بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Stargazing selepas makan, ✧・゚: *✧・゚:
.・゜゜・Baring pula di tepi kali,
Selamat datang saya ucapkan, ・゜゜
*:・゚✧*:・゚✧ Moga diiring restu Ilahi.
Assalamualaikum dan hai semuaヽ(o^▽^o)ノ
✧ Nur Fatini binti Hazan
✧ 22 tahun
✧ Kelantan
✧ Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik
✧ Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.
Bintang di langit, kerlip engkau disana, memberikan cahayanya di setiap insan~ eh menyanyi pulak ya tadi dah berpantun ='D. Baiklah, saudara saudari, tipulah kalau takkenal bintangkan? Dari kecil lagi dah kenal bintang tu apa, banyak sangatlah lagu-lagu perihal bintang yang pernah kita dengarkan. Menggamit memori sungguh~
Sem ini, saya memilih subjek elektif SCE523: Sains, Teknologi dan Kemasyarakatan. Untuk subjek ini saya dan rakan sekelas dikehendaki untuk menjalankan aktiviti Service Learning Malaysia- University For Society (SULAM) yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Saya berharap perkongsian saya dibawah tajuk "Kejadian Bintang" sedikit sebanyak dapat membuka mata dan pandangan semua .
Baiklah, dalam halaman ini saya akan menjelaskan bintang berdasarkan pandangan ahli astronomi. Penjelasan ini membincangkan mengenai kitar hidup, jenis, ciri, dan aplikasi bintang dalam kehidupan seharian. Dalam pada itu, saya juga akan menyentuh aspek spektroskopi dan spektrum bintang. Jadi marilah kita sama-sama menghayati dan belajar apa ada dengan bintang-bintang di angkasa.
-ˋˏ✄┈┈┈ISI KANDUNGAN┈┈┈┈┈┈ (KLIK PADA TAJUK UNTUK AKSES SECARA TERUS)
Menurut kamus astronomi, bintang merupakan objek samawi yang terhasil daripada debu dan gas sejuk yang dikenali sebagai nebula. Jadi adakah anda tahu apakah definisi sebenar bintang?
Bintang dikenali sebagai bebola gas panas yang menghasilkan cahaya terang pada waktu malam. Cahaya bintang adalah tenaga yang dihasilkan melalui tindak balas nukleus.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, bintang merupakan objek samawi tetap yang dapat dilihat pada waktu malam sebagai satu titik cahaya dari bumi. Walau bagaimanapun, bintang bergerak tetapi pergerakannya tidak dapat dilihat kerana kedudukannya yang amat jauh dari bumi.
Bintang mengalami perubahan tahap kehidupan dalam tempoh yang panjang. Jadi mari kita sama-sama menerokai tentang bintang.
Jarak
Kecerahan
Komposisi Kimia
Suhu
˗ˏˋ Jarak & Kecerahan ˎˊ˗
˗ˏˋ Komposisi Kimia & Suhu ˎˊ˗
˗ˏˋ Warna & Suhu Bintang ˎˊ˗
Merah (M)
<3500K
Jingga (K)
3500-5000K
Kuning (G)
5000-6000K
Kuning-Putih (F)
6000-7500K
Putih (A)
7500-11000K
Biru-Putih (B)
11000-25000K
Biru (O)
>25000K
Sesebuah bintang perlu melalui peringkat kelahiran, kehidupan dan kematian. Di samping itu, bintang juga perlu mengubah fasa untuk meneruskan kehidupan. Bintang mengambil tempoh masa yang sangat panjang untuk menjalani kehidupannya sehingga mencecah berbilion tahun.
Apabila umur bintang semakin meningkat, ia akan mengembang kemudian menyejuk dan menjadi malap. Akhirnya bintang tersebut mula meruntuh dan meletup. Letupan ini dikenali sebagai supernova.
Kesimpulannya, gas dan debu yang membentuk bintang akan dikitar semula. Manakala unsur-unsur yang tersingkir daripada bintang yang hampir mati, akhirnya menjadi sebahagian daripada bintang baru.
˗ˏˋ Kelahiran Bintang ˎˊ˗
Bintang dilahirkan daripada nebula. Nebula ialah awan besar yang terdiri daripada debu dan gas-gas seperti hidrogen dan helium.
˗ˏˋ Kematian Bintang ˎˊ˗
Bintang akan mati apabila semua gas hidrogen di terasnya habis digunakan untuk tindak balas nuklear. Bintang yang mati akan menjadi kerdil putih, bintang neutron atau lohong hitam bergantung pada saiznya.
Bagi bintang yang sederhana besar seperti Matahari (atau jisim bintang 1.5x lebih kecil daripada jisim Matahari), bintang itu akan menjalani peringkat-peringkat kematiannya.
Disini, saya sertakan gambar rajah kitar hidup bintang dan perbezaan saiz bintang disebelah kanan anda.
˗ˏˋ Tempoh Hayat Bintang ˎˊ˗
Apakah alasannya?
Hal ini kerana, jangka hayat bintang bergantung pada jisimnya. Bintang yang lebih besar adalah, semakin cepat ia membakar bekalan bahan api, dan yang lebih pendek ialah nyawa.
Bintang-bintang yang paling besar terbakar dan meletup di dalam supernova selepas gabungan beberapa juta tahun. Bintang purata dengan jisim seperti Matahari, sebaliknya, boleh terus menghidrogen hidrogen selama kira-kira 10 bilion tahun.
Dan jika bintang itu sangat kecil, dengan massa yang mengatakan hanya sepersepuluh dari Matahari, ia boleh menyimpan hidrogen sehingga satu trilion tahun, lebih lama daripada umur alam semesta sekarang.
Jangka hayat bintang bergantung kepada jisimnya iaitu jumlah unsur yang membentuknya. Bintang mempunyai jisim yang berbeza-beza. Hampir sepanjang hayat bintang akan memancarkan sinar cahayanya.
Jangka hayat mungkin dari beberapa juta tahun hingga satu trilion tahun. Bintang purata mungkin mempunyai tempoh masa kira-kira satu bilion tahun.
Spektroskopi dapat membantu pengkaji dalam memberi maklumat mengenai bintang berkaitan dengan suhu, komposisi kimia, kelajuan dan sebagainya. Maklumat ini diperolehi melalui spektrum bintang tersebut.
Spektograf
Instrumen yang digunakan untuk mengetahui spektrum sesebuah bintang. Untuk memahami kaedah yang digunakan pada spektrograf, hukum Kirchoff (1859) perlu difahami dan diketahui.
Spektrum Bintang
Bintang dapat dikelaskan berdasarkan ciri-ciri spektrum yang ada padanya. Terdapat tujuh jenis spektrum dalam klasifikasi bintang yang utama. Pembahagian ini bermula daripada bintang O iaitu bintang panas sehingga bintang M iaitu bintang sejuk.
ミ☆ Membentuk pelbagai fenomena.
Contohnya, pembentukan buruj, letupan supernova dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, matahari ialah bintang yang paling dekat dengan bumi telah dijadikan sebagai bintang rujukan. Sekali gus, matahari juga dijadikan sebagai sumber tenaga bagi penduduk di bumi.
ミ☆ Wujud golongan yang memuja bintang.
Menjadikannya sebagai tuhan mereka. Bagi mereka, bintang mampu memberikan petunjuk dan dapat meramal nasib mereka pada masa akan datang. Namun begitu, para petani juga menggunakan bintang bagi mengetahui waktu yang sesuai untuk bercucuk tanam.
ミ☆ Pada zaman dahulu, ahli pengembara menggunakan bintang sebagai petunjuk jalan ke daratan.
Buruj ialah satu kumpulan bintang yang berada rapat antara satu sama lain membentuk sebuah corak. Contohnya, ekor pada buruj pari sentiasa ke arah Selatan ini dapat membantu pengembara untuk mengetahui arah yang dicari. Mereka juga menjadikan bintang utara sebagai rujukan. Bintang yang dimaksudkan adalah bintang Qutb (Polaris). Bintang ini sentiasa muncul pada tempat yang sama di kutub utara. Arah yang ditunjukkan adalah arah Utara benar.
ミ☆ Membantu juruterbang dan pengemudi kapal untuk mengetahui kedudukan dengan menggunakan cakerawala.
Untuk menentukan kedudukan bintang, sudut bintang juga diukur dengan sekstan dan masa pengukuran dicatat dengan tepat. Kemudian kedudukan bintang dirujuk berdasarkan almanak. Melalui ini, sudut bintang yang diperolehi dapat menentukan jarak kedudukan mereka dari kedudukan bintang di bumi.
ミ☆ Ahli astronomi menggunakan bintang untuk merakamkan masa.
Masa bintang ialah masa berasaskan pergerakan bintang yang dilihat. Satu hari bintang adalah tempoh masa yang diambil oleh sebuah bintang untuk sampai pada kedudukan yang sama di langit. Tempoh ini mengambil masa selama dua malam berturut-turut. Walau bagaimanapun bintang terbit awal empat minit setiap hari. Ini menyebabkan hari bintang lebih pendek berbanding dengan hari suria.
Kaji selidik ini telah dilakukan di laman sosial saya iaitu, Instagram @f4tinism menggunakan " poll features" yang sedia ada. Kaji selidik ini telah melibatkan seramai lebih kurang 200 rakan kenalan saya. Alasan saya menggunakan Instagram Stories adalah kerana cara ini merupakan kaedah yang paling pantas dan efektif untuk mendapatkan tindak balas.
Antara beberapa soalan yang saya ajukan adalah ;
Suka tak tengok stars?
Pernah tak tengok bintang through spectrograph?
Stars ni bergerak ke static?
Bintang ni sejuk ke panas?
Secara umumnya, adakah anda tahu bintang mempunyai kitaran hidup?
Tuntasnya, kehidupan bintang dijelaskan dalam bentuk yang lebih umum dalam al- Quran bahawa bintang terbentuk daripada dukhan. Sebaliknya, dalam ilmu astronomi telah dijelaskan secara terperinci mengenai bintang termasuklah kitaran hidupnya, melalui kajian saintifik serta cerapan yang telah dilakukan.
Pengkelasan bintang dalam al-Quran lebih tertumpu kepada bintang-bintang tertentu. Namun demikian, dalam ilmu astronomi bintang diklasifikasikan melalui beberapa kategori iaitu spekturm, jenis, saiz, warna, suhu dan luminositi.Untuk mengklasifikasikan bintang tersebut, beberapa kaedah telah diaplikasikan oleh ahli astronomi antaranya spektroskopi dan fotomoteri.
Akhirul kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membaca. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada saudara-saudari. <3
-ˋˏ✄┈┈┈RUJUKAN┈┈┈┈┈┈
Asimov Issac (1992), Kelahiran dan Kematian Bintang, Kuala Lumpur: Federal Publication, h.6-31
Carole Stott (2009), Bintang & Planet, Amir Muslim (terj.). Kuala Lumpur: ITNM, h.18.
Glosari Astronomi (1995), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 351.
Iosif S. Shklovskii (1978), Stars : Their Birth, Life and Death. Richard B. Rodman (ed.). San Francisco: W. H. Freeman and Company, h. 17.
James B Kaler (1989), Stars and their Spectrum. United Kingdom: Cambridge University Press, h. 10.
Maurice Baucaille (1977), The Bible, The Quran and Science. Lahore: Kazi Publication, h. 156.
Md Sharit Bharuddin (2007), Buku Lengkap Astronomi dan Angkasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 53.
Micheal A.Seeds (2007), Astronomy: The Solar System and Beyond, c. 5. Belmont, Canada: Thomson Brooks/cole, h. 278.
Nazhatulshima Ahamd & Mohd Zambri Zainuddin (2001), “Bintang Rujukan untuk Pengembara Padang Pasir dan Pelaut” (Kertas Kerja Muzakarah Pegawai-Pegawai Falak Syarie Malaysia di Langkawi, Kedah, 3-6 September 2001), h. 6-12.
Walter Beade (1963), Evolution of Stars and Galaxies. Gaposchkin, Cecilia Helena Payne (ed.). Cambridge: Harvard University Press. h. 12.
𝓼𝓮𝓴𝓲𝓪𝓷, 𝓽𝓮𝓻𝓲𝓶𝓪 𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱.