Murid dapat memahami bahawa LED mengeluarkan tenaga cahaya dengan menggunakan elektrik.
Murid dapat membina litar luaran LED dan menyalakannya dengan program micro:bit.
Lampu LED menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk mengikuti video ini:
micro:bit + wayar usb + 2 LED + 2 perintang 100 ohm + 5 klip buaya
Komputer
Layari laman makecode.microbit.org
Kertas warna + kadbod
Cara penyambungan LED diajar di penghujung laman ini.
Transkrip
kelipkan mata origami serigala
kenyitkan mata serigala
👉KLIK SINI👈 untuk cuba tugasan pada makecode.
Contoh cara menyambung LED luaran ke microbit.
Contoh cara menyambung dua atau lebih LED luaran.
Perintang menghadkan aliran arus dalam litar.
Sambungkan perintang dalam setiap litar LED luaran untuk mengelakkan LED daripada terbakar.
2. Pastikan setiap litar disambungkan ke pin GND untuk mengelakkan kejutan elektrik.
Sekiranya anda terbalikkan kaki panjang LED ke pin GND dan kaki pendek ke pin P0/ P1/ P2, LED tidak akan bernyala kerana arus tidak dapat mengalir dari kaki pendek ke kaki panjang.
Warna- warna yang terdapat pada perintang sebenarnya merupakan simbol nilai yang terdapat pada sesebuah perintang. Setiap warna yang terdapat pada perintang mempunyai nilainya tersendiri. Sila rujuk dengan cikgu anda untuk ketahui lebih lanjut!
Layari Ruang Perbincangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.