~~ Be a star and follow the Milky Way ~~
Hi Assalamualaikum! Selamat Datang Saudara dan Saudari semua!
Saya,
NURAQELA BINTI NORDIN
2021364807
ED248; Bachelor of Science Education (Hons.) Physics
UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam
Dalam halaman ini, akan diterangkan segala mengenai Milky Way. Jadi, marilah sama-sama kita menerokai Milky Way!
Milky way dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai Bima Sakti iaitu sebuah galaksi pilin berpalang yang merupakan sebahagian galaksi Kumpulan Tempatan dan terletaknya Sistem Suria. Satah galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai jalur cahaya di langit malam dan rupa jalur cahaya berkenaan merupakan inspirasi kepada nama galaksi ini.
Masyarakat Melayu juga pernah menamakan jasad ini "Bintang Temabur" atau dieja juga "Bintang Temabor" yang kemudiannya diluaskan maksud kepada semua jasad raya atau galaksi seumpamanya, kata "temabur" merupakan terbitan kata dasar "tabur" lalu bererti "bertaburan".
Cakera najam galaksi Bima Sakti mempunyai garis pusat lebih kurang 100,000 tahun cahaya dan purata ketebalannya dipercayai kira-kira 1,000 tahun cahaya. Bima Sakti juga dipercayai mempunyai kira-kira 200 bilion bintang dan mungkin lebih 400 bilion bintang, angka sebenar bergantung kepada bilangan bintang yang mempunyai jisim yang sangat rendah di mana belum pasti sepenuhnya. Jauh di luar cakera najam mengandungi gas yang lebih tebal. Pemerhatian baru-baru ini menunjukkan bahawa cakera bergas Bima Sakti mempunyai ketebalan sekitar 12,000 tahun cahaya iaitu 2 kali ganda nilai yang diterima sebelum ini. Sebagai panduan kepada skala fizikal relatif Bima Sakti, jika telah dikurangkan kepada 130 km (80 batu) diameter, Sistem Suria pasti cuma 2 mm iaitu 0.08 inci lebar.
Amatlah sukar bagi menentukan umur di mana Bima Sakti telah dibentuk, namun umur bintang tertua di Bima Sakti yang dijumpai setakat ini berusia lebih kurang 13.3 bilion tahun, hampir setua dengan alam semesta itu sendiri. Anggaran tersebut berdasarkan pada kajian yang dilakukan oleh sepasukan ahli astronomi pada tahun 2004 menggunakan Spektrograf Echelle Penglihatan-UV dari teleskop yang amat besar bagi mengukur untuk pertama kalinya, kandungan berilium pada dua bintang dalam kelompok globul NGC 6397. Dengan memasukkan umur anggaran bintang dalam kelompok globul (13.4 ± 0.8 bilion tahun), mereka menganggar umur bintang tertua dalam Bima Sakti iaitu 13.6 ± 0.8 bilion tahun. Berdasarkan penerangan di atas, cakera galaksi yang nipis dianggarkan telah dibentuk antara 6.5 dan 10.1 bilion tahun dahulu.
Bima Sakti terdiri daripada bahagaian teras berbentuk palang yang dikelilingi cakera gas, debu dan bintang yang membentuk empat struktur lengan yang jelas yang berlingkar-lingkar keluar dalam corak pilin logaritma. Taburan jisim dalam Bima Sakti hampir serupa pengelasan Hubble Sbc, di mana galaksi pilin yang mempunyai lengan belitan agak longgar. Pada tahun 2006, jisim Bima Sakti dikatakan lebih kurang 5.8×1011 jisim suria (M☉) yang mengandungi 200 hingga 400 bilion bintang. Magnitud penglihatan terkamir mutlak telah dianggarkan menjadi -20.9. Kebanyakan jisim Bima Sakti dipertimbang menjadi jirim hitam, membentuk halo jirim hitam dengan anggaran 600-3,000 bilion M☉ yang mungkin tersebar sama rata.
Galaksi Bima Sakti, sebagaimana pandangannya dari Bumi yang berada pada salah satu lengan galaksi pilin, kelihatan sebagai jalur berkabut daripada cahaya putih dalam langit malam melengkung melintasi seluruh sfera cakerawala yang bermula dari bintang-bintang dan bahan lain yang terletak dalam satah galaksi.
Bima Sakti tampak paling terang dalam arah buruj Sagittarius, ke arah pusat galaksi. Fakta bahawa Bima Sakti membahagikan langit malam kepada lebih kurang dua hemisfera yang sama menunjukkan bahawa Sistem Suria berada dekat dengan satah galaksi. Bima Sakti mempunyai permukaan kecerahan yang agak rendah menyebabkan ia sukar dilihat dari kedudukan bandar mahupun subbandar manapun yang dijejaskan oleh pencemaran cahaya.
Ahli astronomi percaya Bima Sakti bergerak selaju 600 km/s berbanding dengan galaksi berdekatan lain. Kebanyakan kajian baru-baru ini menganggarkan julat dari 130 km/s hingga 1,000 km/s. Jika Bima Sakti bergerak pada 600 km/s, Bumi bergerak sejauh 51.84 juta km setiap hari atau lebih 18.9 bilion km setiap tahun, lebih kurang 4.5 kali ganda jarak terdekat dari Pluto. Pemerhatian yang berasingan yang disediakan sinaran latar mikrogelombang kosmos (CMB) mengesahkan Bima Sakti bergerak sekitar 552 km/s berkenaan dengan foton CMB.
Cakera galaksi dikelilingi oleh halo sferoid dari bintang tua dan kelompok globul di mana 90% terletak dalam 100,000 tahun cahaya, menyarankan halo sferoid bergaris pusat 200,000 tahun cahaya. Penemuan akhir-akhir ini menyatakan bahawa cakera Galaksi Andromeda memanjang lebih jauh daripada yang ditafsirkan sebelumnya, kebarangkalian cakera Bima Sakti memanjang lebih jauh adalah jelas dan ini menyokong bukti penemuan baharu pemanjangan Lengan Luaran pada Lengan Cygnus.