dengan input dan output.
Elemen ketiga adalah penderia, atau sensor.
Penderia membolehkan robot untuk mendapat maklumat dari persekitaran. Maklumat penderia dalam bentuk ringkas adalah seperti butang untuk ditekan ataupun bentuk yang lebih rumit seperti gambaran 3 dimensi kawasan persekitaran.
Secara lazimnya, penderia dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu penderia aktif dan penderia pasif.
Penderia aktif adalah penderia yang menghantar isyarat atau signal ke persekitaran dan mendapatkan maklumat melalui isyarat yang dipantul balik. Macam susah nak faham kan? Jangan risau, kita ambil contoh kelawar. Seperti yang kita belajar dalam subjek sains, deria penglihatan kelawar adalah amat lemah sehingga kelawar boleh dikatakan buta. Kelawar dapat “melihat” dengan mengeluarkan bunyi ultrasound melalui mulutnya, dan menerusi bunyi yang dipantul balik, kelawar boleh dapatkan gambaran persekitaran dengan jelas.
Ini adalah satu contoh penderiaan secara aktif. Begitu juga dengan robot ini.
Robot ini menggunakan penderia ultrasonik dan dengan mendapatkan pantulan ultrasonik, robot ini tahu untuk mengelak dinding di depannya.
Selain daripada ultrasonik, terdapat banyak lagi penderia aktif seperti radar, Radio Detection and Ranging dan juga lidar Light Detection and Ranging. Secara lazimnya, kereta pandu diri atau robot yang memerlukan penderiaan persekitaran yang lebih tepat, kebanyakkannya menggunakan sistem penderia aktif kerana ia boleh memberikan gambaran persekitaran yang lebih tepat dan jitu.
Ambil contoh Tesla, Tesla mempunyai sistem pandu diri tahap 2 apabila sistem autopilot diaktifkan. Persatuan Antarabangsa Jurutera Otomotif telah mengkaslifikasikan sistem kereta pandu diri ke 5 tahap. Kereta yang tahap 2 bermaksud sistem pintar kereta boleh mengambil alih fungsi memandu dengan adanya pemantauan dari manusia. Kereta Tesla dilengkapi dengan teknologi radar, ultrasonik dan juga kamera untuk melakar dan membentuk gambaran 3 dimensi di dalam komputer Tesla. Komputer tersebut kemudian memandu kereta berpandukan maklumat 3 dimensi itu!
Selain daripada penderia aktif, kita juga ada penderia jenis pasif. Penderia jenis pasif tidak mengeluarkan sebarang isyarat ke persekitaran, dan ia hanya membaca maklumat atau isyarat yang sedia ada di persekitaran. Penderia jenis pasif jauh lebih banyak berbanding jenis aktif. Kebanyakkan penderia adalah jenis pasif, contohnya penderia suhu, kamera, penderia sentuh, butang dan sebagainya.
Penderia pasif biasanya boleh didapatkan di robot industri, contohnya, dengan adanya penderia pasif yang mengesan keberadaan manusia, kita boleh mengurangkan kemalangan di kilang.
Kita harus memasang penderia yang bersesuaian bergantung kepada fungsi robot yang dikehendaki. Contohnya, robot industri seperti ini.
Manakala untuk robot ini, untuk membenarkan ia berjalan mengikut garis hitam, robot ini telah dilengkapi penderia aktif infrared yang dapat memancarkan cahaya infrared dan dari pantulan cahaya, menentukan sama ada robot itu berada pada garis atau tidak!
Berikut adalah perbezaan antara input dan penderia/ sensor. Klik pada butang ">" untuk pemahaman secara mendalam.
Berikut adalah perbezaan antara penderia aktif dan penderia pasif. Klik pada butang ">" untuk pemahaman secara mendalam.
Cuba teliti perbezaan antara penderia aktif dan penderia pasif: