Pengajaran 4-2
Langkah Pertama: Memahami Masalah dan Solusi yand Sedia Ada
Langkah Kedua: Mendapat Inspirasi melalui Lakaran
Langkah Pertama: Memahami Masalah dan Solusi yand Sedia Ada
Langkah Kedua: Mendapat Inspirasi melalui Lakaran
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Saya sudah siap lakaran pertama!
Robot ini dilengkapi dengan jaring!
Saya dapat idea ini daripada cara orang
tangkap ikan di laut.
Apabila robot saya terbang dengan jaring itu,
ia akan menangkap semua sampah angkasa
masuk ke dalam jaring!
Idea yang amat menarik!
Cuma, cuba bayangkan
sampah yang terlalu kecil,
mungkin akan terlepas daripada jaring.
Untuk pusing robot dan pergi
tangkap satu sampah kecil sahaja,
macam tak berbaloi sahaja operasi ini!
Satu lagi, bagaimana jika jaring yang
ditebar tersalah kait
pada satelit yang masih berfungsi?
Robot Yu Jie tidak akan tangkap sampah sahaja nampaknya!
Ye lah!
Eh, saya baru terima pesanan daripada Aliesya!
Aliesya hari ini kena balik kampung melawat nenek,
jadi dia tidak boleh sertai kita hari ini!
Tapi, Aliesya ada hantar lakaran
dan pesanan suara lah!
Hi semua!
Robot saya berkonsepkan vakum!
Robot itu akan menyedut
semua sampah ke dalamnya
menggunakan kuasa vakum!
Saya rasa-
Saya dah tahu apa Navisya nak cakap!
Robot Aliesya pun ada masalah yang hampir sama
dengan robot saya!
Iaitu ia tiada pengesan yang akan
menyedut sampah sahaja.
Dengan vakum itu,
mungkin robot itu akan tersilap sedut satelit,
silap hari bulan,
dengan angkasawan dalam robot itu
sekali disedutnya!
Betul!
Jom tengok idea saya!
Saya terinspirasi dari robot pembedahan
dan juga robot industri pembuatan!
Robot ini berbentuk tangan
dan boleh dikawal dengan komputer!
Jadi, kita boleh mengawal tangan itu
untuk cengkam dan tangkap sampah sahaja,
bukan semua objek di angkasa lepas!
Idea yang bagus!
Saya ada satu cadangan.
Dengan mengawal set robot tangan itu,
kita boleh kawal tangan robot yang sebenar!
Hm, saya kurang faham lah!
Mungkin Yu Jie boleh lukiskan untuk saya?
Baiklah!
Nampak elok!
Mari kita kembali ke dunia sebenar
dan bina robot ini!
Jom!
Solusi penangkapan reja angkasa lepas boleh dikategorikan kepada 2 kategori umum, iaitu mempunyai kontak dengan reja atau tanpa kontak dengan reja. (Hasil kajian aero angkasa di Belanda yang bertajuk "Pengulasan dan perbandingan pelbagai cara menangkap dan membuang reja angkasa lepas").
Sebenarnya, buat masa sekarang, sudah ada beberapa syarikat robotik yang berjaya melancarkan dan mengujikan prototaip mereka di angkasa lepas.
Sebagai seorang pencipta dan penyelesai masalah, kita bukan sahaja perlu memikir tentang masalah yang kita semua sedang menghadapi, malahan, kita juga perlu fikirkan masalah yang akan timbul pada masa depan.
Saintis NASA Donald J Kessler pada tahun 1978 pernah menerbitkan satu kertas kajian yang meramalkan sekiranya masalah reja angkasa lepas tidak diselesaikan, masalah ini akan ada kesan kompaun.
Dalam kata lain, reja yang sedia ada di angkasa lepas akan mencipta lagi banyak reja melalui pelanggaran antara satu sama lain. Ini akan berlanjutan sehingga penerokaan angkasa lepas tidak dapat diteruskan.
Untuk maklumat lanjut: Filem Gravity (2013) yang dibintangi George Clooney dan Sandra Bullock menggambarkan situasi demikian di mana reja angkasa memudaratkan nyawa mereka.