Pengajaran 2-2

Langkah Pertama: Mendapat Inspirasi melalui Lakaran

Langkah Kedua: Menghuraikan Lakaran melalui Rajah Blok

Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.

Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.

Transkrip

Sebenarnya kita boleh ambil inspirasi dari kehidupan kita untuk hasilkan robot, saya ada satu idea, apa kata...


Buatkan robot dengan ini!


Wa hebat! Tapi rupa robot berus ini macam mana?


Jangan risau, saya akan lukiskan! Apa kata, kami sama-sama lukis lakaran, dan lepas itu, kita pilih lakaran yang terbaik untuk dihasilkan!


Idea yang baik!


Robot A ini ambil inspirasi dari berus cat! Apabila robot ini bergolek, kawasan tersebut akan dilap.


Macam bagus, tapi....kalau ada halangan di depan macam mana? Robot ni boleh mengesan halangan ke? Alamak, saya baru perasan, robot saya (B) pun ada masalah yang sama! Nampak tak, robot ini rupanya seperti berus ini!


Haha, ya lah! Tak apa, saya ada satu lagi lukisan! Bagaimana pula dengan lukisan ini?


Lukisan ini ada penderia ultrasonik untuk mengesan halangan di hadapan. Kita boleh tuliskan aturcara supaya ia akan mengelakkan halangan.


Saya rasa ini idea yang paling bagus antara ketiga-tiga ini! Tapi, saya rasa boleh tambahbaik lagi reka bentuk ini.


Contohnya, kita boleh buatkan robot dalam bentuk bulat. Saya rasa kalau bentuk segi empat, mesti nanti akan ada penjuru yang tak boleh dibersihkan!


Satu lagi, saya rasa, kita juga boleh tambahkan lagi dua mata di kiri dan kanan pada robot itu, supaya ia boleh mengesan objek yang ada di sebelah kiri dan kanan!


Betul! Okay, sekarang kita sudah ada lakaran, bolehlah kita bina rajah blok untuk robot ini!


Kita mula dengan bahagian yang paling ringkas dahulu,


Lepas itu, kita tambahkan satu demi satu setiap bahagian yang perlu. Di sini, penderia yang kita akan guna adalah penderia ultrasonik


Seperti yang kita sudah belajar dalam pengajaran 1, ultrasonik merupakan sejenis penderia aktif. Ultrasonik berfungsi seperti kelawar di mana gelombang bunyi dikeluarkan. Apabila gelombang bunyi dipantul balik, penderia ultrasonik boleh mengesan jarak objek yang ada di hadapannya.


Untuk robot kita, kita boleh gunakan sistem 3 roda, iaitu robot dikawal oleh 2 motor dan 1 roda castor.


Pengawalan arah dan kelajuan ditentukan oleh motor, manakala roda castor dapat membantu robot bergerak ke mana-mana arah sahaja.


Anda boleh bayangkan seperti ini:

  • Jika motor kanan dan motor kiri bergerak pada arah yang sama dengan kelajuan yang sama, ia akan bergerak ke hadapan

  • Tapi jika motor kanan bergerak perlahan atau berhenti dan motor kiri bergerak seperti biasa, robot itu akan terpesong ke arah kanan. Begitu juga jika motor kiri bergerak perlahan, robot pun akan terpesong ke arah kiri.


Roda depan, roda castor tidak terjejas – kerana ia boleh bergerak 360 darjah, roda itu akan terus ikuti arah dan kelajuan motor di belakang

Can also demonstrate this with Zoombit


Jom lengkapkan rajah blok. Kita dah hampir untuk mula bina robot ini! Saya dah tak sabar!

Langkah pertama untuk memulakan projek adalah untuk melakarkan idea-idea menarik kita. Melalui lakaran, kita dapat mengetahui dan mengkaji konsep reka bentuk, keberkesanan solusi, bajet perbelanjaan, senarai perkakasan dan kepraktisan projek tersebut.

Setelah mengkaji dan membuat perbandingan antara idea-dea menarik melalui lakaran, barulah kita dapat memilih solusi yang terbaik. Solusi yang terbaik kadang-kadang didapati melalui gabungan beberapa idea atau penambahbaikan daripada salah satu idea.

Marilah kita belajar cara Dania dan Yu Jie mendapat idea yang terakhir.

Klik pada lakaran asal untuk mengenali hasil perbincangan mereka.

Seterusnya, langkah kedua adalah untuk membina rajah blok projek!

Kotak dalam warna jingga adalah pemberi isyarat/maklumat atau hasil output.

Pemacu motor digunakan supaya mikropengawal anda tidak terbakar! Pemacu motor mengehadkan arus dalam litar dan menukarkan arus rendah kepada arus tinggi supaya boleh memacu motor.