Murid dapat memahami penggunaan penderia terbina dalam iaitu penderia suhu dan cahaya.
Murid dapat menghasilkan projek beruang yang menggunakan penderia suhu atau cahaya untuk mencetuskan pengeluaran cahaya.
micro:bit mempunyai penderia dalaman (build-in) seperti penderia suhu dan penderia cahaya.
Suhu yang dikesan oleh penderia suhu microbit adalah lebih tinggi sedikit daripada suhu sekitar yang sebenar.
Contoh kod menggunakan penderia suhu. Blok pemboleh ubah temperature boleh dijumpai di laci Input.
LED pada papan micro:bit juga berfungsi sebagai penderia cahaya untuk mengesan keterangan di persekitaran micro:bit.
Nilai penderia cahaya adalah dari nilai 0 (sangat gelap) ke nilai 255 (sangat terang).
Contoh kod menggunakan penderia cahaya. Blok Light level juga didapati di laci Input.
Bahan-bahan yang diperlukan:
micro:bit + wayar usb + 2 LED +2 klip buaya + 1 perintang 100ohm
Komputer
Layari laman makecode.microbit.org
Botol plastik + kertas warna +kadbod
Transkrip
paparkan suhu persekitaran pada papan micro:bit dan nyalakan LED pada mata beruang apabila papan micro:bit berada dalam persekitaran yang gelap
ubahsuai program penderia suhu dan cahaya untuk menjadikan peristiwa yang berlainan
👉KLIK SINI👈 untuk cuba tugasan pada makecode.
Gabungkan semua kemahiran yang telah dipelajari dan hasilkan projek lanjutan terakhir!
Syarat projek
1. Gunakan input untuk mencetuskan pengeluaran cahaya, bunyi dan pergerakan.
2. Lukiskan carta alir projek anda.
Menggerakkan tangan apabila ekornya disentuh.
Mengeluarkan muzik apabila butang A ditekan.
Memaparkan nilai keterangan cahaya apabila butang B ditekan.
Menggerakkan badan apabila tempat makannya disentuh.
Menyalakan mata LED apabila persekitarannya gelap.
Mengeluarkan muzik apabila butang A dan B ditekan
Layari Ruang Perbincangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.