Pluto ialah planet kerdil di Kuiper Belt. Pluto adalah lebih kecil berbanding bulan bumi. Ia mempunyai glacier yang berbentuk hati di mana ia berukuran sebesar Texas dan Oklahoma. Bulan mempunyai langit yang biru, bulan yang berpusing, gunung setinggi Rockies dan juga salji yang berwarna merah.Selepas Pluto dijumpai pada tahun 1930 ia telah diklasifikasikan sebagai planet ke sembilan daripada matahari. Tetapi pada awal 1990, status Pluto menjadi tanda tanya kerana saiz Pluto hampir sama dengan Kuiper belt dan planet kerdil Eris. Ini menyebabkan pada tahu 2006 International Astronomical Union (IAU) mengeluarkan Pluto daripada sembilan planet sistem suria dan mengklarifikasikannya sebagai planet kerdil.
IAU telah menurunkan status Pluto kepada planet kerdil kerana ia tidak menepati tiga kriteria IAU yang digunakan untuk mengklasifikasikan planet berbentuk penuh. Pada asasnya Pluto memenuhi semua kriteria kecuali ia belum membersihkan kawasan jirannya daripada objek lain.
Pluto pernah menjadi gergasi. Sewaktu Pluto ditemui pada 1930 ia dipercayai bahawa ia lebih besar daripada Merkuri dan berkemungkinan lebih besar daripada Bumi
Pluto tidak bergerak mengikut orbit seperti planet yang lain. Dalam beberapa tahun Pluto akan mengorbit dalam landasan Neptune tetapi jangan khawatir Pluto dan Neptune tidak pernah berlanggar
Sangat sejuk iaitu sekitar -225 Celsius. Pluto mempunyai 70% batu dan 30% ais. Sebahagian permukaan Pluto dilapisi dengan Nitrogen
Pluto mempunyai empat bulan iaitu Charon, Nix, Hydra dan Cerberus.
Walaupun Pluto kecil tetapi ia juga mempunyai atmosfera yang dihasilkan daripada nitrogen, metana and carbon monoksida.
Video dokumentari bersama dua orang penemuduga iaitu Cik Aisyah dan Cik Zarifah
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya dan rakan-rakan dalam mengkaji serta mendalami ilmu astrologi. Harap anda semoga mendapat pelbagai pengetahuan daripada website kami. Terima kasih dan Assalamualaikum