Pengajaran seterusnya memerlukan murid-murid untuk merancang projek sendiri. Mari kita belajar cara untuk merancang projek.
Sebelum memulakan projek, langkah pertama adalah untuk merancang algoritma dengan melukiskan carta alir projek.
Carta alir menunjukkan aliran langkah-langkah penyelesaian masalah menggunakan pelbagai bentuk geometri. Setiap bentuk mempunyai makna dan fungsi yang tertentu.
Carta alir di atas menunjukkan struktur kawalan jujukan. Struktur kawalan jujukan merujuk kepada algoritma yang tidak bercabang dan mempunyai susunan yang tertentu.
Menanda permulaan atau penamatan sesuatu algoritma. Simbol ini hanya boleh diisikan dengan "Mula" bagi permulaan dan "Tamat" bagi penamatan.
Mewakili operasi algoritma
Menunjukkan aliran
Layari Ruang Perbincangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.