Pengajaran 3-5
Langkah Kelima: Membina Atur Cara Projek
Langkah Keenam: Menguji Kefungsian Projek dan Membentangkan Hasil Produk
Langkah Kelima: Membina Atur Cara Projek
Langkah Keenam: Menguji Kefungsian Projek dan Membentangkan Hasil Produk
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Okey, Nahvehshah dah siap pseudokod!
Tadi, Aliesya janji akan jelaskan tentang output!
Nahvehshah tak sabar nak dengar!
Sabar sabar! Sebelum saya sambung
saya nak tanya satu soalan yang penting.
Ya, apa?
Bagaimanakah saya boleh masukkan gajah
ke dalam peti sejuk?
Mana boleh masukkan!
Senang sahaja, ada 3 langkah:
buka peti sejuk, letak gajah dalam peti sejuk,
dan tutup peti sejuk.
Okay okay! Sebenarnya, cerita gajah ada hikmahnya juga!
Satu perkara saya lupa nak jelaskan.
Sebenarnya, apabila kita cuba untuk menyelesaikan masalah
kita perlu pecahkan masalah kepada langkah yang kecil.
Contohnya, soalan kita, nak letak gajah ke dalam peti sejuk?
Nampak macam susah!
Tapi sebenarnya hanya perlu 3 langkah sahaja!
Apabila kita telah mengenal pasti 3 langkah tersebut,
kita hanya perlu fikirkan cara untuk memudahkan
lagi langkah-langkah tersebut.
Sebenarnya awal-awal tadi,
Saya dan Nahvehshah pun sudah buat demikian.
Perkara yang pertama kita perlu buat adalah
untuk membahagikan projek kepada
4 langkah yang mudah, iaitu:
Tetapan awal projek, baca input,
proses input dan laksana output.
Ye betul itu!
Kemudian, kita merancang setiap langkah tersebut.
Inilah yang dikatakan dalam pemikiran komputasional,
teknik peleraian iaitu membahagikan masalah
kepada bahagian-bahagian kecil yang mudah
dan selesaikan satu demi satu.
Setiap bahagian kecil itu merupakan
satu <i>subtugas</i> dan dengan menyelesaikan
<i>subtugas-subtugas</i> dan kemudian gabungkan
<i>s</i>emua penyelesaian kecil ini,
barulah kita dapat menyelesaikan masalah yang besar.
Kita boleh tuliskan <i>sub-aturcara</i> bagi setiap
<i>sub langkah</i> penyelesaian ini.
Secara amnya, terdapat dua jenis <i>sub aturcara</i>,
iaitu <i>sub atur cara function</i> dan <i>sub atur cara procedur.</i>
Dalam projek kita,
kita akan menggunakan <i>subaturcara procedur</i>
yang tidak memulangkan nilai balik
ke aturcara utama.
<i>Subaturcara</i> boleh diwakilkan dengan
simbol ini dalam carta alir.
Kita lihat satu contoh.
Contoh berikut ialah aturcara yang boleh memaparkan
paparan denyutan jantung selama 5 saat.
Ini menunjukkan tindakan “memanggil”
atau dalam bahasa Inggeris,
<i>calling prosedur</i> yang berkenaan.
Kemudian, kita akan lukiskan prosedur
dalam rajah carta alir yang lain.
Jom kita membina aturcara!
Kita boleh tuliskan prosedur dengan menekan <i>advanced,</i>
<i>Functions</i> dan akhir sekali <i>Make a Function.</i>
Berikan nama yang sesuai kepada prosedur ini.
Di sini, namanya adalah “Denyutan”.
Function kita kini sudah siap dicipta.
Masukkan kod arahan yang berkenaan ke dalam
koleksi blok function ini seperti berikut:
Function kita kini sudah siap!
Untuk memanggil function ini,
kita boleh pergi ke blok <i>Function</i> lagi,
dan gunakan blok “Call nama function”.
Akhirnya, aturcara lengkap kita berdasarkan
carta alir adalah seperti ini.
Nahvehshah ada satu soalan.
Kenapa tak terus letakkan
kod denyutan dalam aturcara utama?
Soalan yang amat bagus!
Terdapat beberapa kelebihan menggunakan prosedur,
yang pertama, prosedur yang telah ditulis,
boleh digunakan dalam kod yang lain,
atau dalam erti lain,
kita katakannya mempunyai “Reusability”
atau nilai kebolehgunaan semula yang tinggi.
Saya boleh gunakan prosedur "Denyutan" ini
dalam pelbagai situasi seperti ini,
atau ini,
atau ini,
dan ini.
Kelebihan yang kedua,
sekiranya saya ingin mengubahsuai prosedur saya,
dengan menukarkan blok dalam prosedur,
saya boleh memastikan perubahan ini berlaku
pada semua tempat prosedur ini dipanggil.
Contohnya, saya boleh tukarkan bentuk paparan
kepada bentuk muka.
Semua kod yang memanggil prosedur ini
kini akan memaparkan bentuk muka!
Wow, hebat!
Jadi, sekarang pseudokod kita akan menjadi seperti ini.
Ya betul!
Jadi, kita boleh hasilkan contoh fungsi
yang gerakkan robot ke kiri.
Kejap Aliesya!
Ini macam ada masalah!
Ini adalah kerana, nanti jika kita terus menolak,
ia akan sampai nombor yang kurang daripada nilai 0 darjah!
Untuk selesaikan masalah ini,
kita perlu tambahkan lagi kod untuk
mengelakkan situasi itu berlaku.
Jadikan ia seperti ini.
Dan untuk sebelah kanan pula,
kita kena pastikan nilai itu tidak melebihi 180 darjah.
Jadi, pseudokod kita adalah seperti ini.
Pandai Nahvehshah!
Jadi sekarang kita dah siapkan untuk
gerakan robot kita pada paksi X.
Jom kita mengaturcara untuk paksi Y pula!
Dengan ini, kita sudah selesai untuk pengajaran 3!
Dalam pengajaran ini, kita telah membantu Aliesya
untuk menghasilkan satu robot pengesan solar
yang boleh memastikan panel solar sentiasa
menghadap ke arah matahari!
Dalam pengajaran ini,
kita telah mempelajari 3 topik iaitu
komponen servo motor dan penderia cahaya,
konsep meleraikan masalah dan prosedur dalam pengaturcaraan,
dan menulis aturcara yang menggunakan prosedur.
Jangan lupa, mantra kita dalam pembelajaran Future Skills:
tonton, baca, cuba dan ulang!
Itu sahaja untuk pengajaran kali ini!
Harap kawan-kawan semua dapat
belajar ilmu baru hari ini!
Dalam bidang pengaturcaraan, pengaturcara sering memecahkan masalah kepada bahagian yang lebih kecil dan selesaikannya satu demi satu.
Simbol subatur cara dalam carta alir.
Untuk memudahkan cara membina atur cara, pengaturcara akan menuliskan subatur cara iaitu prosedur atau fungsi yang melakukan sesuatu tugas yang lebih kecil dan terperinci.
Dalam carta alir, subatur cara boleh diwakilkan dengan symbol di sebelah.
Dengan merujuk kepada simbol ini, kita boleh “memanggil” atau menggunakan subatur cara tersebut. Contohnya, carta alir berikut menunjukkan bahawa subatur cara “Denyutan” telah dipanggil apabila micro:bit dihidupkan.
Contoh carta alir utama di mana subatur cara "denyutan" dipanggil supaya dilaksanakan.
Contoh carta alir subatur cara.
Kemudian, kita boleh kembangkan subatur cara tersebut di carta alir yang lain daripada carta alir utama kita. Contoh berikut menunjukkan subatur cara “denyutan” .
Perhati bahawa langkah terakhir dalam satu subatur cara adalah kembali atau return. Ini bermaksud setelah subatur cara ini dilaksanakan, ia akan kembali kepada atur cara utama kita.
Untuk hasilkan subatur cara, kita boleh dapatkan blok “function’ dari laci Functions pada bahagian Advanced.
Membina atur cara subatur cara dengan meleretkan blok ke dalam blok function.
Subatur cara boleh dipanggil dengan meleret blok yang dituliskan “call <nama subatur cara>” pada laci blok Functions.
Subatur cara adalah satu amalan yang sangat lazim digunakan oleh pengaturcara. Klik pada butang ">" untuk memahami sebab pengamalan subatur cara disukai ramai.
Tibalah masa untuk membina atur cara yang lengkap bagi pengesan solar! Klik PAUTAN INI untuk meneliti atur caranya!