Pengajaran 5-5
Aplikasi konsep robotik dalam masalah harian
Aplikasi konsep robotik dalam masalah harian
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Dengan adanya rajah blok dan pseudokod, kita sudah boleh mula menghasilkan projek. Biasanya, jurutera akan bekerja dalam kumpulan untuk melengkapkan sesuatu projek. Setiap orang dalam kumpulan akan diberi tugas khusus untuk menghasilkan projek. Jadi, saya akan hasilkan projek dan sambungkan komponen-komponen elektrik dengan...
Kamu semua sudah sedia?
YA!
Jom kita buat projek!
AA and YJ walks to DN and NS with the project prototype
Projek sudah siap! Aturcara sudah sedia?
Aturcara sudah sedia! Masa yang ditunggu sudah tiba!
DN clicks upload
All 4 looking intensely on the screen
Project doesn’t work
Eh, kenapa leher projek itu tidak bergerak pula?
Ini biasa berlaku apabila kita cuba hasilkan sesuatu projek baharu. Jangan risau, jangan gelisah! Jom cuba lagi!
Ini merupakan salah satu langkah dalam proses reka bentuk kejuruteraan, iaitu “Uji”
Sesuatu prototaip harus diuji dan dinyah pepijat, atau dalam Bahasa Inggeris, Test and Debug sebelum ia boleh digunakan.
AA, cuba semak sambungan wayar dan perhatikan ada masalah atau tidak
Ah ah, wayar tercabut. Tak apa saya sambung semula.
Okey. Saya pasti ini mesti bukan sebab sambungan wayar. NS, cuba semak aturcara - ada yang tak kena?
Saya semak dulu kod
Ah, dah jumpa! Ada ralat pada kod! Motor Servo sepatutnya disambung pada S1, tapi saya telah salah tulis aturcara untuk mengawal S3. Saya tukar sekejap!
Saya akan muatnaik aturcara lagi sekali.
YESSS! Projek kita sudah berfungsi!
Langkah terakhir adalah bentangkan dan kongsi projek kita kepada Uncle Khaw!
Jom!
Uncle Khaw, kami ada satu prototaip projek!
Ahhh, macam mana? Tunjuk sini, uncle mau tengok!
Mudah saja uncle. Mari saya buatkan demo
Waaa bagusnya idea lu semua! Okey2. Esok, uncle cuba pasang robot ini! Esok kamu semua boleh mari cari uncle, kita test boleh jadi produk betul tak!
Eh, datang lagi burung ni! Uncle mau pergi halau itu burung dulu ya! Harap-harap ini kali terakhir uncle pergi halau burung waktu panas ini!
Demikianlah projek kami yang sudah berjaya dikongsi kepada Uncle Khaw. Sebenarnya, jika anda semua berminat, anda juga boleh jadi jurutera dan hasilkan produk yang boleh membantu orang lain!
Betul itu YJ. Projek ini sebenarnya terinspirasi daripada sekumpulan murid di Keningau, Sabah. Mereka juga mengalami masalah yang sama dan ciptaan mereka berjaya mendapat pingat emas pertandingan Young Innovators Challenge peringkat negeri Sabah pada tahun 2018 dan seterusnya mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan. Projek itu juga menerima anugerah “Inspirasi Masyarakat” pada tahun tersebut!
Masalah kehidupan seharian tidak perlu dipandang sebagai masalah biasa. Kita semua ada kuasa untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa mengira besar atau kecil masalah tersebut. Kita semua perlu ada ilmu, kemahiran dan yang paling penting, hati untuk menjadi penyelesai masalah kehidupan seharian.
Sepanjang siri pengajaran ini, anda telah didedahkan kepada pelbagai ilmu dan pengetahuan untuk menjadi seorang penyelesai masalah. Dalam pengajaran ini, kita telah pun belajar lebih mendalam tentang proses reka bentuk kejuruteraan.
Buat kali terakhir dalam siri pengajaran ini, kami ingin mengingatkan anda mantra kita dalam siri pengajaran future skills:
Tonton
Baca
Cuba
Dan Ulang Lagi
Itu sahaja untuk siri pengajaran ini! Semoga kita dapat berjumpa dalam siri pengajaran yang akan datang! Jumpa lagi!
KLIK SINI untuk menonton video kemenangan penuh dari murid-murid di Keningau, Sabah.
Selepas Pengajaran 1 ke 4, kami yakin anda telah mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang secukupnya untuk membuat projek sendiri.
Secara amnya, ikutlah proses reka bentuk kejuruteraan untuk memulakan sebarang projek. Semoga maju jaya!