Pengajaran 1-6
Proses Reka Bentuk Kejuruteraan
Proses Reka Bentuk Kejuruteraan
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Memang saya sangat teruja belajar tentang semua teori robot ini! Tetapi, saya cuma fikir, macam susahlah nak bina robot! Bagaimana jurutera-jurutera boleh dapatkan idea dan membina robot?
Ah sebenarnya, jurutera dan ahli pakar robotik lazimnya akan mengamalkan satu proses reka bentuk yang dinamakan sebagai proses reka bentuk kejuruteraan atau Engineering Design Process.
Proses ini digunakan oleh jurutera untuk memandu penyelidikan dan pengembangan produk untuk jadikan impian mereka satu realiti.
Proses ini bermula dengan mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan dan juga kekangan yang sedia ada. Untuk buat demikian, mereka perlu berkomunikasi dengan pengguna produk atau kumpulan orang yang mereka ingin bantu.
Mereka juga akan melakukan kajian latar belakang mengenai masalah tersebut, termasuk mencari pakar yang dapat memberikan pandangan mengenai teknologi yang mungkin dapat disesuaikan atau memenuhi keperluan mereka.
Setelah mengenal pasti masalah dan kekangan, jurutera akan mula memikirkan sebanyak mungkin cara penyelesaian dan kemudian menapis cara-cara itu kepada satu atau beberapa cara yang mungkin boleh diambil atau dilaksanakan.
Mereka kemudian akan merancang dan cuba melaksanakan idea yang telah dipilih. Dalam proses penghasilan idea ini, jurutera akan membina, menguji dan menilai pelbagai prototaip. Dengan setiap prototaip, mereka belajar dari kegagalannya dan kembali ke langkah awal sehingga produk akhir dapat dihasilkan.
Oh begitu ya!
Baiklah, kita sudah pun sampai ke penghujung episode ini! Jom kita imbas kembali apa yang telah kita belajar dalam pengajaran ini – kita telah belajar tentang asal usul robot, elemen-elemen yang perlu ada pada robot dan juga proses reka bentuk kejuruteraan!
Jangan lupa, mantra kami dalam pembelajaran, tonton, baca, cuba dan ulang! Itu sahaja untuk pengajaran ini! Untuk pengajaran seterusnya, kita akan mula bina robot pertama kita!
Teliti dan klik pada setiap peringkat dalam proses reka bentuk kejuruteraan berikut untuk pemahaman lanjutan.
Proses reka bentuk kejuruteraan bukannya sesuatu proses linear.
Contohnya, selepas produk ditambahbaikkan, mungkin kita perlu rujuk balik kepada pengguna supaya memaklumkan penambahbaikkan produk dan mendapat maklum balas daripada mereka.
Ataupun, sekiranya produk itu gagal, mungkin kita perlu kembali ke peringkat sumbang saran supaya mendapat idea yang lebih bernas.