Pengajaran 2-4
Langkah Keempat: Mengenali Operator Logik dan Merancang Algoritma
Langkah Keempat: Mengenali Operator Logik dan Merancang Algoritma
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Langkah pertama pengaturcaraan adalah untuk buat perancangan.
Di sini, projek kita ada 3 penderia ultrasonik, atau 3 “mata”. Jadi kita harus tentukan dahulu, apa akan terjadi dengan input dari setiap mata ini.
Untuk memudahkan situasi kita, mula dengan keadaan 1 mata dahulu!
Nampak macam ok kan?
Tapi, penderia ultrasonik itu melihat seolah-olah ke arah satu garis lurus ke depan. Jadi, jika ada objek di tempat ini (put it to the side of the front eye), ultrasonik tidak dapat mengesannya.
Kita kena fikirkan apa yang dilihat oleh mata kiri dan mata kanan juga
Ini barulah keadaan di mana tiada halangan di hadapan dan di sisi.
Dalam pengaturcaraan, untuk menyemak dua atau lebih syarat, kita boleh menggunakan operator logik.
Operator logik boleh menggabungkan nilai kebenaran, truth value dari dua atau lebih syarat untuk membentuk satu ungkapan logik. Kemudian, bergantung kepada operator logik yang digunakan, satu nilai kebenaran akan dikirakan.
Terdapat 3 operator logik asas, iaitu AND, OR dan NOT. Dalam situasi ini, amat sesuai untuk kita guna operator logik di sini untuk kirakan gabungan 3 syarat, iaitu mata depan, kiri dan kanan.
Dalam contoh ini
Jika mata depan, mata kiri dan mata kanan tiada halangan, robot akan bergerak ke hadapan. Pseudokodnya seperti ini:
Dalam operator AND, semua syarat yang dinyatakan perlulah benar baru ungkapan logik itu akan dapat hasil benar.
Ohh ini macam mak saya beritahu bahawa saya hanya boleh keluar main jika saya sudah siap kerja rumah dan kemas rumah. Dalam contoh ini, jika saya belum siap kerja rumah atau belum kemas rumah, saya tak boleh keluar main dengan kawan saya!
Jadual kebenaran adalah seperti ini:
Ya betul! Jadi, kita bayangkan, apabila robot mengesan halangan di depan dan kiri, tetapi tiada halangan di kanan, ia akan bergerak ke arah kanan seperti ini:
Semua situasi mata dah ditulis, jom kita isikan bersama semua tindakan yang lain!
Contohnya, atur cara berikut bermaksud jika nilai ultrasonik depan lebih daripada 10 DAN nilai ultrasonik kanan lebih daripada 10 DAN nilai ultrasonik kiri lebih daripada 10, baru BENAR.
Dalam erti lain, jika salah satu nilai ultrasonik lebih daripada 10 dan yang lain kurang daripada 10, tidak benar.
Untuk membina robot yang pandai elak halangan, kita perlu merancang algortima dengan mempertimbangkan pelbagai situasi berikut. Cuba fikirkan tindakan yang seharusnya bagi semua situasi di bawah.