Pengajaran 5

Ringkasan Pengajaran


6.4.2 Menerangkan fungsi semua perkakasan yang digunakan dalam pengisian pengaturcaraan. 6.4.4 Membina atur cara yang dikehendaki berpandukan carta alir yang dibuat. 6.4.5 Menghasilkan sambungan perkakasan produk reka bentuk yang mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan. 

Tahukah anda bahawa belalai sang gajah adalah antara bahagian badan yang paling menakjubkan dalam dunia haiwan?


Belalai sang gajah mempunyai 40,000 otot manakala seluruh badan manusia hanya mempunyai 639 otot.

Hmm... apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membina belalai gajah yang boleh bergerak?

Mikro Servo Motor 3V

Motor yang berputar mengikut darjah putaran yang diaturcarakan (0 ke 180 darjah). 

Semua pergerakkan dalam sistem elektronik memerlukan motor. Motor yang berlainan membolehkan putaran dan pergerakkan yang pelbagai, seperti kiri ke kanan atau berputar dalam satu arah. Motor yang berlainan mencapai matlamat yang berlainan. 

- Fikir dan Jawab -

Servo motor yang digunakan dalam pengajaran ini ialah model EF92A. Bolehkah kita menggunakan motor yang lain? Mengapakah kita memilih motor yang memerlukan voltan sebanyak 3v sahaja?

Marilah kita membina belalai gajah yang bergerak.

Video 5: Belalai Sang Gajah

Tonton dan ikut video ini untuk mengenali cara membina belalai sang gajah yang bergerak. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

Transkrip

Hello world! Selamat kembali ke siri microbit. Saya Alina
dan hari ini kita akan membina sang gajah dan belalainya!
Dalam video yang lepas, kita sudah pun melihat
bagaimana untuk menggunakan buzzer, push button
pada papan microbit dan juga aturcara berasaskan peristiwa.
Untuk video kali ini, kita akan memperkenalkan komponen luaran
baru iaitu servo motor! Sebelum kita mula, sediakan
semua bahan projek dahulu: kertas warna, micro
servo motor 3 volt, wayar penyambung, 3
klip buaya dan papan microbit.
Microbit hanya mampu membekalkan 3V untuk menghidupkan motor.
Seperti biasa, gunakan kreativiti anda untuk membina badan gajah.
Pastikan belalai gajah berasingan daripada badannya.
Tebuk lubang pada muka gajah di bahagian belalainya.
Sambungkan wayar penyambung dengan servo motor. Warna jingga
ke wayar putih, wayar merah ke wayar merah,
dan wayar coklat ke wayar hitam.
Masukkan servo motor pada lubang tersebut.
Pasangkan lengan servo motor pada servo motor
tersebut.
Skru dengan ketat dan gamkan lengan tersebut pada belalai
gajah.
Klipkan wayar berwarna putih pada pin 0, wayar berwarna
hitam pada GND dan wayar merah pada 3V.
Dalam perisian MakeCode, pilih dan tekan  blok On button pressed.
Di bawah Advance, tekan Extension
dan kemudian tekan Servo extension.
Blok servo akan menjelma dan tarik blok set
servo untuk blok on button A pressed
Pin P0 dibiarkan kerana servo motor kita
tadi disambungkan dengan pin P0 pada microbit.
Ubah posisi pertama daripada 90 darjah
kepada 160 darjah.
Anda boleh melihat lengan servo motor berubah pada tetingkap simulasi.
Tekan dan tarik blok pause
dan tetapkan masa selama 500 mili saat.
Tukar nilai seterusnya kepada 30 darjah.
Ulang blok-blok yang sama untuk lengan motor kembali
ke posisi asal.
Sambungkan microbit pada komputer
dengan menggunakan wayar USB.
Tekan download pada perisian dan savekan
fail aturcara ke dalam microbit yang telah disambungkan tadi.
Lihat apa yang akan terjadi pada belalai gajah apabila butang
ditekan. Bagaimana pula caranya jika kita nak mainkan muzik
happy birthday apabila butang B ditekan
dan belalai gajah pusing ke kanan dan ke kiri apabila kedua-dua
batang A dan B ditekan? Bincangkan dengan guru
dan rakan-rakan anda! Kemaskan projek anda dan cuba susunkan wayar
dan papan microbit supaya tidak kelihatan dari depan.
Projek gajah dah siap. Cabaran anda sebelum ke episod seterusnya ialah
Cuba mengubah posisi
belalai gajah apabila
microbit digoncang.
Macam mana tu?
Selamat mencuba!

Selepas tonton video ini, tibalah masa untuk murid-murid cuba tugasan dan cabaran dalam video, iaitu 

KLIK SINI untuk cuba tugasan pada makecode.

Murid-murid boleh baca nota rujukan di bawah untuk mendalami pemahaman anda.

Praktis dalam Video

Cara membina blok atur cara.

Hasil blok atur cara.

Cara Menyambung Mikro Servo Motor 3V

Sambungkan wayar warna merah ke pin 3V pada papan microbit, wayar warna hitam ke pin GND dan wayar warna kuning ke pin P0. 

Sambungkan bateri (2 bateri AA) apabila menggunakan servo motor. Motor memerlukan kuasa yang lebih tinggi daripada apa yang boleh dibekalkan oleh wayar USB. 

Cara Memprogram Servo Motor

Langkah pertama: Klik "Extension"

Langkah kedua: Klik "Servo"

Langkah ketiga: Cari blok "servos"

Blok Atur Cara Servo Motor

Ini adalah blok yang digunakan untuk mengawal darjah putaran servo motor.

Layari Ruang Perbincangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.

Cabaran Lanjutan

Program micro:bit merujuk kepada carta alir berikut.