"Melihat jauh ke dalam alam, dan kemudian anda akan mengerti segala sesuatu yang lebih baik" - Albert Einstein
"Manusia dan alam semesta adalah sebuah keindahan yang tidak dapat gapai hanya dengan kata-kata"
Apakah pandangan orang awam terhadap tiang cahaya?
Sebuah cahaya misteri yang muncul di langit mengemparkan penduduk Negeri Sabah. Cahaya misteri itu juga boleh dilihat dari Limbang, Sarawak. Ada yang mengatakan cahaya misteri itu bergerak laju menuju ke barat. Orang ramai juga berjaya merakam cahaya misteri itu dan mula viral melalui WhatsApp dan media sosial.
Menurut seorang saksi, cahaya misteri itu dilihat seperti menuju ke arah Laut China Selatan sekitar jam 10.30 malam. Cahaya berkenaan boleh disaksi dalam 20 minit sebelum ianya hilang dari pandangan.
Fenomena Cahaya Misteri di Sabah
Segolongan orang berpendapat bahawa bagi mereka yang dapat melihat kejadian fenomena "tiang cahaya" seperti di sebelah merupakan suatu peluang yang sangat berharga kerana bukan semua orang berpeluang melihat fenomena alam yang sangat jarang berlaku terutamanya di negeri Sabah. Ini kerana walaupun fenomena ini pelik tetapi ianya sangat cantik sehingga mampu menarik perhatian orang ramai.
Fenomena ini terjadi beberapa kali di Kepulauan Sulu, Filipina. Ia dikatakan mitos yang membawa petanda tidak baik dan dipanggil sebagai lansuk-lansuk atau lilin. Namun, ia tiada bukti yang sah.
Maksud: "Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman". - Surah Al-Jaatsiyah [45]:3
Dalam Al-Quran juga banyak menerangkan tentang kejadian alam yang merupakan tanda-tanda kebesaran Allah SWT selain dari kejadian siang malam, kejadian manusia dan kejadian bumi. Kesinambungan ajaran Islam yang diturunkan kepada Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun yang lalu sentiasa mengenai fakta ilmuan sehingga hari ini termasuk kemajuan teknologi sains.
Ramai saintis terpegun dengan ketepatan Al-Quran dalam mencatatkan fakta sains walaupun ia adalah kalam yang dilihat terasing daripada teknologi sains ketika itu.
Pada abad ke-20, seorang ahli fizik dari Rusia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi George Lemaitre telah membuat satu penemuan yang mengejutkan bahawa alam semesta ini tidak statik sebaliknya terus berkembang dari semasa ke semasa. Ini juga telah dinyatakan oleh Al-Quran dalam surah Ad Dhariyat ayat ke-47;
“Dan langit itu kami bangunkan dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya!”