Pengajaran 7

Ringkasan Pengajaran



Adakah anda tahu bahawa kura-kura mempunyai ingatan yang baik?


Si kura-kura boleh mengingati sesuatu perkara untuk masa yang panjang.

Namun, daya ingatan manusia terhad.

Hmm... bagaimanakah komputer mengingati semua data yang diberi?

Pemboleh Ubah

Pemboleh ubah ialah ruang simpanan sementara bagi nombor, teks dan objek.

Contohnya, skor dalam permainan, kiraan goncangan micro:bit dan lain-lain.

Contoh pemboleh ubah "skor" yang menyimpan dan merekod perubahan skor apabila permainan dilangsungkan.

Pemboleh ubah umpama fail dalam komputer, mengingati semua pengalaman interaksi sistem dalaman dengan dunia luar.

Marilah kita belajar cara menggunakan pemboleh ubah dalam micro:bit.

Video 7: Si Kura-Kura (Bahagian 1)

Tonton dan ikut video ini untuk mengenali cara menggunakan pemboleh ubah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Transkrip

Hello world! Selamat kembali ke siri microbit. Saya Alina
dan perkenalkan rakan saya, si kura-kura!
Untuk video kali ini kita akan gabungkan beberapa perkara yang kita
telah pun belajar daripada video yang lepas.
Kita akan gunakan pemboleh ubah atau variable
dalam pengaturcaraan kita. Pemboleh ubah
ialah ruang simpanan sementara untuk nombor,
teks dan objek. Nilai ini boleh disimpan
untuk digunakan kemudian. Sediakan semua bahan projek
dahulu: kertas, kadbod, botol air, dan papan microbit.
Potong bentuk kura-kura daripada kadbod.
Gunakan botol air plastik sebagai cengkerang kura-kura.
Sediakan ruang untuk keluarkan kepala kura-kura nanti.
Kali ini, kita nak programkan microbit untuk
paparkan bilangan kali kita mengoncang kura-kura.
Pada perisian MakeCode, isytiharkan
pembolehubah di bawah laci blok variable.
Tekan make a variable dan berikan nama yang
sesuai untuk pemboleh ubah. Taip“kiraan”.
On start, masukkan blok set kiraan
to 0.
Tekan Input,
dan tekan On shake
Masukkan blok Change kiraan by 1,
aturcara ini akan menukar pemboleh ubah kiraan
setiap kali microbit digoncang. Untuk memaparkan
kiraan tersebut gunakan blok forever
dan masukkan blok show number.
Tekan variable dan pilih kiraan untuk
dimasukkan dalam blok show number.
Sambungkan microbit pada komputer dengan menggunakan wayar USB.
Tekan download pada perisian dan savekan fail aturcara
ke dalam microbit.
Perhatikan apa yang berlaku apabila microbit digoncang.
Kiraan akan berubah mengikut goncangan saya.
Projek kura-kura belum siap lagi. Untuk video seterusnya,
kita akan pasangkan servo motor untuk keluarkan kepala
kura-kura apabila digoncang. Sebagai cabaran,
cuba kembalikan nilai pemboleh ubah kiraan
kepada 0 apabila salah satu butang ditekan.
Selamat mencuba!

Selepas tonton video ini, tibalah masa untuk murid-murid cuba tugasan dan cabaran dalam video, iaitu

KLIK SINI untuk cuba tugasan pada makecode.

Murid-murid boleh baca nota rujukan di bawah untuk mendalami pemahaman anda.

Layari Ruang Perbicangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.

Praktis dalam Video

Cara membina blok atur cara.

Hasil blok atur cara.

Cara Menggunakan Pemboleh Ubah

Klik "Variables" > "Make a Variable" > Bagi nama pemboleh ubah

Contoh blok pemboleh ubah.