Pengajaran 5-2
Bahayanya Burung Pipit di Sawah
Bahayanya Burung Pipit di Sawah
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Seperti kata Dania, langkah pertama dalam proses reka bentuk kejuruteraan adalah memahami masalah.
Saya dah buat temujanji dengan salah seorang petani di sini, Uncle Khaw.
Tapi, dah tengah hari, Uncle Khaw tak datang-datang lagi? Hmm
WY ride motorcycle through the paddy field to meet YJ
Aiyo sorry sorry uncle lambat hari ini. Hari ini dekat sawah banyak kerja!
Tak apa uncle Khaw. Mari kita ke bangku dan berborak!
Boleh boleh. YJ, lu mau minum air ah? Sekarang ah cuaca sangat panas o!
Tak apa uncle. Saya okey sahaja.
Ohh… Itu ah, saya cerita sama u, walaupun cuaca panas macam ini, uncle masih perlu turun sawah lah. Manyak susah!
Kenapa uncle perlu ke sawah apabila cuaca panas?
Itu burung lah. Manyak kacau. Dalam 2-3 bulan lepas tanam padi, burung pun datang. Uncle kena selalu turun halau burung. Kalau tak, nanti semua habis kena makan.
Macam mana uncle halau burung?
Macam-macam buat. Di sawah sana, ada letak itu orang-orang. Lagi, ada guna wisel - tiup. Ada guna ini juga.
Ini bunyi ah, burung manyak takut wo! Tapi nanti tak bunyi, burung datang lagi. Penat!
Oh, macam itu ya! Okey. Saya rasa saya sudah tahu apa masalah uncle sekarang! Uncle perlukan satu cara untuk menghalau burung tanpa perlu berada di sawah di bawah matahari panas!
Ya ya. Pandai YJ! Eh, sudah lambat. Uncle mau balik sambung kerja! Nanti bila YJ dah jumpa cara, cerita sama uncle. Uncle mau cuba test!
Bye uncle!
Bye YJ!
Hmm. Kita sudah tahu masalah yang dihadapi. Langkah seterusnya, kita perlu buat sedikit penyelidikan tentang masalah yang dihadapi. Untuk langkah ini, kita perlukan bantuan teknologi!
Klik pada butang ">" untuk menyertai perbualan antara Yu Jie dan Uncle Khaw.