ASSALAMUALAIKUM DAN HAI 👋
Nama: Nur Rasyidah Binti Mohd Razalli. (2021371227)
Course: Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik (ED248) di UITM Puncak Alam, Selangor.
Melalui subjek SCE523 (Science, Technology & Society) ini, saya akan berkongsi tentang cara-cara penentuan arah kiblat. Jadi marilah kita sama-sama mengetahui bagaimanakah cara menetukan arah kiblat dengan lebih mendalam.
DEFINISI KIBLAT MENURUT HUKUM SYARAK
Kiblat menurut bahasa berasal dari bahasa Arab yaitu قبلة . Kata ini adalah salah satu bentuk masdar dari kata kerja قبلة – يقبل – قبل yang berarti menghadap. Kata kiblat yang berasal dari bahasa Arab ( القبلة ) secara harfiah berarti arah (jihah) dan merupakan bentuk fi’lah dari kata al muqabalah (المقابلة) yang berarti “keadaan menghadap”.
Menghadap ke arah Kiblat, bermaksud tubuh badan seseorang menghadap ke arah Kaabah yang terletak di Makkatul Mukarramah. Kiblat merupakan arah hadap umat Islam untuk menyempurnakan ibadat tertentu seperti solat dan lain-lain ibadat.
Menghadap ke arah kiblat menjadi syarat sah solat lima waktu sehari semalam dan solat sunat yang lain.
HUKUM BERKAITAN ARAH KIBLAT
HUKUM WAJIB
Bagi yang ingin menunaikan solat sama ada fardhu ataupun sunat dan ianya merupakan syarat sah solat.
Bagi mereka yang ingin melakukan tawaf di Baitullah
Meletakkan kedudukan jenazah secara mengiring iaitu bahagian kanan dibawah liang lahad (kubur).
HUKUM SUNAT
Bagi mereka yang ingin membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, dan lain-lain yang berkaitan.
HUKUM HARAM
Ketika membuang air kecil ataupun besar di tanah/ kawasan yang lapang tanpa ada dinding penghalang.
HUKUM MAKHRUH
Membelakangkan kiblat dalam sebarang perbuatan seperti membuang air besar atau kecil di dalam
keadaan tandas berdinding, tidur menelentang sedang kaki selujur ke arah kiblat dan seumpamanya.
DALIL-DALIL AL-QURAN DAN HADIS BERKAITAN ARAH KIBLAT
Surah Al-Baqarah ( Ayat 150)
Daripada Abu Hurairah R.A.
Surah Al - Baqarah (Ayat 149)
Maksudnya :
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berqiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ".
Daripada Anas bin Malik R.A.
" Bahawasanya Rasullullah s.a.w (pada suatu hari) sedang mendirikan solat dengan menghadap ke Baitul Maqdis. Kemudian turunlah ayat Al-Quran: " Sesungguhnya kami selalu melihat mukamu menengadah ke langit (berdoa mengadap kelangit). Maka turunlah wahyu memerintahkan Baginda mengadap ke Baitullah (Kaabah). Sesungguhnya kamu palingkanlah mukamu ke qiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Kemudian seorang lelaki Bani Salamah lalu, ketika itu orang ramai sedang ruku' pada rakaat kedua solat fajar. Beliau menyeru, sesungguhnya qiblat telah berubah. Lalu mereka berpaling ke arah qiblat ".
( Diriwayatkan Oleh Muslim )
KONSEP IJTIHAD DALAM MENENTUKAN ARAH KIBLAT
Berijtihad arah Kiblat adalah perlu dilakukan bagi menentukan arah Kiblat masjid, surau dan tempat-tempat yang hendak didirikan solat. Mengikut ke-empat empat Mazahab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, menghadap Kiblat menjadi syarat sah solat. Bagi Mazhab Syafie terdapat tiga kaedah berhubung dengan syarat sah menghadap Kiblat iaitu:
1) Bagi seseorang yang berada di dalam Masjidil Haram
Seseorang yang berada di dalam Masjidil Haram sama ada nampak Baitulah ( Kaabah ) atau tidak, wajib menghadap dan menghalakan dirinya ke Baitullah dengan penuh yakin. Kewajipan tersebut boleh dipastikan terlebih dahulu dengan melihat atau menyentuhnya bagi orang yang cacat penglihatan atau dengan cara lain yang boleh dipastikan, asalkan ada keyakinan. Menentukan qiblat dengan cara ini dinamakan " qiblat yakin ".
2) Bagi seseorang yang berada di luar Masjidil Haram dan di sekitar Tanah Suci Makkah
Qiblat Dzanni adalah bagi seseorang yang berada jauh dari Baitullah ( kaabah) iaitu berada diluar Masjidil Haram atau di sekitar tanah suci Makkah. Mereka dikehendaki menghadap ke arah Masjidil Haram sebagai maksud menghadap ke arah Kaabah secara dzanni. Kaedah ini dinamakan qiblat dzanni. Ianya boleh diketahui melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Makkah
3) Bagi seseorang yang berada di luar Masjidil Haram dan di luar tanah suci Makkah
Bagi seseorang yang berada di luar Masjidil Haram dan di luar tanah suci Makkah hendaklah menghadap ke arah tanah suci Makkah dengan tujuan menghadap Masjidil Haram atau Kaabah. Cara ini memadai untukmelaksanakan tuntutan syarak ketika mendirikan solat dan ibadat-ibadat lain.
Bagi tempat yang jauh seperti di Malaysia, ijtihad arah Kiblat boleh ditentukan melalui perhitungan falak atau astronomi
menggunakan peralatan yang bersesuaian seperti kompas, teodolit dan juga mata angin.
Arah Kiblat juga boleh ditentukan berdasarkan kepada kedudukan matahari dan bintang.
VIDEO YANG BERKAITAN
KESIMPULAN
Mencari arah kiblat yang betul adalah amat penting kerana ia adalah di antara syarat sah kepada ibadat solat. Alasan tidak mengetahui arah kiblat tidak lagi boleh digunakan kerana pengetahuan mengenainya sudah boleh didapati dengan meluas melalui medium pembelajaran yang pelbagai.
RUJUKAN
Admin. (2021, March 11). Kaedah Penentuan Arah Kiblat tradisional. Wacana. Retrieved January 16, 2022, from https://wacana.my/kaedah-penentuan-arah-kiblat-tradisional/
Affandi, A. (2021, May 27). Cara Semak Arah Kiblat Sempena Istiwa A'dzam, 28 Mei Jam 5.16 petang. SirapLimau.com. Retrieved January 16, 2022, from https://siraplimau.com/cara-semak-arah-kiblat-sempena-istiwa-adzam-28-mei-jam-5-16-petang/
Badra. (2021, July 16). Fenomena Istiwa' a'dzam 16 julai 2021: Cara Semakan Kiblat di Rumah. Harian Post. Retrieved January 16, 2022, from https://harianpost.my/semakan-kiblat-di-rumah-istiwa-adzam/
Ghani, L. W. A. (2020, January 20). Arah Kiblat. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved January 16, 2022, from https://www.muftiwp.gov.my/en/unit-falak2/149-soalan-soalan-lazim-falak/4023-kiblat
Izzat Zubir. (2020, September 25). Ini 5 Sains Kaedah Penentuan Arah Kiblat | Ajar. Ini 5 Sains Kaedah Penentuan Arah Kiblat. Retrieved January 16, 2022, from https://ajar.com.my/2020/09/25/ini-5-sains-kaedah-penentuan-arah-kiblat/
Jabatan mufti Negeri Pulau Pinang. Soal jawab: Arah Kiblat. (2020). Retrieved January 16, 2022, from https://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-48-39/penerbitan/buku/487-buku-soal-jawab-arah-kiblat-1/file
Laman Web Rasmi Jabatan mufti Negeri selangor - soalan lazim. Soalan Lazim Arah Kiblat. (n.d.). Retrieved January 16, 2022, from https://www.muftiselangor.gov.my/soalan-lazim-falak-2
Mohammad Fitri Afiq Bin Azman. (2021, June 1). Semakan Arah Kiblat melalui istiwa' adzam Dan Kaedah Buruj. Retrieved January 16, 2022, from https://bctkpd.com/2021/05/26/semakan-arah-kiblat-melalui-istiwa-adzam-dan-kaedah-buruj/
Nurul Shahida Binti Mohd Ghazali. (n.d.). Prosidur Lapangan Penetapan Arah Kiblat: E-falak-syarie. e-Falak Syarie. Retrieved January 16, 2022, from https://nshahida29.wixsite.com/e-falak-syarie/prosidur-lapangan-penetapan-arah-ki
Scribd. (2019). Penentuan Arah Kiblat. Retrieved January 16, 2022, from https://www.scribd.com/document/60297522/Penentuan-Arah-Kiblat
Shafiqolbu. (2012, March 4). Penentuan Arah Kiblat. Retrieved January 16, 2022, from https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/03/04/penentuan-arah-kiblat/