Pengajaran 1-2
Elemen robot pertama: Sumber kuasa/ Sumber tenaga
Elemen robot pertama: Sumber kuasa/ Sumber tenaga
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Kawan-kawan, masih ingat lagi tak, apa elemen-elemen yang ada pada robot? Elemen-elemen itu adalah:
1. Sumber tenaga / sumber kuasa
2. Penderia, atau sensor
3. Cara kawalan robot
4. Bahagian yang boleh bergerak atau aktuator
Seperti manusia yang perlukan makanan untuk bekalkan kita tenaga, robot juga perlukan tenaga untuk berfungsi.
Bergantung kepada situasi dan tahap teknologi, terdapat pelbagai cara untuk robot dapatkan tenaga.
Kita ambil contoh robot di angkasa lepas.
Curiousity, iaitu robot yang ditinggalkan di planel Marikh, atau Mars Rover kepunyaan negara Amerika syarikat menggunakan sel bahan api jenis tenaga nuklear untuk menjana kuasa, manakala ZhuRong, dari negara China yang baru sahaja mendarat di Marikh pada bulan Mei 2021, menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa.
Canadarm, iaitu tangan robotik yang dipasang pada stesyen angkasa antarabangsa untuk tujuan penyelengaraan dan pembinaan stesyen angkasa juga dikuasakan dengan tenaga solar.
Untuk robot dalam air, atau bahasa Inggeris AUV, Autonomous Underwater Vehicle pula, sudah tentu ia tidak boleh menggunakan sumber tenaga solar. Jadi, sumber tenaganya adalah sel bahan api yang boleh dicas semula seperti sel Lithium Ion dan Lithium Polymer.
Begitu juga dengan robot di rumah seperti robot vakuum ini yang menggunakan sel bahan api yang boleh dicas semula. Untuk sesetengah robot vakuum rumah, ia juga mampu untuk kembali ke stesyen pengecasan sekiranya bateri sudah habis.
Robot-robot seperti ini perlukan bateri yang boleh dipasang terus di robot dan bukan bersambung kepada soket elektrik kerana robot-robot ini adalah robot yang bergerak. Oleh itu, mereka perlu perlu berada dalam bentuk untethered, atau bentuk tidak bersambung kepada satu tempat.
Untuk robot perindustrian atau robot yang tidak mengubah posisi, seperti robot pembuatan yang ini, robot-robot ini menggunakan bekalan kuasa dari grid tenaga.
Apabila kita menghasilkan robot, kita harus pertimbangkan apakah sumber kuasa yang sesuai dengan robot itu? Ini merupakan elemen yang terpenting kerana, tanpa bekalan kuasa, robot tidak boleh berfungsi.
Cuba anda fikirkan, apakah sumber kuasa yang digunakan untuk robot ini?
Untuk mempertimbangkan sumber kuasa yang sesuai, marilah kita meneliti dua faktor berikut. Klik pada butang ">" untuk mendalami setiap faktor.
Adakah robot itu memerlukan sumber elektrik yang berkuasa tinggi?
Adakah robot itu bergerak tanpa wayar?