Assalamualaikum...
Nama saya Nurul Aina Binti Mohd Ghazali dan merupakan salah seorang pelajar semester 2 Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik di UiTM Puncak Alam, Cawangan Selangor. Bagi semester ini, SCE523 (Science, Society, & Technology) adalah subjek yang saya ikuti dimana saya akan berkongsi tentang planet uranus. Jom meneroka sedikit sebanyak tentang uranus.
Siapakah ahli astronomi yang menemui planet uranus?
Pada tahun 1781, William Herschel merupakan ahli astronomi yang berjaya menemui planet uranus walaupun pada awalnya beliau mengatakan ianya bukan planet uranus. Beliau beranggapan bahawa objek itu merupakan bintang. Planet uranus juga merupakan planet pertama yang dijumpai menggunakan bantuan teleskop.
Apakah maksud planet uranus?
Di dalam sistem suria, planet uranus merupakan planet ketujuh dan juga mempunyai planet ketiga yang mempunyai diameter terbesar. Ia juga mempunyai suhu yang rendah menyebabkan planet uranus sejuk. Planet uranus juga digelar sebagai 'The Ice Giant' yang mempunyai '13 faint rings' dan juga '27 small moons'. Penemuan ini telah membantu ahli astronomi bahawa 'The rings' bukan merupakan suatu yang aneh namun ianya merupakan ciri umum planet.
Gambar diatas menunjukkan planet uranus yang dikelilingi 'Rings'. Gambar ini berjaya diambil menggunakan 'Hubble Space Telescope'
Imej diatas pula menunjukkan 5 'small moons' yang utama dan montaj ini berjaya diambil oleh kapal angkasa Vogayer 2. Antara 'small moons' yang terdapat pada imej diatas adalah Ariel, Miranda, Titania, Oberon dan Umbriel.
Adakah Uranus mempunyai cincin?
Planet Uranus dikelilingi oleh cincin nipis yang diperbuat daripada zarah yang sangat gelap. Ia sangat sukar untuk dikesan dan tidak ditemui sehingga tahun 1977. Para saintis planet menggunakan teleskop khusus untuk mengkaji atmosfera luar planet ini. Cincin itu merupakan penemuan bertuah dan data tentangnya membantu perancang misi Voyager yang akan melancarkan kapal angkasa berkembar pada tahun 1979.
Cincin itu diperbuat daripada ketulan ais dan serpihan debu yang mungkin pernah menjadi sebahagian daripada bekas bulan. Sesuatu berlaku pada masa lalu yang jauh, kemungkinan besar perlanggaran.
Antara imej yang berjaya direkodkan oleh Kapal Angkasa Voyager 2 pada Jan 25, 1985. Credit: NASA/JPL
Miranda
Pada tahun 1986, kapal angkasa telah melalui antara Miranda dan Uranus.
Titania
Titania merupakan Satelit terbesar bagi planet Uranus.
Ariel
Ketumpatan yang tinggi dan bulan yang paling cerah antara bulan yang lain.
Umbriel
Bulan kecil yang paling gelap dan mempunyai kerak berais.
Oberon
Satelit uranus yang yang paling luar dan jaraknya daripada Uranus adalah dua kali ganda daripada jarak bulan daripada bumi.
Puck
Ditemui oleh kapal angkasa Vogayer pada tahun 1985 dan 1986.
'The Ice Giant'
Mengandungi jisim seperti cecair panas dan penuh dengan bahan berais yang terdiri daripada air,metana dan ammonia.
Berat
Mempunyai berat empat kali ganda lebih besar daripada bumi.
Bergas
Mempunyai atmosfera yang terdiri daripada molekul hidrogen dan atom helium.
'Rings'
Mempunyai 13 'rings'. Cincin yang paling dalam sempit dan gelap manakala cincin yang paling luar adalah terang.
Masa pendek
Mengambil masa hanya 17 jam untuk berputar pada paksi tetapi 84 tahun untuk melengkapkan putaran pada orbit matahari.
Warna yang biru
Metana menyerap cahaya merah daripada matahri tetapi memantul cahaya biru daripada matahari.
Tiada kehidupan
Planet Uranus tidak sesuai untuk diduduki oleh manusia
Kekuatan graviti
Permukaan graviti yang kurang. Walaupun bersaiz besar daripada bumi, uranus sangat ringan kerana bergas
Kita dapat melihat bahawa planet uranus sebenarnya antara salah satu planet yang mempunyai banyak ciri-ciri yang menjadikan kita kagum dan sebenarnya terdapat banyak lagi perkara mengenainya yang perlu diketahui. Bukan sahaja planet uranus, semua ciptaan yang terdapat di sistem suria adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dipelajari.
Elliot, J. L., Dunham, E., & Mink, D. (1977). The rings of Uranus. Nature, 267(5609), 328-330.
Miner, E. (2003). Uranus. Encyclopedia of Astronomy and Astrophysics, E1835.
Herschel, S. W. (2014). Sir William Herschel. Astronomers and Cosmologists, 87.
Newton, E. (2020, October 6). Interesting Facts About Uranus You Need to Know. Revolutionized; Revolutionized. https://revolutionized.com/planet-uranus-facts/