Pengajaran 4

Ringkasan Pengajaran


6.4.2 Menerangkan fungsi semua perkakasan yang digunakan dalam pengisian pengaturcaraan.6.4.5 Menghasilkan sambungan perkakasan produk reka bentuk yang mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan. 6.4.7 Membentangkan atur cara yang telah dihasilkan

Tahukah anda bahawa kambing biri-biri bergerak secara berkelompok untuk melindungi diri daripada bahaya?


Apabila kambing biri-biri berasa terancam, dia akan mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi dengan kawan kambing biri-biri yang lain. 

Hmm... bagaimanakah micro:bit mencetuskan pelaksanaan kod mengikuti peristiwa yang tertentu?

Pengaturcaraan Berasaskan Peristiwa (Event-based programming)

Atur cara yang dicetuskan oleh peristiwa.

Contoh carta alir pengaturcaraan berasaskan peristiwa.

Contoh blok peristiwa.

Marilah kita belajar cara memprogram pengaturcaraan berasaskan peristiwa dengan micro:bit.

Video 4: Kambing Biri-biri

Tonton dan ikut video ini untuk mengenali cara membina kambing biri-biri yang berbunyi sekiranya butang ditekan. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

Transkrip

Hello world! Selamat kembali ke siri microbit. Saya Alina
dan hari ini kita akan membina kambing biri-biri yang comel ni!
Kalau dalam video yang lepas kita belajar macam mana nak pasang buzzer
dan programkan muzik, video kali ini, kita akan cuba tambahkan
satu lagi komponen iaitu push button.
Sebelum kita mula, sediakan semua bahan projek dulu: kadbod,
buzzer, 2 klip buaya dan papan microbit.
Kita mulakan dengan membina badan kambing kemudian pasangkan
buzzer dan programkan muzik yang kita nak. Langkah
pembinaan litar dan aturcara sama seperti video yang lepas.
Terdapat 2 push button atau butang yang sudah pun dibina pada
papan microbit anda.
Kita akan program microbit untuk memainkan muzik apabila butang
ditekan. Kita akan gunakan blok Input.
Dalam perisian MakeCode, pilih blok “On button A pressed”.
Kita boleh mengubah butang yang ingin dikawal, butang A,
B ataupun A dan B.
Masukkan blok muzik Wawawawa
Start melody
Wawawawa
Susunan aturcara ini bermaksud, apabila butang A ditekan,
muzik wawawa dimainkan.
Aturcara seperti ini dipanggil sebagai pengaturcaraan berasaskan
peristiwa atau event based programming
yang bermaksud, aturcara yang dicetuskan oleh peristiwa.
Butang A ditekan adalah peristiwa yang mencetuskan muzik.
Bagaimana pula caranya jika kita nak mainkan muzik happy
birthday apabila butang B ditekan? Bincangkan
dengan guru dan rakan-rakan anda! Sekarang, cuba
programkan microbit anda untuk memainkan lagu Baa Baa Black Sheep
atau Mary Had a Little Lamb
apabila salah satu daripada butang ditekan. Kita juga boleh menggunakan
muzik sebagai peristiwa yang mencetuskan sesuatu.
Gunakan blok Music on melody note played. Ikon
hati ditunjukkan apabila musik dimainkan. Sambungkan
microbit pada komputer dengan menggunakan wayar USB.
Tekan download pada perisian dan savekan fail aturcara
ke dalam microbit yang telah disambungkan tadi dan lihat apa yang
akan terjadi. Kemaskan projek anda dan cuba susunkan
wayar dan papan microbit supaya tidak kelihatan dari depan.
Projek kambing biri-biri dah siap! Cabaran anda sebelum ke episod
seterusnya ialah
cuba menggunakan muzik sebagai pencetus peristiwa.
Muzik boleh menyebabkan ikon atau mesej
dipaparkan atau menyalakan LED dalam litar luar.
Selamat mencuba!

Nada muzik lagu "Baa, Baa, Black Sheep" 

C          C        G         G

Baa, baa, black sheep

A           A    A-A    G

Have you any wool?

F      F     E    E

Yes sir, yes sir

D            D       C

Three bags full!

 

G        G    G     F - F

One for the master

E         E     E        D

One for the dame

C       G      G     G     F-F     F

And one for the little boy

F            E         E         E      D

Who lives down the lane!

Nada muzik lagu "Mary had a little lamb"

A - G    F   G   A-A     A

Mary had a little lamb

G - G     G     A-^C   ^C

Little lamb, little lamb

A - G    F   G   A-A     A

Mary had a little lamb

A         G       G         A      G      F

Its fleece was white as snow

 

F           A - G - F        G      A - A     A

And everywhere that Mary went

G - G      G      A-^C   ^C

Mary went, Mary went

A  -  G  -  F        G       A-A      A

Everywhere that Mary went

A         G        G       A    G   F

The lamb was sure to go!

Selepas tonton video ini, tibalah masa untuk murid-murid cuba tugasan dan cabaran dalam video, iaitu 

KLIK SINI untuk cuba tugasan pada makecode.

Murid-murid boleh baca nota rujukan di bawah untuk mendalami pemahaman anda.

Praktis dalam Video

Cara membina blok atur cara.

Hasil blok atur cara.

Cabaran Lanjutan

Masa untuk menguji kreativiti anda!

Pameran dalam kelas: Gabungkan cabaran 1 (mainkan lagu penuh) dan cabaran 2 (muzik sebagai pencetus peristiwa). 

Menggunakan kreativiti anda untuk menghasilkan projek yang menarik lagi memenuhi kedua-dua syarat cabaran di atas. 

Tips Pengaturcaraan

Gif di sebelah menunjukkan cara untuk menyalin blok atur cara.

Layari Ruang Perbincangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.