Ringkasan Pengajaran
Murid dapat memahami fungsi dan cara menyambung mikro servo motor 3V.
Murid dapat membina litar mikro servo motor 3V dan mengaturcara micro:bit untuk menggerakkannya menggunakan pengaturcaraan berasaskan peristiwa.
Motor yang berputar mengikut darjah putaran yang diaturcarakan (0 ke 180 darjah).
Semua pergerakkan dalam sistem elektronik memerlukan motor. Motor yang berlainan membolehkan putaran dan pergerakkan yang pelbagai, seperti kiri ke kanan atau berputar dalam satu arah. Motor yang berlainan mencapai matlamat yang berlainan.
Dalam dunia kawalan motor yang penuh aksi, dua jenis motor yang sering menjadi pilihan utama ialah servo analog dan servo digital!
Servo analog dan digital adalah komponen penting dalam sistem kawalan motor, masing-masing dengan kelebihan dan aplikasi yang berbeza. Servo analog menawarkan penyelesaian yang lebih kos efektif untuk projek yang tidak memerlukan ketepatan tinggi, sementara servo digital memberikan ketepatan dan responsif yang lebih baik, menjadikannya ideal untuk aplikasi yang kompleks seperti robotik dan automasi.
Servo motor yang digunakan dalam pengajaran ini ialah model EF92A. Bolehkah kita menggunakan motor yang lain? Mengapakah kita memilih motor yang memerlukan voltan sebanyak 3v sahaja?
Tonton dan ikut video ini untuk mengenali cara membina belalai sang gajah yang bergerak.
Bahan-bahan yang diperlukan:
micro:bit + wayar usb + mikro servo motor 3V + wayar penyambung + 3 klip buaya
Komputer
Layari laman makecode.microbit.org
Kertas warna + kadbod
Transkrip
gerakkan belalai gajah apabila butang A ditekan
ubah posisi pusingan belalai gajah apabila gajah digoncang
👉KLIK SINI👈 untuk cuba tugasan pada makecode.
Cara membina blok atur cara.
Hasil blok atur cara.
Sambungkan wayar warna merah ke pin 3V pada papan microbit, wayar warna hitam ke pin GND dan wayar warna kuning ke pin P0.
Sambungkan bateri (2 bateri AA) apabila menggunakan servo motor. Motor memerlukan kuasa yang lebih tinggi daripada apa yang boleh dibekalkan oleh wayar USB.
Klik "Extension"
Klik "Servo"
Cari blok "servos"
Ini adalah blok yang digunakan untuk mengawal darjah putaran servo motor.
Program micro:bit merujuk kepada carta alir berikut.
Layari Ruang Perbincangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.