NORARINA RUSTAM (Biro Teknikal)
Nama: Norarina binti Rustam
Program/Kursus: Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik (ED248) di UITM Puncak Alam, Selangor.
Halaman ini akan membincangkan subtopik berkenaan:
Tamadun Islam
Perkembangan Astronomi Tamadun Islam
Sumbangan Astronomi Zaman Tamadun Islam
'' keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat ''
'' pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni ''
kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah atau dalam erti kata lain, keimanan
peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia
meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk perlakuan atau tindakan dalam kehidupan seharian
Minat manusia mengkaji dan memerhati objek di langit bermula sejak dari tamadun awal manusia lagi. Manusia yang hidup pada zaman tamadun Yunani, Babylon, China dan India menggunakan pemerhatian objek di langit untuk tujuan berburu, pelayaran, pertanian dan menentukan sambutan perayaan tertentu dalam masyarakat mereka. Oleh itu, menjadi keperluan bagi manusia pada zaman itu untuk membentuk ilmu astronomi yang tersendiri bagi mengawal selia aktiviti mereka (Aizan, n.d).
Perkembangan ilmu astronomi yang terawal tertumpu kepada beberapa tamadun utama yang terawal, iaitu tamadun Maya, Sumeria, Babylon, Yunani dan China. Lokasi di mana bertapaknya tamadun Sumeria dan Babylon di Mesopotamia merupakan tempat yang sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 9 M sehingga 15 M. Kaum Assyrian di Sumeria (sekarang di selatan Iraq), kira-kira 2000 tahun S.M telah merekodkan kejadian-kejadian gerhana yang berlaku di tempat mereka melalui artifak dan lukisan purba (Aizan, n.d).
Astronomi Islam berkembang pesat selepas proses penterjemahan karya-karya monumental dari bangsa Yunani dan karya ilmu astronomi India kepada bahasa Arab. Terdapat 3 peringkat penterjemahan karya Yunani pada zaman Abbasiyyah iaitu fasa pertama melibatkan penterjemahan karya logik, mantik, matematik dan perubatan, manakala fasa kedua adalah penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab dalam bidang falsafah dan fasa ketiga adalah proses penterjemahan lebih teratur dan paling meluas dengan wujudnya bait al-Hikmah yang diasaskan oleh Khalifah Al-Makmun (Aizan, n.d).
Setelah zaman Abbasiyyah, ahli-ahli falak pada zaman Uthmaniyyah kemudiannya meneruskan aktiviti falak secara sederhana manakala, empayar Moghul di India sekitar pertengahan kurun ke-17 M telah menjadi lokasi terakhir terbinanya balai cerap dalam tamadun Islam dengan beberapa hasil kajian lagi. Di antara kejayaan kajian-kajian ilmu falak pada zaman ini termasuklah kajian bagi mendapatkan nilai tepat pusingan sinod bagi bulan, pengesahan titik hitam matahari serta menjumpai beberapa objek bintang yang disyaki sebagai planet. Objek bintang yang dikaji oleh ahli-ahli falak Islam di India ini sebenarnya ialah planet Uranus, Neptun dan Pluto yang disah dan dinamakan oleh ahli-ahli astronomi di Eropah satu abad selepasnya (Aizan, n.d).
Sumbangan besar astronomi pada zaman kegemilangan tamadun Islam dapat dilihat dalam beberapa perkara yang utama adalah mencadangkan teori planet yang baru. Nasir al-Din al-Tusi dan Qutb al-Din al-Shirazi misalnya telah memperbaharui teori tentang bintang atau planet yang diperkenalkan oleh ahli Astronomi Greek dengan memperkenalkan teori baru tentang kedudukan planet. Hasil daripada perbincangan ahli-ahli astronomi dan cerapan di Balai Cerap Maragha telah menghasilkan teori pertama menolak pandangan Ptolemy tentang teori planet. Kepler dan Coppernicus juga sangat terkesan dengan teori-teori ilmuwan Islam khususnya tentang teori planet. Selain itu, sumbangan kreatif seperti Astrolab, rubu’ mujayyab dan balai-balai cerap di seluruh dunia. Di kalangan ahli astronomi di Andalusia yang terkenal ialah MaSha’allah yang telah menulis mengenai Astrolobe dan meteorologi. Astrolab yang dihasilkan telah digunakan oleh orang Eropah sehingga kurun ke 12 M. Dengan penggunaan alat ini, mereka telah menentukan saiz bumi dengan lebih tepat daripada apa yang telah dilakukan oleh orang Greek sebelum ini. Selain itu, Ali bin Khalaf yang berbangsa Andalusia abad ke-11 telah mencipta “piringan” sejagat, iaitu spera projek sistereograf di atas satah yang bergarisan tegak dengan titik gerhana.
Interview 2
1. Anda tahu tak tentang astronomi?
2.Pada pandangan anda apa itu astronomi?
3.Pada pandangan cik, sewaktu Islam masih belum berkembang di tanah Arab, mereka sudah tahu astronomi belum?
4. Orang Arab zaman sebelum pra islam dah ada ilmu mengenai astronomi ke?
5. Bila astronomi berkembang di kalangan masyarakat Arab?
6.Namakan zaman tamadun Islam yang anda tahu?
Interview 3
1.Anda tahu tak tentang astronomi?
2.Pada pandangan cik, apa itu astronomi?
3.Apa pendapat cik mengenai ilmu astronomi masyarakat pada zaman itu? Bagaimana mereka sudah mempunyai pengetahuan sebegitu?
4.Orang Arab zaman sebelum pra islam sudah ada ilmu mengenai astronomi atau tidak?
Berikut adalah video dokumentari yang mengandungi konten perkembangan astronomi pada zaman keemasan tamadun Islam dan hasil daripada interview orang-orang awam. Antara persoalan yang diajukan adalah:
Interview 1
1. Anda tahu tak tentang tamadun-tamadun islam?
2. Nyatakan contoh-contoh zaman tamadun islam yg cik tahu?
3.Ilmu astronomi pada zaman tamadun Islam sudah berkembang atau tidak di kalangan masyarakat arab?
4.Boleh namakan tokoh astronomi yg cik tahu?
Berikut adalah infografik yang menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan astronomi pada zaman keemasan tamadun Islam
dirujuk daripada SEJARAH DAN FAKTOR PERKEMBANGAN ASTRONOMI ISLAM DI MALAYSIA: SATU PENELITIAN (History and Factor of Islamic Astronomy Development in Malaysia: An Analysis) yand ditulis dan disediakan oleh Aizan bt Ali @ Mat Zin, Khadijah bt Ismail dan Mohammaddin b Abdul Niri. Sumber boleh diperoleh daripada http://commonrepo.um.edu.my/12611/1/Page%201-18.pdf
Disertakan video-video yang berkaitan dengan astronomi dan tamadun Islam daripada laman sesawang youtube untuk pengetahuan lebih lanjut. Semoga bermanfaat buat semua!
Secara ringkasnya, perkembangan astronomi sewaktu zaman keemasan tamadun Islam bermula dari satu peringkat ke satu peringkat dan antara faktor terbesar perkembangan tersebut adalah disebabkan berlakunya penterjemahan karya-karya, perluasan wilayah dan juga perbincangan antara para ilmuwan dan tokoh-tokoh Islam. Sumbangan hasil daripada perkembangan tersebut adalah Astrolab, rubu’ mujayyab dan balai-balai cerap di seluruh dunia.