Robotik 2-1
Aplikasi konsep robotik
Aplikasi konsep robotik
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Hi Dania, tengah buat apa tu?
Ohh, saya tengah merancang satu robot untuk menolong nenek saya di kampung. Nenek dah tua. Dia tak larat nak mop lantai setiap hari. Jadi saya nak cipta sebuah robot untuknya.
Robotik ini sebenarnya adalah salah satu sub bidang dalam kejuruteraan mekatronik. Kejuruteraan mekatronik merupakan bidang ilmu yang menggabungkan semua elemen asas kejuruteraan seperti sistem elektrik, elektronik, mekanikal dan pengaturcaraan
Oh, saya tahu. Kesemua elemen ini digabungkan untuk membolehkan sesuatu mekanisme atau mesin bergerak mengikut perancangan kita.
Kehidupan moden harian kita tak boleh lari daripada bidang mekatronik. Semua projek mekatronik boleh diwakili dengan rajah blok.Dania, cuba beri saya satu contoh produk yang ada elemen mekatronik
Pintu automatik di rumah!
Ah boleh
Rajah blok dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu input, proses dan output.
Jom kita cuba bina rajah blok untuk pintu automatik.
Di bahagian input, kita boleh nyatakan jenis input yang diterima dan juga hasil output yang dikehendaki
Jangan lupa, pintu ada fungsi keselamatan juga! Jika ada objek yang menghalang pintu daripada ditutup, pintu tak boleh tutup.
Ya betul. Jadi, kita boleh tambahkan lagi satu input
Seterusnya, kita boleh tetapkan peranti input yang juga dikenali sebagai sensor dan juga peranti output, yang juga dikenali sebagai aktuator kepada rajah blok kita.
Eh? Kenapa pula aktuatornya ada dua? Dan kedua-dua terletak dalam satu petak yang sama? Apa itu pemacu motor?
Motor secara amnya, perlu dipasang bersama dengan pemacu motor. Pemacu motor berfungsi sebagai satu sistem kawalan robot. Kita perlu gunakan pemacu motor untuk mengawal kelajuan dan juga arah motor itu bergerak.
Sekarang, bahagian terakhir yang perlu kita tambahkan ke rajah blok kita adalah bahagian proses. Apakah yang mengawal sistem tersebut
Ah saya dah faham! Jadi Y, kita lukis rajah blok ini sebagai langkah pertama ya?
Sebenarnya melukis rajah blok bukan langkah pertama. Masih ingat tak kita pernah bincang tentang proses rekabentuk kejuruteraan? Langkah pertama adalah untuk memahami kehendak pengguna.
Ya! Dalam situasi saya,
Nenek saya dah tua, setiap kali saya balik kampung, saya rasa kasihan pada nenek kerana dia perlu sapu, bersih lantai dan juga jaga kedai.
Nenek juga selalu beritahu kami bahawa pinggangnya sakit bila mop lantai. Jadi Y nak hasilkan satu robot untuk tolong nenek mop lantai setiap hari!
Tapi DN memang tak ada idea untuk lukis rajah blok!
Haaa, saya tahu kenapa! Sebab DN masih tak ada idea nak buat projek apa! AA dan YJ boleh tolong DN untuk fikir dan lukiskan beberapa lakaran. Lepas tu, kita boleh fikir nak gunapakai lakaran yang mana. Dari situ, barulah lebih mudah untuk kita lukiskan rajah blok!
Jom!
Robotik merupakan salah satu sub bidang dalam kejuruteraan mekatronik.
Klik pada ikon berikut untuk mendalami kejuruteraan mekatronik.
Seperti kejuruteraan mekatronik, kesemua elemen di atas digabungkan dalam konteks robotik untuk membolehkan sesuatu mekanisme atau robot bergerak mengikut perancangan kita.
Kita mengguna rajah blok untuk merancang mekanisma sebuah robot.
Secara umumnya, rajah blok mempunyai tiga bahagian, iaitu Input, Proses dan Output.
Input - Bahagian yang menerima isyarat dan maklumat dari persekitaran.
Proses - Bahagian yang memproseskan isyarat dan maklumat.
Output - Bahagian yang melaksanakan sesuatu aksi/tindakan berdasarkan arahan/atur cara yang ditugaskan.
Masukkan blok warna jingga ke bahagian rajah blok yang sesuai, kemudian tekan butang anak parah ke kanan berwarna unggu untuk menyemak jawapan anda.