Robotik 3-1
Tenaga Boleh Diperbaharui
Tenaga Boleh Diperbaharui
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Hi semua, saya Nahvehshah,
hos anda yang keempat!
Aliesya, apa yang kita pelajari
dari rumah pak cik Amiry tadi?
Saya baru tahu, ada tempat-tempat di Malaysia
yang tiada elektrik seperti rumah Pak Cik Amiry tadi.
Tahukah anda?
Di Malaysia, hampir 100% penduduk
mempunyai akses kepada tenaga elektrik.
Namun begitu, menurut satu laporan daripada Bank Dunia,
Malaysia masih lagi mempunyai cabaran,
terutamanya di kawasan pedalaman
dan kawasan yang susah dicapai
oleh grid tenaga kebangsaan.
Susah juga kalau tiada tenaga elektrik!
Saya tidak boleh bayangkan kalau
tidak ada elektrik di tempat tinggal saya!
Tapi usah risau!
Terdapat beberapa inisiatif kerajaan Malaysia
yang memastikan semua rumah di Malaysia
ada akses kepada tenaga elektrik.
Contohnya, TNB ada buatkan projek tenaga hybrid
untuk banyak kawasan di Malaysia.
Projek ini menggunakan tenaga
dari penjana bahan api serta
serta tenaga-tenaga alternatif seperti
tenaga solar untuk penjanaan tenaga elektrik.
Kampung yang kita pergi tadi pun
di bawah projek TNB ke?
Belum lagi!
Tapi itu pun sebab Pak Cik Amiry
bukan selalu tinggal dalam rumah itu!
Dia kan renjer hutan.
Jadi dia hanya singgah di situ,
beberapa hari setiap minggu!
Ohh begitu ya!
Saya ada nampak Pak Cik Amiry
pasang sesuatu di rumahnya!
Adakah itu panel solar?
Ya! Yang itu adalah solar panel.
Aliesya dan Yu Jie, ada perasan tak?
Panel solar itu letak di lantai macam itu sahaja!
Saya rasa panel solar yang itu
kurang efisyen lah.
Sebab matahari kan bergerak ke tempat
berlainan sepanjang hari.
Anda boleh bayangkan
daun ini sebagai panel solar
dan jari saya sebagai matahari,
apabila matahari bergerak dari timur ke barat,
sudah tentu kadangkala cahaya itu
tidak sampai ke panel solar!
Saya rasa kita boleh selesaikan masalah ini
dengan membuat panel solar yang boleh bergerak
mengikut matahari.
Satu pengesan solar!
Dengar macam menarik!
Jom kita cuba buatkan projek ini!
Langkah pertama macam sudah buat?
Ya! Langkah pertama adalah memahami
pengguna dan masalah.
Di sini, masalah kita adalah panel solar
tidak dapat pancaran matahari sepenuhnya!
Ha ah! Okay,
langkah kedua adalah...
Buat lakaran!
Jom kita cari tempat yang sesuai
untuk buat lakaran!
Jom!
Klik pada butang ">" untuk memahami tenaga boleh diperbaharui dalam konteks Malaysia.
Permukaan panel solar menghasilkan tenaga elektrik berdasarkan jumlah cahaya matahari yang diterima.
Semakin banyak permukaan didedahkan kepada cahaya matahari, semakin tinggi jumlah tenaga akan dihasilkan.
Namun, kedudukan matahari adalah tidak tetap dari siang sehingga ke petang.
Bagi menjamin panel solar akan dapat menjana tenaga dengan maksima, panel solar perlu bergerak dan menghadap matahari pada setiap masa seperti bunga matahari.
Sebenarnya, hampir semua stesen penjana tenaga solar komersil ada kebolehan untuk mengesan lokasi matahari dan bergerak menghadap ke matahari pada setiap masa.
Sumber gif: c.tenor.com