Pengajaran 8

Ringkasan Pengajaran


6.3.1 Menyatakan struktur kawalan pilihan dan ulangan dalam pengaturcaraan. 6.3.2 Menghuraikan struktur kawalan pilihan dan ulangan dalam algoritma. 6.3.5 Menilai pseudokod atau carta alir yang dihasilkan untuk mengesan ralat.6.4.3 Menghasilkan carta alir projek reka bentuk yang mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan.

Tahukah anda bahawa si kura-kura menggunakan isyarat visual untuk mengingati sumber makanan mereka?


Seperti si kura-kura, pemboleh ubah menunggu isyarat nombor/teks untuk melaksanakan atur cara yang tertentu. 

Hmm... bagaimanakah cara untuk mencetuskan atur cara tanpa menggunakan blok peristiwa?

Struktur Kawalan Pilihan Tunggal

Struktur kawalan pilihan tunggal (single choice conditional) ialah sistem yang mempunyai hanya satu cabang daripada syarat yang ditentu. 

Contoh carta alir struktur kawalan pilihan tunggal.

Marilah kita belajar cara memprogram micro:bit berdasarkan struktur kawalan pilihan tunggal.

Video 8: Si Kura-Kura (Bahagian 2)

Tonton dan ikut video ini untuk mengenali cara membina projek kura-kura yang mengeluarkan kepala apabila microbit digoncang.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Transkrip

Hello world! Selamat kembali ke siri microbit. Saya Alina dan
hari ini kita nak habiskan projek kura-kura kita.
Di video lepas, kita telah gunakan pembolehubah
untuk mengira bilangan goncangan. Kali ini,
kita nak tambah servo motor untuk keluarkan kepala
kura-kura apabila microbit digoncang.
Sediakan semua bahan-bahan projek seperti video yang lepas,
cuma kita tambah wayar penyambung,
mikro servo motor 3V, 3 klip wayar,
bekalan kuasa atau bateri. Potong botol air plastik
untuk dijadikan cengekerang kura-kura. Pastikan lubang untuk
microbit boleh dipaparkan dan kepala kura-kura
boleh keluar. Potong kepala kura-kura.
Pasangkan lengan pada servo motor.
Skru dengan ketat.
dan gamkan lengan tersebut kepada
kepala kura-kura tadi.
Sambungkan wayar penyambung dengan servo motor. Wayar putih
dengan wayar jingga, wayar merah dengan wayar merah dan wayar coklat
ke warna hitam.
Klipkan wayar berwarna putih pada pin 0,
wayar berwarna hitam pada GND
dan wayar merah ke 3V.
Untuk video kali ini, kita akan cuba program microbit untuk
mengeluarkan kepala kura-kura apabila microbit telah
digoncang sekurang-kurangnya 5 kali.
Kita perlu menggunakan struktur
kawalan pilihan tunggal atau single choice conditional.
Kita boleh menggunakan blok kumpulan logic untuk melaksanakan struktur
kawalan pilihan tunggal.
Kita gunakan blok if then.
Jika syarat dipenuhi, blok yang terkandung dalam blok pilihan
akan dilaksanakan.
Syarat boleh ditetapkan dengan menggunakan blok perbandingan.
Jika perbandingan adalah benar, blok ini akan menjalankan blok-blok
aturcara di bawahnya. Untuk projek ini, kita tetapkan kiraan
lebih besar atau sama dengan 5.
Kita masukkan aturcara servo motor di dalam  blok pilihan tersebut.
Set servo P0 angle
to 90 darjah.
Tambah blok pause
untuk 500
mili saat.
Set servo P0 angle to
0 darjah
Tambah blok pause untuk 500 mili saat.
Ulang blok-blok ini untuk kembalikan servo motor
pada posisi asal.
Sambungkan microbit pada komputer dengan menggunakan
wayar USB.
Tekan download pada perisian dan savekan fail aturcara ke dalam microbit.
Keluarkan wayar USB daripada microbit.
Sambung bekalan kuasa atau bateri kepada microbit.
On bekalan kuasa dan perhatikan apa yang berlaku apabila
microbit digoncang.
Goncangan pertama,
kedua,
keempat,
dan lima.
Kepala kura-kura hanya akan keluar jika micrbit digoncang
sekurang-kurangnya 5 kali.
Kemaskan projek anda dan cuba susunkan wayar dan papan
microbit supaya tidak kelihatan dari depan.
Projek kura-kura anda dah siap!
Sebagai cabaran, cuba keluarkan kepala kura-kura jika digoncang
selama 5 kali dan masukkan semula kura-kura jika
kura-kura
digoncang 7 kali. Programkan microbit anda untuk reset
kiraan apabila butang ditekan. Selamat mencuba!

Selepas tonton video ini, tibalah masa untuk murid-murid cuba tugasan dan cabaran dalam video, iaitu 

KLIK SINI untuk cuba tugasan pada makecode.

Murid-murid boleh baca nota rujukan di bawah untuk mendalami pemahaman anda.

Praktis dalam Video

Cara membina blok atur cara.

Hasil blok atur cara.

Cara Memprogram Struktur Kawalan Pilihan Tunggal

Blok kawalan pilihan tunggal dalam laci blok “Logic” akan digunakan.

Sekiranya syarat tidak dipenuhi, tiada atur cara yang akan dilaksanakan.

Syarat boleh ditetapkan dengan menggunakan blok perbandingan. 

Bayangkan contoh tadi: Bagi melaksanakan atur caranya, micro:bit bukan sahaja perlu mengingati bilangan kiraan micro:bit digoncang, tetapi juga dikehendaki untuk membuat keputusan supaya mengeluarkan kepala si kura-kura sekiranya syarat dipenuhi.

Blok peristiwa tidak dapat memenuhi semua syarat di atas. Blok struktur kawalan pilihan tunggal berguna dalam situasi tersebut. 

Simbol dan Fungsi Blok Perbandingan

Maksudnya:

Jika 1 = 1 adalah benar, bentuk hati akan dipaparkan. 

Maksudnya:

Jika 1 tidak sama dengan 1 adalah tidak benar, bentuk hati tidak akan dipaparkan.

Blok perbandingan diletakkan dalam blok “forever” kerana kita mahukan micro:bit untuk sentiasa menyemak sama ada syarat dipenuhi atau tidak.

Maksud simbol-simbol blok perbandingan.

Simbol Carta Alir

Simbol pilihan

Menguji sama ada benar atau palsu. 

Layari Ruang Perbincangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.

Cabaran Lanjutan

(A) Lukis carta alir bagi cabaran dalam video.

(B) Program berdasarkan carta alir di atas.