Hello world! Nama saya Alina dan untuk siri video
kali ini, saya akan tunjukkan cara untuk membina semua binatang-
binatang yang comel ini dengan memprogram microbit!
Jika anda belum pernah dengar atau lihat microbit, microbit ialah
sejenis mikro pengawal. Tapi...apa itu mikro pengawal?
Mikro pengawal boleh dibayangkan seperti komputer yang telah dikecilkan.
Walaupun mikro pengawal tidak mampu untuk menjalankan beratus
aplikasi seperti laptop,
tetapi mikro pengawal mampu untuk mengawal dan mengesan isyarat
elektrik melalui pin yang ada padanya. Maksudnya,
microbit mampu untuk menghantar electron untuk menyalakan lampu LED,
menggerakkan motor dan mengesan
jika anda telah menekan butang. Jika anda tahu cara
untuk memprogram dan membina menggunakan microbit,
anda boleh mencipta pelbagai jenis projek yang sangat hebat.
Cool kan? Dalam siri ini, kita akan membina gajah yang boleh menggerakkan
belalainya, mata serigala yang berkelip-kelip, baby shark
dan banyak lagi! Bagi siri microbit kali ini, kita akan
mengatur microbit dengan menggunakan pengaturcaraan berasaskan blok.
Buka aplikasi MakeCode anda, tetingkap
simulasi ada di sebelah kiri, laci blok atur cara di bahagian tengah
dan zon atur cara di bahagian kanan untuk menyusun kod blok.
Jom cuba program microbit untuk paparkan mesej pada
LED yang ada pada papan microbit ini. Pertama,
pergi ke laci blok basic. Tekan dan tarik blok
“on start” ke zon aturcara. Kemudian tekan dan tarik
blok “show string”. Gabungkan dengan blok “on start”
tadi. Anda boleh taipkan apa sahaja mesej di sini untuk dipaparkan
pada papan microbit.
Anda boleh susun di mana-mana sahaja blok “forever”
pada zon aturcara asalkan nampak kemas. Tekan dan
tarik blok “show icon”. Gabungkan dengan blok forever tadi.
Pilih bentuk hati. Sambungkan microbit
pada komputer dengan menggunakan wayar USB.
Tekan download pada perisian dan savekan fail aturcara
anda ke dalam microbit yang telah disambungkan tadi. Apa
agaknya yang akan berlaku pada papan microbit? Mengapa
mesej HELLO hanya dipaparkan sekali? Mengapa bentuk hati
tidak padam? Bincangkan dengan guru dan rakan-rakan anda!
Ini adalah cabaran pertama sebelum anda ke episod seterusnya:
Paparkan emoji kenyitan mata pada papan microbit anda.
Selamat mencuba!