Tentang Saya
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Nama saya Alees Rahaizan Binti Abd Rahim. Saya merupakan pelajar semester 2 dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik di UiTM Puncak Alam, Selangor. Saya memegang jawatan sebagai ahli jawatankua Biro Multimedia dan Publisiti. Menerusi laman web ini, saya akan menjelaskan kepada anda semua mengenai Bumi. Mari meneroka planet Bumi bersama-sama saya!
Tentang Bumi
Sistem Bumi
Adakah Bumi berbentuk sfera atau mendatar?
7 fakta menarik tentang Bumi!
Hebahan teks
Infografik
Video dokumentari
Video mengenai Bumi
Kesimpulan
Rujukan
Tentang Bumi
Pengenalan
Bumi merupakan planet ketiga daripada Matahari yang merupakan rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia. Bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud dan telah dibentuk kira-kira 4.5 bilion tahun yang lalu. Sistem bumi terdiri daripada empat komponen yang utama, iaitu atmosfera, biosfera, hidrosfera dan geosfera yang saling berhubung kait.
Struktur Lapisan Bumi
Kerak Bumi (Crust)
Kerak Bumi merupakan bagian terluar dari lapisan Bumi yang lebih nipis dibandingkan dengan lapisan lainnya yang terdapat unsur-unsur kimia seperti oksigen, silikon, aluminium, besi, kalsium, natrium, kalium, dan magnesium.
Mantel Bumi (Mantle)
Lapisan Bumi kedua adalah mantel yang merupakan lapisan paling tebal dengan ketebalan mencapai 2.900 km. Lapisan ini juga disebut sebagai lapisan astenosfera kerana ia berfungsi untuk melindungi inti Bumi. Terdapat dua jenis mantel iaitu mantel luar dan mantel dalam pada lapisan ini.
Inti Bumi
Inti Bumi terdiri daripada inti dalam (inner core) dan inti luar (outer core). Inti bumi terdiri terutamanya dari besi, dengan nikel 5-10% dan bahagian sulfur, silikon dan oksigen yang lebih rendah.
Sistem Bumi
Atmosfera
Zon udara yang menyeliputi permukaan bumi.
Biosfera
Zon kehidupan yang terdiri daripada beraneka hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Hidrosfera
Zon air yang merangkumi sungai, tasik, lautan dan juga air yang terperangkap sebagai ais, di bawah tanah dan wap air dalam atmosfera.
Geosfera
Zon batu dan tanah di atas permukaan bumi.
Stratifikasi Atmosfera Bumi
Troposfera
Lapisan atmosfera yang merupakan tempat benda hidup bernafas, angin bertiup, serta awan, hujan dan salji terbentuk.
Stratosfera
Lapisan atmosfera yang sesuai dan stabil untuk penerbangan kapal terbang.
Terdapat juga lapisan ozon yang mengandungi gas ozon yang dapat menyerap sinaran ultraungu matahari.
Mesosfera
Pembakaran dan penghancuran meteorit berlaku di lapisan ini.
Termosfera
Lapisan ini juga dikenali sebagai ionosfera kerana lapisan ini mempunyai ion-ion yang dapat memantulkan gelombang radio.
Aurora, iaitu jalur-jalur cahaya yang berwarna-warni hasil daripada tindakan zarah-zarah bercas dengan medan magnet Bumi dan gas-gas atmosfera berlaku di lapisan ini.
Eksosfera
Mengandungi gas-gas ringan seperti helium dan hidrogen.
Udara bertambah nipis menghala ke angkasa lepas.
Satelit komunikasi yang mengorbit Bumi di lapisan eksosfera telah membolehkan panggilan telefon dan siaran televisyen dapat diterima oleh manusia.
Stratifikasi Laut Bumi
Zon Permukaan
Dalam zon ini, air adalah sangat cetek dan cahaya boleh bergerak menembusinya. Hal ini membolehkan zon ini sesuai untuk habitat tumbuhan.
Zon Tengah Malam
Zon ini mempunyai sedikit cahaya atau tiada cahaya. Tumbuhan sukar untuk hidup pada kedalaman ini tetapi tahap kedalaman ini menjadi habitat untuk haiwan laut yang besar, misalnya sotong gergasi dan pelbagai spesies ikan paus.
Zon Gelap
Zon ini amat dalam dan tiada cahaya yang boleh sampai. Oleh itu, kebanyakan haiwan dalam zon ini mempunyai badan yang berkilau atau bersinar dalam gelap.
Adakah Bumi Berbentuk Sfera Atau Mendatar?
Menurut Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, sebagai Angkasawan Islam yang kesembilan menerokai angkasa lepas, berdasarkan pengalamannya berada di sana, beliau melihat bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, sfera oblat (oblate spheroid) iaitu keadaan seperti 'memenyekkan' (squashed) di bahagian kutub dan 'membonjol' (bulged) di garisan Khatulistiwa. Tambahannya lagi, bentuk Bumi bukannya seperti sebiji bola, malah lebih kepada bentuk sebiji telur.
7 Fakta Menarik Tentang Bumi!
Paksi Bumi condong 23.5° dari orbitnya
Bumi kita berputar pada paksinya dan juga mengelilingi Matahari. Putaran Matahari menyebabkan perubahan siang dan malam manakala pusingan orbit Bumi mengelilingi Matahari pula menyebabkan berlakunya 4 musim. Kejadian 4 musim ini adalah disebabkan kecondongan Bumi pada paksinya iaitu sebanyak 23.5° daripada satah orbitnya.
Sebenarnya udara atau atmosfera di Bumi kita ini bukanlah oksigen sepenuhnya. Udara yang kita hirup ini mengandungi 78% nitrogen, 20% oksigen dan 2% gas-gas lain. Pecahan udara ini yang membolehkan kita bernafas. Jika peratus oksigen terlalu tinggi, kita boleh mengalami keracunan oksigen dalam darah kita.
Sistem suria kita terdiri daripada lapan buah planet. Dua planet daripadanya tidak mempunyai bulan iaitu planet Utarid dan Zuhrah. Manakala enam planet lain mempunyai bulan masing-masing yang mengelilingi planet tersebut termasuklah Bumi. Bumi ialah satu-satunya planet dengan hanya 1 bulan yang mengelilinginya.
Bumi kita berumur sekitar 4.5 bilion tahun (atau 4500 juta tahun). Umur ini dapat ditentukan berdasarkan kajian mengenai Matahari, Bulan dan juga batu-batuan yang wujud di Bumi. Kelahiran Bumi ini berlaku serentak dengan kelahiran sistem suria. Oleh sebab itu, Matahari dan planet-planet di dalam sistem suria mempunyai umur yang hampir sama iaitu sekitar 4.5 bilion tahun.
Kita tahu bahawa 1 hari adalah bersamaan dengan 24 jam dan kita juga tahu bahawa Bumi ini berputar pada paksinya. Namun, satu putaran 360° Bumi adalah lebih kecil daripada 24 jam iaitu hanya sekitar 23 jam 56 minit dan 4 saat. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh kesan gerakan Bumi pada orbitnya.
Dasar laut yang paling dalam di muka Bumi ini adalah di suatu kawasan peparit yang dinamakan sebagai peparit Mariana. Kawasan ini terletak di barat Lautan Pasifik dan 200 kilometer timur dari pulau Mariana.
Bumi kita pada hari ini terdiri daripada 7 benua dan 4 lautan. Namun, keadaan Bumi jutaan tahun lalu berbeza dengan keadaan pada hari ini. Sekitar 300 juta tahun lalu, Bumi hanya terdiri daripada 1 benua gergasi yang diberi nama Pangea serta 1 lautan gergasi yang diberi nama Panthalessa. Benua ini melalui beberapa proses pemisahan sepanjang ratusan juta tahun sehinggalah kepada keadaan pada hari ini.
Hebahan Teks
Instagram Story
Instagram Post
WhatsApp Status
Infografik
Video Dokumentari
Video Mengenai Bumi
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Bumi merupakan satu-satunya planet yang boleh diduduki manusia dan juga benda-benda hidup berbanding dengan planet-planet yang lain. Bumi juga memainkan peranan yang penting untuk kelangsungan hidup dan kita bertanggungjawab untuk menjaganya demi masa hadapan yang lebih cerah. Angkasawan negara kita juga mengatakan bahawa pengalamannya semasa berada di angkasa telah mengubah perspektifnya mengenai kehidupan secara menyeluruh dan meningkatkan kepercayaannya terhadap kebesaran Maha Pencipta. Jadi, adalah penting untuk kita sebagai umat manusia untuk belajar dan mengenali planet-planet di angkasa seperti Bumi dengan lebih mendalam untuk meningkatkan pengetahuan mengenai ilmu falak.
Rujukan
Izzat Zubir. (2020, September 19). 10 Fakta tentang Bumi yang Kita Patut Tahu. Retrieved from AJAR: https://ajar.com.my/2020/09/19/10-fakta-tentang-bumi-yang-kita-patut-tahu/
Syairah Lajis. (2019, Oktober 12). Dr Sheikh Muszaphar bersumpah bumi berbentuk sfera. Retrieved from Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/51761/BERITA/Viral/Dr-Sheikh-Muszaphar-bersumpah-bumi-berbentuk-sfera