Pengajaran 5-3
Penyelidikan untuk Carikan Solusi
Penyelidikan untuk Carikan Solusi
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Langkah yang seterusnyanya dalam proses reka bentuk kejuruteraan adalah untuk menyelidik masalah yang wujud serta melakukan sumbang saran untuk mendapatkan idea-idea penyelesaian.
Untuk berbuat demikian, kita perlukan kuasa Internet! Jom selami Internet dan cari jawapan!
Hmm, saya tengah fikir, adakah masalah yang dihadapi oleh Uncle Khaw juga dihadapi oleh petani yang lain?
“Masalah burung pertanian”
Oh. Nampaknya masalah ini memang biasa berlaku.
Kita perlu fikirkan cara untuk mengawal burung yang makan padi di sawah.
Saya nak taip:
“Cara takutkan burung pertanian”
Untuk pastikan saya dapat sebanyak maklumat mungkin, saya juga akan buat carian untuk
“Cara halau burung di sawah”
Dan
“Cara kawal burung pertanian”
Memang banyak cara yang saya dapat temukan di Internet. Dengan inspirasi daripada semua cara itu, saya sudah hasilkan 3 lakaran yang mungkin boleh selesaikan masalah ini.
Ini adalah cara pertama yang terinspirasi daripada cara tradisional petani di kampung mengawal burung, iaitu dengan menggunakan orang-orang.
Tangan orang-orang ini boleh digerakkan ke atas dan ke bawah untuk menakutkan burung.
Idea kedua, juga terinspirasi daripada cara tradisional petani di kampung mengawal burung, iaitu dengan menggunakan bekas yang mengeluarkan bunyi seperti ini
Bezanya ialah, ciptaan ini akan menggunakan penderia ultrasonik untuk mengesan kehadiran burung. Benang akan terayun dan menghasilkan bunyi apabila kehadiran burung dikesan.
Idea ketiga pula tercetus daripada aktiviti petani meronda kawasan sawah dan menggunakan batang kayu yang diikat dengan kain untuk menghalau burung. Robot ini akan menggerakkan kain sekiranya mengesan adanya burung.
Sekarang kita sudah ada 3 penyelesaian yang berlainan. Tiba masa untuk memilih yang mana satu akan digunakan.
Dalam langkah sumbang saran ini, adalah penting untuk kita menyediakan beberapa cadangan solusi untuk dinilai.
Di sini, idea 1 mungkin kurang sesuai kerana, menurut bacaan dari Internet, orang-orang memang berkesan tetapi hanya untuk tempoh yang singkat sahaja. Lama-kelamaan, burung akan jadi biasa dengan orang-orang dan mereka tidak lagi takut dengan orang-orang itu.
Idea ketiga pun ada masalah yang sama seperti idea 1 juga. Tambahan pula, untuk kawasan sawah yang luas, mungkin petani perlukan banyak robot seperti idea pertama dan idea ketiga untuk menghalau burung perosak di sawah.
Idea kedua merupakan idea yang terbaik di antara 3 idea ini. Burung lebih takut akan bunyi berbanding pergerakan. Kita juga boleh menambah tali yang diikat dengan loceng kawasan sawah yang luas. Kemudian, kita boleh menambah komponen elektronik. Penderia ultrasonik akan bergerak kiri dan kanan dan mengesan kawasan sekelilingnya.
Jadi,
Inilah solusi yang kita akan cuba hasilkan! Lihat pada proses reka bentuk kejuruteraan, kita sudah tiba ke langkah merancang! Langkah seterusnya, hasilkan prototaip projek!