PENGHITUNGAN/PENGIRAAN ARAH KIBLAT
PENGGUNAAN KOMPAS PRISMATIK
Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masakini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah yang merujuk kepada arah utara magnet. Arah utara magnet bergantung kepada medan magnet bumi, yang mana mungkin berubah-ubah dari masa ke semasa akibat perubahan geologi dan fizikal bumi. Justeru itu, arah utara magnet tidak semestinya sama dengan Arah Utara Benar.
Perbezaan sudut diantara arah utara magnet dan arah utara benar dikenali sebagai Sudut Pesongan Magnet. Magnitud sudut pesongan ini, mungkin berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan dari hari ke hari pada suatu tempat yang sama.
Berdasarkan daya tarikan medan magnet bumi, didapati magnitud sudut pesongan magnet minimum di kawasan khatulistiwa dan maksimum di kawasan kedua-dua kutub bumi.
Terdapat beberapa masalah yang akan timbul jika menggunakan kompas ialah dari Tarikan Graviti Tempatan dimana ia terkesan dari kewujudan bahan-bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas yang digunakan. Namun ia boleh digunakan sebagai alat alternatif sekiranya alat yang lebih sesuai tidak ada.
PENGGUNAAN TEODOLAIT
Teodolait merupakan antara alat termoden yang digunapakai oleh kebanyakaan juruukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat. Penggunaan teodolait memerlukan kemahiran yang sangat tinggi. Alat ini digunakan untuk mengukur bacaan sudut ufuk dan menegak. Ia memberikan bacaan sudut pada tahap kejituan dan ketepatan yang tinggi.
Penggunaannya begitu meluas sehingga kini dan ianya memerlukan mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mengendalikan alat tersebut .Terdapat berbagai jenis teodolait moden yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Bagi tujuan penandaan arah kiblat, teodolait jenis digital adalah yang paling mudah digunakan.
PENGGUNAAN INTERNET