Pengajaran 9

Ringkasan Pengajaran


6.3.1 Menyatakan struktur kawalan pilihan dan ulangan dalam pengaturcaraan.6.3.2 Menghuraikan struktur kawalan pilihan dan ulangan dalam algoritma.6.3.3 Membezakan struktur kawalan jujukan, pilihan dan ulangan melalui algoritma dengan kaedah pseudokod dan carta alir.

Tahukah anda bahawa sang singa adalah satu-satunya keluarga kucing yang mempunyai bulu tengkuk ?


Hmm...bagaimanakah micro:bit dapat membantu singa menggerakkan kepalanya berulang kali secara automatik?

Struktur Kawalan Ulangan

Kita boleh menggunakan blok hijau "repeat X times” dalam laci blok Loop untuk pengulangan atur cara.

Contoh susunan blok aturcara berdasarkan carta alir di sebelah.

Marilah kita belajar cara memprogram micro:bit berdasarkan struktur kawalan ulangan.

Video 9: Sang Singa yang Jinak

Tonton dan ikut video ini untuk mengenali cara membina projek sang singa yang menggerakkan kepalanya berdasarkan bilangan kali ekornya ditekan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Transkrip video

Hello world! Selamat kembali ke siri microbit. Saya Alina
dan hari ini kita nak membina sang singa yang jinak.
Di video lepas, kita telah gunakan kawalan pilihan tunggal untuk
mengawal servo motor jika microbit digoncang.
Kali ini kita akan menggunakan sensor buatan sendiri untuk mengawal
servo motor menggunakan struktur kawalan ulangan
atau loop. Sediakan semua bahan projek untuk kali ini:
kertas warna dan kadbod, foil aluminium,
wayar penyambung, mikro servo motor 3V,
5 klip buaya, bekalan kuasa atau bateri dan papan
microbit.
Potong bentuk singa dalam 2 salinan. Pisahkan kepala
daripada badan singa. Balut satu ekor dengan foil
aluminium.
Tampal aluminium di belakang ekor singa yang satu lagi.
seperti ini.
Klipkan satu ekor ke GND dan satu lagi ke
P0.
Sambungkan wayar penyambung dengan servo motor.
Wayar jingga ke wayar putih, wayar merah ke wayar merah dan
wayar coklat ke wayar hitam. Klipkan
wayar berwarna putih pada pin 1,
wayar berwarna hitam pada GND
dan wayar merah ke 3V
Pasang lengan pada servo motor. Tampal servo
motor pada kepala singa.
Kita nak programkan microbit untuk menggerakkan kepala singa mengikut
bilangan kali ekornya ditekan.
Sebagai contoh, jika kita memegang ekor singa sebanyak
5 kali, kita nak gerakkan kepala singa sebanyak 5 kali
apabila butang A ditekan. Kita mulakan dengan
pengaturcaraan sensor sentuhan dahulu.
Bina variable baru dan namakannnya sebagai ekor.
On start, letakkan blok set ekor
to 0.
Setiap kali ekor ditekan iaitu pin P0,
kita nak tambahkan nilai ekor. Gunakan blok forever.
Masukkan blok if then.
Masukkan syarat pin P0 is pressed.
Jika P0 ditekan, masukkan blok tambah nilai
ekor by 1.
Change ekor by 1. Gunakan blok pause
dan setkan masa sebanyak 100 mili saat.
Tunjukkan nilai ekor menggunakan show number dan variable ekor.
Show number
variable
ekor
Sekarang kita nak gerakkan kepala singa sebanyak kali ekornya ditekan.
Kita gunakan On button A pressed.
Gunakan blok Repeat untuk pastikan kepala singa
bergerak mengikut bilangan kali ekor P0
ditekan.
Gunakan blok Set servo P1
angle to 60 darjah untuk gerakkan kepalanya.
Gunakan blok pause 500 mili saat.
Kemudian blok Set servo P1 angle
to 120 darjah.
Blok pause 500 mili saat.
Sambungkan microbit pada komputer menggunakan wayar USB.
Tekan download pada perisian dan savekan fail aturcara
ke dalam microbit. Keluarkan wayar USB daripada microbit.
Sambung bekalan kuasa atau bateri kepada microbit.
Kemaskan projek anda.
On bekalan kuasa dan lihat apa yang berlaku apabila
ekor singa ditekan.
Bilangan kali ekor ditekan akan dipaparkan pada
papan microbit. Sekarang tekan butang A.
Kepala singa akan bergerak mengikut nilai yang
terpapar pada papan microbit.
Satu, dua,
tiga.
Kemaskan projek anda dan cuba susunkan wayar dan papan microbit
supaya tidak kelihatan dari depan. Projek singa jinak dah siap!
Sebagai cabaran, programkan microbit untuk reset
kiraan apabila butang B ditekan. Selamat mencuba!

Selepas tonton video ini, tibalah masa untuk murid-murid cuba tugasan dan cabaran dalam video, iaitu

KLIK SINI untuk cuba tugasan pada makecode.

Murid-murid boleh baca nota rujukan di bawah untuk mendalami pemahaman anda.

Praktis dalam Video

Cara membina blok atur cara.

Hasil blok atur cara.

Kelebihan Struktur Kawalan Ulangan

Contoh kod berleter.

Contoh kod singkat dan efisien.

Struktur kawalan ulangan meringkaskan kod dan membolehkan output diulang berdasarkan maklumat input.

Fungsi blok Forever berasaskan struktur kawalan ulangan. 

-Fikir dan Jawab-

Berapa kalikah kod di dalam blok Forever akan berulang pelaksanaannya?


Layari Ruang Perbincangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.


Cabaran Lanjutan

Lukiskan carta alir bagi cabaran dalam video.