"It's time for human race to enter Solar System"
-Dan Quayle
OBJEKTIF UTAMA TOPIK
Mempelajari tentang jasad-jasad sistem suria seperti Matahari, bulan, lapan planet utama dan planet kerdil.
Memahami dan membezakan struktur-struktur dan komponen planet, Matahari dan bulan.
Mengetahui fakta-fakta tentang sistem suria dan jasad-jasad didalamnya.
DEFINISI SISTEM SURIA
Himpunan lapan buah planet serta bulan-bulannya dalam orbit mengelilingi Matahari bersama jasad yang lebih kecil dalam bentuk asteroid, meteroid dan komet. Lapan planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Sistem Suria hanyalah sebahagian kecil daripada alam semesta dan terletak di dalam Galaksi Bima Sakti.
Sistem suria disebut sebagai sekumpulan bintang dan cakerawala yang bergerak secara teratur mengelilingi Matahari dimana Matahari merupakan penentu paksi pusat putaran. Ia menarik kumpulan planet, habuk, jirim, radiasi dan medan magnet galaksi. Bintang panas ini beserta planet-planetnya telah wujud sekitar 4.6 bilion tahun dahulu.
KOMPONEN SISTEM SURIA
DEFINISI PLANET
Planet ialah jasad cakerawala yang berada dalam orbit mengelilingi Matahari, mempunyai jisim yang cukup untuk graviti-sendiri melawan daya tarikan jasad tegar sehingga ia mencapai bentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat) dan telah membersihkan kawasan kejiranan di sekeliling orbitnya. Planet tidak mempunyai atau memancarkan cahaya sendiri. Mereka hanya memantulkan cahaya dari sumber cahaya, iaitu Matahari. Sistem Suria mengandungi 8 buah planet utama iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Pada tahun 2006, kategori baru planet telah diperkenalkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) iaitu planet kerdil.
"The Solar System has no anxiety about its reputation"
-Ralph Waldo Emerson
Untuk mengenali dan mempelajari tentang keunikkan sistem suria dan jasad-jasad didalamnya dengan lebih mendalam, marilah kita bersama-sama melihat video dan infografik dibawah:-
Kredit: Arsyaf Abdallah
Kredit: Allen Ku
"The secret of our success on planet Earth is space. Lots of it. Our solar system is a tiny island of activity in an ocean of emptiness"
-Paul Davies
Matahari
Apa itu matahari?
10 fakta menarik mengenai matahari
Adakah matahari juga merupakan sebuah bintang?
Planet Utarid
Pengenalan planet Utarid
Fakta tentang Utarid
Planet Utarid sukar untuk dilawati?
Planet Zuhrah
Pengenalan planet Zuhrah
Struktur dan Permukaan Planet Zuhrah
Fakta menarik tentang Zuhrah
Planet Bumi
Tentang Bumi
Adakah Bumi berbentuk sfera atau mendatar?
7 fakta menarik tentang Bumi
Planet Marikh
Mari kita kenali apakah itu planet Marikh
Bulan di Marikh
9 fakta menarik mengenai Marikh
Marikh sebagai Bumi kedua?
Planet Musytari
Apakah itu Musytari?
Struktur Musytari
Komposisi Musytari
Jisim Musytari
Struktur dalam Musytari
9 fakta menarik tentang Musytari
Planet Zuhal
Apa itu Zuhal?
Sistem gegelang
Satelit semulajadi
10 fakta menarik
4 misi berjaya ke Zuhal
Fenomena Istiqbal Zuhal
Apakah yang akan berlaku kepada Bumi jika kedudukan orbit Zuhal berubah
Planet Neptun
Apa itu Neptun?
10 perkara yang perlu diketahui mengenai Neptun!
Adakah Neptun mempunyai lautan?
Planet Pluto
Apa itu Pluto?
Kenapa Pluto bukan planet?
10 perkara yang perlu diketahui tentang Pluto
5 perkara pelik tentang Pluto
Planet Kerdil
Apa itu planet kerdil?
5 planet kerdil
Bagaimana planet kerdil dinamakan?
Planet kerdil yang berpotensi?