AHLI KUMPULAN
SELENE LUNAR ORBITER SPACE CRAFT
Apa itu SELENE
Objektif misi SELENE
Struktur reka bentuk SELENE
PENDAHULUAN
Terdapat begitu banyak teknologi yang canggih dan mahir telah dibangunkan oleh ahli-ahli astronomi tanpa kita sedari. kebanyakkan teknologi astronomi dihasilkan oleh negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Russia. Negara mereka berkemampuan untuk menghasilkan teknologi moden terutama yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas.
Teknologi angkasa merupakan teknologi yang berkaitan dengan memasuki, dan mendapatkan semula objek atau bentuk kehidupan dari angkasa lepas. Teknologi "harian" seperti ramalan cuaca, penderiaan jauh, sistem GPS, satelit televisyen, dan beberapa sistem komunikasi jarak jauh secara kritikal bergantung kepada infrastruktur angkasa. Sains, astronomi dan sains Bumi (melalui penderiaan jauh) paling banyak menerima manfaat daripada teknologi angkasa.
Objektif yang akan diperolehi dari topik Teknologi Dalam Astronomi ini adalah kita akan lebih memahami terhadap konsep penggunaan, kepentingan dan juga isu-isu semasa yang berlaku di ruang angkasa lepas. Ini kerana kita ialah salah satu daripada berjuta-juta pengguna teknologi tersebut. Selain itu, kita juga akan lebih mengenali tentang satelit-satelit yang beroperasi di ruang angkasa samada satelit milik negara Malaysia ataupun satelit negara lain.
Hari ini jutaan manusia di seluruh dunia menggunakan kemajuan hasil dari penyelidikan astronomi dan sains angkasa untuk meningkatkan kualiti harian mereka. Antara manfaat yang boleh digunakan daripada hasil penyelidikan teknologi astronomi tersebut adalah:
1 ) Pemindahan teknologi
Sebahagian dari hasil penyelidikan astronomi yang boleh dipindahkan
teknologinya ialah:
Teknik pemprosesan imej
Komunikasi menggunakan
satelit; dan
Pembangunan robotik (Development of Robotics).
2 ) Pertanian – Penentuan musim
penanaman dan penyemaian melalui pencerapan dan pemahaman konsep pergerakan Matahari dan bulan untuk perikanan.
3 ) Seni bina:
Rekabentuk bangunan untuk mencapai penjimatan tenaga.
4 ) Kelansungan kehidupan manusia:
Pemahaman mengenai asteroid boleh membantu dalam kita
mengenali cirian asteroid yang mungkin akan melanggar Bumi.
5 ) Pengkajian perubahan cuaca:
Perubahan jumlah penerimaan tenagadari Matahari yang
memberi kesan kepada atmosfera Bumi
Penambahan kadar kebocoran lapisan ozon dan kemasukan
sinar ungu yang memberi kesan kepada suhu Bumi.
Sinar kosmik yang boleh memberi kesan kepada litupan awan.
6 ) Ilmu astrometri (positional astronomy)
membantu mengemudi satelit buatan manusia dan pengunaan aplikasi GPS
7 )Ramalan cuaca:
Penggunaan teknologi satelit untukmemantau pergerakan awan yang
membolahkan ramalancuaca yang tepat dilakukan.
8 )Naviagasi di lautan – penentuan
pasang-surut air laut dan arahpelayaran (melalui pemahaman
gerakan matahari, bulan dan planet).
SLIDE
INFOGRAFIK
VIDEO