Terima Kasih Sudi Mengunjingi Laman Fenomena Aurora!!!
Ayuh Kita Terokai Bersama-sama Keajaiban Aurora yang Berlaku Dilangit.
Nama saya Nur Syafiqah Binti Mohd Mazinun, 2021307355 merupakan pelajar semester bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik di UiTM Kampus Puncak Alam Cawangan Selangor. Bagi melaksanakan tugasan kod kursus SCE523, saya telah ditugaskan untuk menerangkan berkaitan fenomena aurora kepada para pembaca.
Semoga Ilmu yang Dikongsikan Bermanfaat untuk Anda Semua
Adalah sukar untuk mentakrifkan secara terperinci fenomena-fenomena yang berlaku di langit seluruh pelosok Bumi. Namun wujud juga segelintir daripadanya sangat menakjubkan sehingga para ilmuwan mula mengkaji dan meneliti secara lebih mendalam.
Di langit, adanya suatu lapisan udara dikenali sebagai atmosfera yang terdiri daripada beberapa bahan gas dan ia melingkungi bumi secara menyuluruh. Jadi, terdapat beberapa fenomena yang menarik sering berlaku membabitkan dengan lapisan atmosfera dan salah satunya adalah fenomena Aurora. Di laman web ini, saya akan memperincikan lagi maklumat dan pengetahuan berkaitan fenomena Aurora dengan lebih lanjut.
Fenomena ini adalah salah satu keajaiban di langit berlaku pada waktu malam yang sering gelap namun tiba-tiba menjadi terang benderang dihiasi dengan pancaran cahaya yang menyala-nyala. Aurora kebiasaanya berlaku dikutub Bumi iaitu disekitar Kutub Utara (Borealis) dan Kutub selatan (Australis).
Secara saintifik, Aurora boleh berlaku kerana adanya interaksi antara medan magnet bumi (Atmosfera) bertindak balas dengan zarah-zarah dari sinaran suria. Partikel-partikel yang berasal dari matahari tersebut akan bergerak dengan kecepatan lebih dari 500 mile per saat dan berlanggar dengan medan magnet bumi di sekitar kutub utara dan selatan. Oleh sebab berlaku perlanggaran molekul-molekul tersebut, ia menghasilkan keajaiban alam berupa pancaran cahaya yang berwarna warni di lapisan ionosfera bumi.
KAJIAN SAINTIFIK
Untuk pengetahuan anda semua:
Aurora boleh terjadi kerana adanya MATAHARI,
Matahari mempunyai "Solar Cycle" dimana kitaran medan magnetik suria akan terhasil kembali pada setiap 11 tahun. Dalam jangka masa 11 tahun ini, berkemungkinan matahari akan berada dalam keaadan pasif mahupun aktif.
Macam mana menentukan Matahari sedang Pasif atau Aktif?
Jadi..
apabila matahari dalam keadaan aktif, medan magnet matahari yang kuat akan tertolak keluar dari permukaan matahari dan Sunspot pula akan wujud di permukaan tersebut. Plasma-plasma diluar permukaan matahari akan berinteraksi lebih aktif dengan medan magnet matahari yang tertolak keluar sehingga ia menyebabkan medan magnet itu terputus dan bebas dari permukaan matahari. Maka dari sini tercetuslah Angin Suria
Medan magnet bumi yang mempunyai 1001 manfaat dimana ia boleh melindungi penduduk bumi daripada hentaman Angin Suria yang boleh mengakibatkan kanser, mutasi genetik dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang berkemungkinan berlaku kepada kita. Walaubagaimanapun, angin suria sebenarnya terdiri dari banyak sudut dan hentamannya ke medan magnet bumi tidak akan sentiasa berlaku, namun jika sesuatu sudut mengenai permukaan medan magnet bumi, maka ia akan bertindak balas dengan zarah-zarah gas di bumi dan disini akan terbentuk pancaran cahaya yang pelbagai warna di langit malam.
Untuk Memburu Keindahan Aurora, Anda Boleh Merancang Perjalanan Ke Negara-Negara Adanya Kewujudan Aurora Ketika Matahari Aktif!!
Anda boleh menentukan waktu dan anggaran tarikh untuk ke negara-negara yang berlakunya Aurora berdasarkan keadaan matahari sama ada sedang aktif atau pasif. Dengan melayari laman sesawang https://www.spaceweather.com/, ia akan memudahkan lagi untuk anda mendapatkan maklumat berkaitan keadaan matahari terkini.
warna aurora
Aurora mempunyai pancaran cahaya yang berwarna hijau, merah, ungu, coklat kemerahan atau biru. kebiasaannya, cahaya warna-warni yang terpancar akan menjadi suatu perpaduan warna dimana warna-warna cahaya ini akan terlihat pada ketinggian yang berbeza di atmosfera.
Biru dan ungu: kurang dari 120 kilometer (72 mile)
Merah: lebih dari 180 km (108 mile), kecuali bila solar maksimum sangat aktif dalam Solar Cycle, warna merah mungkin muncul pada ketinggian antara 90 dan 100 km (54-60 mile) sahaja.
Perbezaan warna ini boleh terjadi karena kadar ion di setiap lapisan atmosfera adalah berbeza. Tindak balas ion Oksigen akan memancarkan cahaya merah dan kuning. Ion Nitrogen memancarkan merah, biru, dan ungu serta warna hijau di atmosfera disebabkan di lapisan ini ada ion Oksigen dan ion Nitrogen.
Sepertimana yang kita ketahui, planet Bumi dan matahari selalu terkait antara satu sama lain. Proses terjadinya aurora adalah salah satu contoh mekanisme yang berlaku disebabkan perkaitan antara mereka.
JENIS AURORA
Aurora borealis
Aurora Borealis adalah salah satu jenis aurora yang terjadi di bahagian utara bumi. Nama Borealis diambil sempena nama Dewi Fajar Rom, Aurora, dan juga gabungan perkataan daripada Yunani untuk angin utara, Boreas.
Di Eropah, aurora Borealis yang sering muncul terlihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah Matahari yang akan terbit dari arah itu. Jangkaan waktu kemunculan aurora Borealis sekitar bulan September-Oktober dan Mac-April.
Aurora Australis
Aurora Australis adalah aurora yang berlaku di kutub selatan bumi. Perkataan Australis diambil daripada perkataan Latin bermaksud Selatan, sedangkan Borealis berasal dari perkatan Yunani bermaksud angin utara. Aurora australis secara amnya didefinisikan sebagai fajar atau cahaya selatan.
Kedua-dua jenis aurora ini mempunyai sifat yang sama dan hanya berbeza lokasi dimana mereka dapat dilihat. Aurora australis hanya dapat dilihat ketara antara bulan Mac dan September. Hal ini kerana kutub Selatan hampir dalam kitaran setahun akan mendapatkan sinar matahari 24 jam sehari.
DOKUMENTARI
HEBAHAN
HEBAHAN KE MEDIA SOSIAL
kesimpulan
Akhir sekali, kita dapat lihat bahawa terdapat banyak fenomena-fenomena menarik di langit yang berlaku ditetapkan oleh Allah SWT iaitu Pemilik dan Pencipta Seluruh Alam Semesta. Kejadian fenomena Aurora bukan sahaja dapat menghiasi langit gelap malah ia juga mengajar tentang konsep interaksi medan magnet bumi dan partikael-partikel yang dibawa oleh angin suria dari matahari. Segala kejadian yang berlaku di muka bumi ini adalah dengan izinNya, maka kita sebagai hambanNYa hendaklah kena menyakini bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT. Saya berharap para pembaca mendapat informasi menarik dan bermanfaat dari laman sesawang ini.
REFERENCES
Fazekas, A., & Schneider, H. (2019). National Geographic Backyard Guide to the Night Sky, 2nd Edition (2nd ed.). National Geographic.
Sri Kusmiati Rahayu. (2012). aurora. SMA N 4 Karimum.Combo, L., & Viereck, R. (1996). Aurora. Space Environment Topics, 1–4. https://www.swpc.noaa.gov/sites/default/files/images/u2/Aurora.pdf
S. (2017, May 22). 6 Penyebab Terjadinya Aurora Di Daerah Kutub Yang Menakjubkan. IlmuGeografi.com. https://ilmugeografi.com/fenomena-alam/penyebab-terjadinya-aurora
Si cantik aurora, kok bisa warna-warni ya? (2016, March 11). Merdeka.Com. https://www.merdeka.com/pendidikan/si-cantik-aurora-kok-bisa-warna-warni-ya.html
Mustinda, L. (2020, January 9). 5 Fakta Aurora, Fenomena Pancaran Cahaya Cantik di Langit. detikTravel. https://travel.detik.com/international-destination/d-4853013/5-fakta-aurora-fenomena-pancaran-cahaya-cantik-di-langit