Pengajaran 4-4
Langkah Kelima: Membina Atur Cara Projek
Langkah Kelima: Membina Atur Cara Projek
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Baiklah!
Sebelum kita menulis aturcara
untuk microbit kita,
jom kita cuba fahamkan dahulu
bagaimana radio microbit berfungsi!
Idea bagus!
Saya pun tidak pernah guna fungsi radio ini!
Terdapat 3 cara maklumat boleh dihantar
melalui fungsi radio pada microbit,
iaitu penghantaran nombor,
penghantaran rentetan atau perkataan
yang dipanggil sebagai string dan juga
penghantaran pasangan nama-nilai,
atau name-value pair.
Untuk projek ini,
elok kita guna penghantaran pasangan nama-nilai.
Apakah itu jenis pasangan nama-nilai?
Anda boleh bayangkan kamus dwibahasa.
Setiap perkataan Bahasa Melayu dipadankan dengan
perkataan dengan maksud
yang sama dalam Bahasa Inggeris.
Contohnya, api dalam Bahasa Melayu akan
dipadankan dengan fire dalam Bahasa Inggeris.
Saya tahu!
Ini kerana kita perlu bacakan
nilai dari 3 penderia dan hantarkan
3 maklumat kepada microbit slave kan?
Jadi setiap penderia akan diberi “nama”
dan nilai yang dibacakan
akan dipadankan kepada nama tersebut!
Tepat sekali!
Mari kita cuba buat satu program ringkas
untuk belajar fungsi radio pada microbit!
Blok radio ada pada bahagian Radio.
Dalam aturcara ini,
kita akan menghantar dua nilai A
dan B dari microbit Master ke microbit slave,
dan microbit akan memaparkan nilai A
atau nilai B bergantung kepada butang
yang ditekan di microbit slave.
Mula-mula,
kita perlu pastikan kedua-dua microbit master
dan slave ditetapkan dengan kumpulan radio yang sama.
Contohnya,
jika kita tetapkan kumpulan radio
sebagai kumpulan 1 pada master,
maka kita perlu tetapkan kumpulan radio slave
sebagai kumpulan 1 juga.
Seterusnya,
saya akan hantarkan satu maklumat
untuk paparan butang A
dari microbit master ke microbit slave.
Di sini, nama pasangan nama-nilai
adalah A dan nilainya adalah 5.
Untuk slave,
kita perlu gunakan blok
“On Radio Received name Value”
Kita perlu tetapkan
syarat pemprosesan berdasarkan “name” yang diterima.
Jadi kita boleh gunakan blok “IF”.
Untuk bahagian syarat,
kita perlu bandingkan “name” yang diterima.
Untuk membuat perbandingan ini,
kita perlukan blok compare
dari jenis blok text,
dan masukkan nilai yang diperlukan.
Blok “name” itu boleh ditarik dari blok
“on radio received” seperti ini.
Seterusnya,
apakah tindakan yang akan berlaku
sekiranya name yang diterima itu adalah A?
Microbit slave akan tetapkan nilai
nilai paparan A ke nilai yang diterima seperti ini:
Ulangi langkah yang telah dubuat tadi
untuk komunikasi nilai butang B pula.
Langkah terakhir,
kita boleh tuliskan aturcara
untuk memaparkan nilai A dan B
apabila butang yang berkaitan ditekan.
Sekarang,
program kecil ini sudah lengkap.
Microbit master akan menghantar nilai A
dan B melalui radio kepada microbit slave
dan microbit slave akan memaparkan nilai ini
apabila butang ditekan.
Maksudnya,
jika saya ubah nilai di blok ini
di microbit master.
Nilai yang bakal dipaparkan
oleh microbit slave juga akan berubah?
Tepat sekali!
Saya dah tahu!
Jadi, pseudokod kita untuk
microbit master adalah seperti ini:
Mula,
Tetap nilai kumpulan radio ke 1.
Jika benar, tetap nilai p1
kepada nilai dibaca di penderia darjah 1.
Tetap nilai p2 kepada nilai dibaca
di penderia darjah 2.
Tetap nilai p3 kepada nilai dibaca
di penderia darjah 3.
Hantar nilai p1 melalui radio
kepada microbit slave.
Hantar nilai p2 melalui radio
kepada microbit slave.
Hantar nilai p3
melalui radio kepada microbit slave.
Tamat!
Okay, saya dah siapkan untuk bahagian pertama,
untuk baca nilai p1.
Hebat!
Mari selesaikan untuk p2
dan p3 pula!
Okay!
Micro:bit boleh menghantar maklumat secara jarak jauh melalui Radio atau Bluetooth.
Untuk berkomunikasi dengan micro:bit yang lain, kedua-dua micro:bit (master dan slave) harus bersambung kepada kumpulan radio yang sama.
Terdapat 3 cara maklumat boleh dikongsikan melalui fungsi radio micro:bit, iaitu melalui:
(A) Data jenis nilai integar
(B) Data jenis huruf atau perkataan
(C) Pasangan nama-nilai
Cara pertama adalah untuk menghantar nilai tunggal. Cara ini boleh menghantarkan satu nilai nombor pada satu masa. Contoh penggunaan penghantaran data jenis nilai integar:
Contoh kod robot master: Robot master sentiasa menghantar nilai integar 1 dan 0 secara bergilir.
Contoh 1: Robot slave sentiasa memaparkan nombor yang diterima.
Contoh 2: Robot slave memaparkan bentuk hati besar apabila "1" diterima. Bentuk hati kecil dipaparkan apabila "1" tidak diterima.
Cara kedua adalah untuk menghantarkan data jenis huruf atau perkataan. Contoh penggunaan penghantaran data jenis huruf atau perkataan:
Contoh kod robot master: Robot master menghantar huruf "A" apabila butang A ditekan.
Contoh 1: Robot slave sentiasa memaparkan huruf/teks/perkataan yang diterima.
Contoh 2: Robot slave memaparkan bentuk hati besar apabila huruf "A" diterima.
Cara ketiga ialah penghantaran pasangan nama-nilai, atau dalam Bahasa Inggeris, name-value pair.
Pasangan nama-nilai merupakan salah satu struktur data asas yang wujud dalam pengaturcaraan. Pasangan nama-nilai mempunyai dua atribut, iaitu nama dan nilai. Dengan merujuk kepada nama, anda boleh dapat nilai nama tersebut.
Pasangan nama-nilai juga dikenali sebagai jenis data Dictionary kerana ciri pasangan yang serupa pasangan perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kamus dwibahasa.
Contoh kod robot master: Robot master membaca nilai dari penderia suhu dan penderia cahaya, kemudian menghantarkan kedua-dua nilai melalui Radio ke robot slave.
Contoh 1: Robot slave menetapkan nilai suhu dan cahaya berdasarkan nilai yang diterima.
Contoh 2: Robot slave memaparkan maklumat pasangan nama-nilai melalui komunikasi serial berdasarkan maklumat yang diterima. Contohnya: “suhu : 18°c”; “cahaya : 120”.