Pengajaran 6

Ringkasan Pengajaran


6.4.2 Menerangkan fungsi semua perkakasan yang digunakan dalam pengisian pengaturcaraan.6.4.5 Menghasilkan sambungan perkakasan produk reka bentuk yang mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan. 

Tahukah anda bahawa dunia ini terdapat pelbagai haiwan yang mempunyai tanduk yang unik?


Hmm... lembu yang biasa dijumpai di tepi jalan di Malaysia juga mempunyai tanduk!

Marilah kita membina projek lembu dengan micro:bit!

Video 6: Lembu yang Mengoyangkan Ekor 

Tonton dan ikut video ini untuk mengenali cara membina projek lembu yang mengoyang ekornya apabila tanduknya disentuh. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

Transkrip

Hello world! Selamat kembali ke siri microbit. Saya Alina
dan hari ini kita akan membina seekor lembu!
Video yang lepas, kita dah belajar cara-cara memasang dan mengawal
servo motor menggunakan push button.
Hari ini kita nak lihat bagaimana untuk membina penderia sentuh
atau touch sensor buatan sendiri
untuk mengawal microbit dan komponen luaran. Sediakan
semua bahan projek dulu: kertas kadbod, aluminium
foil, blue tack, servo motor,
5 klip buaya, papan microbit dan bekalan kuasa.
Kita bina badan lembu dengan melukis atau print
gambar lembu dan potong mengikut bentuknya.
Pastikan ada 2 salinan gambar lembu.
Potong gambar lembu.  Pisahkan ekor lembu dengan kemas.
Pada kadbod yang pertama, balut kedua-dua tanduk lembu
dengan aluminium foil. Untuk kadbod kedua,
lekatkan alumnium foil pada bahagian kepala dan tanduk.
Klipkan dengan klip buaya pada kedua-dua tanduk tadi
pada kadbod yang pertama.
Satu hujung disambungkan ke pin P0
dan satu lagi ke GND.
Lekatkan kedua-dua kadbod bersama dengan menggunakan blue tack.
Pastikan ada ruang di antara kadbod pertama dan yang kedua.
Aluminium foil ini bertindak sebagai konduktor dan membolehkan arus
elektrik mengalir apabila kita sentuhkannya dan
melengkapkan litar. Pasangkan lengan pada servo motor
dan skru dengan ketat.
Lekatkan servo motor pada bahagian ekor.
Lekatkan lengan dengan ekor lembu yang dipotong tadi.
Sambungkan wayar penyambung dengan servo motor.
Wayar jingga ke wayar putih, wayar merah ke wayar merah
dan wayar coklat ke wayar hitam.
Klipkan wayar berwarna putih pada pin 1,
wayar berwarna hitam pada GND
dan wayar merah pada 3V
pada papan microbit.
Lekatkan papan microbit di belakang lembu.
Pada perisian MakeCode, tekan dan tarik blok On pin
pressed.
Biarkan pin P0. Tekan, tarik blok Set
servo P0 angle ke 90 darjah,
blok pause
untuk 500 mili saat.
Tekan, tarik blok Set servo P0 angle
to 0 darjah
Kita tukar pin P0 kepada P1
sebab servo motor kita ada
pada pin 1.
Tambahkan blok pause
500 mili saat.
Ulang semua blok-blok ini
untuk memastikan servo motor kita kembali ke
posisi asal.
Sambungkan microbit pada komputer dengan menggunakan wayar USB.
Tekan download pada perisian dan savekan fail aturcara
ke dalam microbit.
Keluarkan wayar USB daripada microbit. Sambung bekalan
kuasa atau bateri kepada microbit.
On bekalan kuasa dan perhatikan apa yang berlaku apabila tanduk
lembu dipegang. Kemaskan projek anda dan cuba susunkan wayar dan
papan microbit supaya tidak kelihatan dari depan.
Projek lembu dah siap! Sebagai cabaran, tambahkan LED
pada mata lembu dan nyalakan LED apabila ekor lembu
bergerak selepas tanduk dipegang.
Selamat mencuba!

Selepas tonton video ini, tibalah masa untuk murid-murid cuba tugasan dan cabaran dalam video, iaitu 

KLIK SINI untuk cuba tugasan pada makecode.

Murid-murid boleh baca nota rujukan di bawah untuk mendalami pemahaman anda.

Penderia Sentuh

Penderia sentuh dapat mengesan sekiranya ia disentuh. 

Contoh sambungan penderia sentuh.

Tangan kita berfungsi sebagai konduktor dan membolehkan arus elektrik mengalir dari pin P0 ke GND (melengkapi litar). 

- Fikir dan Jawab - 

Apakah bahan yang sesuai untuk disambung ke klip buaya supaya dijadikan penderia sentuh?

Cara Memprogram Penderia Sentuh

Cara pertama: Penggunaan blok logik.

Cara kedua: Penggunaan blok peristiwa.

Walaupun caranya berbeza, tetapi fungsi kedua-dua cara di atas adalah sama. Dalam dunia pengaturcaraan, kita akan menjumpai pelbagai cara penyelesaian bagi masalah yang sama. Dunia pengaturcaraan tidak bergantung kepada mana-mana satu cara penyelesaiaan yang muktamad tetapi mempunyai banyak cara penyelesaian yang lebih efektif. 

Praktis dalam Video

Cara membina atur cara.

Hasil blok atur cara.

Layari Ruang Perbincangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.