Murid dapat memahami fungsi penderia sentuh melalui pembinaan penderia sentuh buatan sendiri.
Murid dapat memprogram penderia sentuh untuk mengawal micro:bit dan komponen luaran, seperti LED, servo motor dan sebagainya.
Murid dapat menghasilkan projek lembu yang mengoyangkan ekornya apabila tanduknya disentuh.
Bahan-bahan yang diperlukan:
micro:bit + wayar usb + bekalan kuasa + 5 klip buaya
Komputer
Layari laman makecode.microbit.org
Foil aluminium + kadbod + blu-tack
Transkrip
gerakkan ekor lembu apabila tanduk lembu dipegang
tambahkan LED pada mata lembu dan nyalakan LED apabila ekor lembu bergerak selepas tanduk dipegang
👉KLIK SINI👈 untuk cuba tugasan pada makecode.
Penderia sentuh dapat mengesan sekiranya ia disentuh.
Contoh sambungan penderia sentuh.
Tangan kita berfungsi sebagai konduktor dan membolehkan arus elektrik mengalir dari pin P0 ke GND (melengkapi litar).
Apakah bahan yang sesuai untuk disambung ke klip buaya supaya dijadikan penderia sentuh?
Cara pertama: Penggunaan blok logik.
Cara kedua: Penggunaan blok peristiwa.
Walaupun caranya berbeza, tetapi fungsi kedua-dua cara di atas adalah sama. Dalam dunia pengaturcaraan, kita akan menjumpai pelbagai cara penyelesaian bagi masalah yang sama. Dunia pengaturcaraan tidak bergantung kepada mana-mana satu cara penyelesaiaan yang muktamad tetapi mempunyai banyak cara penyelesaian yang lebih efektif.
Cara membina atur cara.
Hasil blok atur cara.
Layari Ruang Perbincangan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan/perbincangan.