SELAMAT DATANG KE TELESKOP ANGKASA HUBBLE
SELAMAT DATANG KE TELESKOP ANGKASA HUBBLE
Nama saya Mohammad Hafizul Akmal Bin Mohd Noor. Saya merupakan pelajar Sarjana Muda Pendidikan Sains Fizik di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.
Di dalam pautan ini saya akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang Teleskop Angkasa Hubble. Seperti mana yang kita lihat dikebanyakan gambar di luar angkasa, tahukah anda kebanyakan gambar daripadanya diambil dengan menggunakan teleskop ini.
Ayuh luangkan sedikit masa anda untuk membaca penulisan saya tentang teknologi ini!
Apa itu Teleskop Angkasa Hubble?
TELESKOP ANGKASA HUBBLE telah dilancarkan oleh Agensi Angkasa Amerika (NASA) dengan kerjasama Agensi Angkasa Eropah (ESA) pada 24 April 1990 ke orbit rendah bumi (LEO – Low Earth Orbit) pada ketinggian 560 km dari permukaan bumi dengan menggunakan Space Shuttle Discovery (STS-31). Teleskop angkasa ini diberi nama sempena seorang astronomer terkenal iaitu Edwin Hubble.
Gugusan bintang NGC 3532 adalah imej pertama yang dicerap Hubble pada 20 Mei 1990. Hubble boleh disimpulkan sebagai sebuah peralatan saintifik yang produktif semenjak ianya dibina. Sehingga kini, Hubble telah melaksanakan lebih daripada 1.4 juta pemerhatian. Imej yang telah dicerap oleh Hubble membantu para saintis menganggarkan usia alam semesta yang dianggarkan hampir 14 bilion tahun.
Tahukah Anda?
Hubble dinamakan sempena nama Edwin P. Hubble. Dia seorang ahli astronomi. Ahli astronomi ialah saintis yang mengkaji planet, bintang dan angkasa. Edwin P. Hubble membuat penemuan penting tentang alam semesta pada awal 1900-an.
Bagaimanakah Hubble berfungsi?
Teleskop berfungsi dengan menangkap lebih banyak cahaya daripada yang dapat ditangkap oleh mata. Lebih besar cermin yang dimiliki oleh teleskop, lebih banyak cahaya yang dapat dikumpul, sekali gus menghasilkan imej yang lebih jelas. Teleskop Angkasa Hubble ialah sejenis teleskop yang dikenali sebagai pemantul Cassegrain. Apabila cahaya diterima, ia mengenai cermin utama teleskop, Seterusnya, cahaya melantun dari cermin primer ke cermin sekunder. Ia kemudian difokuskan melalui lubang di tengah cermin utama, yang membawa kepada instrumen saintifik
Maklumat dihantar dan diterima antara Hubble dan Pasukan Operasi Penerbangan yang terletak di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard di Greenbelt, Md. menggunakan antena pada Hubble dan satelit. Terdapat dua komputer utama dan beberapa sistem yang lebih kecil yang berkomunikasi dengan teleskop memberikannya arahan dan arahan. Di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard, terdapat ratusan jurutera dan saintis komputer yang bertanggungjawab untuk operasi dan keselamatan berterusan Hubble.
Teleskop Angkasa Hubble ialah salah satu misi angkasa lepas NASA yang paling berjaya. Ia telah banyak membantu ahli astronomi melihat tempat kelahiran planet baharu, galaksi dalam semua peringkat pembangunan, cakera protoplanet, letusan sinar gamma dan banyak lagi penemuan lain. Di seluruh dunia, ahli astronomi bersaing untuk dapat menggunakan Hubble. Setiap tahun daripada 1,000 permintaan untuk menggunakan Hubble, kira-kira 200 dipilih. Lebih 10,000 artikel saintifik telah diterbitkan berdasarkan data dan maklumat yang diterima daripada Hubble.
Fakta ringkas tentang Teleskop Angkasa Hubble
Kejayaan Teleskop Hubble dalam memberikan gambaran yang jelas tentang fenomena di angkasa lepas amat dibanggai oleh semua. Namun selama usia Hubble berada di ruang angkasa dalam tempoh 32 tahun ini, kisah silamnya tidaklah berjalan dengan mudah. Mungkin tidak ramai yang masih ingat kisah yang berlaku 32 tahun dahulu sewaktu ia mula dilancarkan.
Sebaik sahaja sampai di ruang angkasa, Telekop Hubble mengalami pelbagai masalah termasuk sistem komunikasi, komponen dan elektronik. Malah kaca primanya juga dikatakan telah digilap sehingga hampir rata menjadikan ia tidak mampu memberikan fokus dengan berkesan.
Bagi menjalankan kerja-kerja membaik pulih seorang angkasawan yang juga merupakan saintis dan doktor iaitu Musgrave yang terlibat dalam pembinaan teleskop ini telah diberikan tugas yang paling mencabar iaitu melakukan kerja-kerja membaik pulih di ruang angkasa.
Bagi memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk projek teleskop ini tidak sia-sia, kerja-kerja membaik pulih terus dirancang dan Musgrave diberikan tugas yang mencabar ini. Pada masa yang sama senarai kegagalan pada teleskop tersebut menjadi semakin panjang dan memerlukan kerja-kerja pembaikan yang banyak. Ini menjadikan kerja-kerja membaik pulih di ruang angkasa ini menajdi semakin mencabar dan komplek.
Para penyelamat ini berlepas ke angkasa pada 2 Decenber 1993. Terdapat 7 orang yang berlepas kesemuanya termasuk Musgrave dan angkasawan dari European SpaceAgency iaitu Claude Nicollier yang kemudiannya menggunakan lelengan robotik untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih teleskop tersebut.
Kerja-kerja membaik pulih ini dilakukan pada jarak 560 kilometer dari permukaan bumi. Keseluruhan kerja yang mengambil 35 jam 28 minit dalam 3 masa berlainan dilakukan secara berselang dengan beberapa angkasawan yang lain iaitu Hoffman, Kathyrin Thornton dan Tom Akers.
Memandangkan kepada hasil yang dihasilkan oleh Teleskop Hubble hari ini, kisah kerja-kerja membaik pulih ini semakin dilupakan. Ia bukan bermakna satu perkara yang negatif pada projek ini, tetapi ianya adalah keberkesanan perancangan dan pelan susulan yang dilakukan. Tiada siapa yang dapat menyangka dengan tepat sebarang kemungkinan yang akan berlaku di luar angkasa yang jarang-jarang diterokai. Kesungguhan dan ketelitian para jurutera, angkasawan dan seluruh ahli yang terlibat di dalam projek ini adalah penting. Sehubungan itu ia sepatutnya menjadi satu lagi inspirasi dalam menghasilkan satu lagi perkara yang menakjubkan.
Pada 14 Ogos 28 tahun yang lalu, teleskop angkasa Hubble berjaya merakam gambar planet Uranus.
Pada 1977, saintis mendapati Uranus mempunyai cincin namun hanya dapat dilihat apabila kuar angkasa (space probe) Voyager 2 melintasi planet ini pada 1986 yang turut mendapati planet itu mempunyai sekurang-kurangnya 10 bulan sekitarnya.
Sejak lintasan itu, tiada pemerhatian lanjut dapat dibuat terhadap planet ini ekoran keterbatasan teknologi cerapan dari Bumi, sehinggalah NASA bersama ESA & STScI melancarkan satelit teleskop berkeupayaan tinggi Hubble pada 1990.
4 tahun kemudian, Hubble berjaya merakam gambar Uranus yang memperlihatkan lebih jelas komposisi planet itu terutamanya cincinnya yang ada lebih daripada satu. Didapati juga pada ketika itu, ada 13 bulan mengorbit Uranus pada kelajuan tinggi.
Kedudukan cincinnya yang menegak menunjukkan bahawa paksi putaran Uranus adalah melintang & ada ketika kutub selatannya menghadap Matahari semasa mengorbit pusat Sistem Suria itu yang mengambil masa selama 84 tahun.
Hari ini, Uranus diketahui mempunyai 13 cincin & 27 bulan. Seiring perkembangan teknologi, Hubble dapat mencerap perkembangan planet itu dengan lebih terperinci.
Video ini menerangkan tentang beberapa fakta Teleskop Angkasa Hubble bersama tiga orang responden iaitu:
Farah Anuar, 18 dari Johor
Syahir Azizi, 17 dari Terengganu
Ahmad Firdaus, 17 dari Kuala Lumpur.
Hebahan
Kesimpulannya, Teleskop Angkasa Hubble telah menjadi satu teknologi yang membantu dalam penemuan rahsia alam semesta. Teleskop Angkasa Hubble telah memainkan peranan penting dalam menyiasat soalan tentang alam semesta kita. Ia akan terus menjadi alat saintifik yang penting untuk beberapa dekad yang akan datang. Walaupun Telescope Angkasa James Webb telah dilancarkan baru-baru ini namun Teleskop Angkasa Hubble masih kekal relevan sehingga tahun 2030.
Teleskop Angkasa Hubble. (2020, Nov 17). Official Portal Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Retrieved from https://www.mysa.gov.my/infografik13/
M. Ariff. (2020, Dis 06). Mari Kenali Satelit-Teleskop Angkasa Hubble . Wiser.my. Retrieved from https://wiser.my/mari-kenali-satelit-teleskop-angkasa-hubble
Astronomi & Kosmologi. (2009, Dis 11). Teleskop Hubble: Melihat jauh ke Ruang Angkasa. Majalah Sains (MS). Retrieved from https://www.majalahsains.com/teleskop-angkasa-hubble-melihat-jauh-ke-ruang-angkasa/
John P. Millis. (2008, Oct 18). Edwin Hubble: Astronomi yang Menemui Alam Semesta. EFerrit. Retrieved from https://ms.eferrit.com/edwin-hubble-astronomi-yang-menemui-alam-semesta/
Ibrahim M.N. (2015, Apr 30). Kisah di Sebalik Misi Menyelamatkan Teleskop Hubble. Retrieved from https://www.myrokan.com/2015/04/kisah-di-sebalik-misi-menyelamatkan.html
P. H. Untari. (2020, Apr 27). Fakta-fakta Teleskop Luar Angkasa Hubble. Oketechno. Retrieved from https://techno.okezone.com/read/2020/04/27/56/2205728/fakta-fakta-teleskop-luar-angkasa-hubble