Tentang Saya
Assalamulaikum dan hai semua, disini saya kongsikan info dan juga fakta menarik mengenai salah satu fenomena menarik di langit iaitu Fenomena Ekuinoks. Semoga semua yang saya kongsikan bermanfaat untuk anda semua
Nama: Nazatul Syafiqa bt Muhammad Zamri Kamil
Program: Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik
Kampus: UiTM Puncak Alam
Merupakan salah satu fenomena astronomi yang berlaku apabila kedudukan matahari selari dengan garisan khatulistiwa. Hal ini menyebabkan kedudukan matahari dan bumi berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.
Fenomena ekuinoks terjadi apabila matahari bergerak melintasi garisan khatulistiwa bagi mengubah posisinya dari hemisfera selatan kepada hemisfera utara selepas 6 bulan pada kedudukan yang sama. Ekuinoks juga berlaku 2 kali setahun iaitu pada Mac dan September.
Apakah perbezaan Ekuinoks bulan Mac dengan Ekuinoks bulan September?
Ekuinoks bulan Mac menandakan musim bunga di Hemisfera Utara dan musim luruh di Hemisfera Selatan. Ekuinoks bulan September pula menandakan musim luruh di Hemisfera Selatan dan juga Hemisfera Utara.
Pertukaran posisi matahari dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan menyebabkan suhu bumi meningkat. Selain itu, jangka masa siang dan malam menjadi sama iaitu 12 jam. Bagi negara beriklim tropika sebagai contoh Malaysia kebiasaannya suhu akan lebih panas kerana matahari berada tepat pada garisan khatulistiwa.
Infografik
Video Mengenai Fenomena Ekuinoks
Kewujudan musim-musim yang berlainan disebabkan perubahan hemisfera dari utara ke selatan ini mewujudkan perubahan unik terhadap ciri-ciri fizikal di muka bumi ini yang sudah pastinya sangat mengujakan dan mempesonakan. Perbezaan ini sudah tentunya mempengaruhi pelbagai aktiviti seluruh hidupan yang mendiami muka bumi ini, terutamanya manusia.
1) (2022). Ting 6R : Geografi 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan ekuinoks dan solstis ? [5m]. Retrieved 12 January 2022, from http://smrpanjang.blogspot.com/2007/06/ting-6r-geografi-1-apakah-yang_25.html
2) Abdul Rahim, R. (2022). Bumi makin panas | Berita Harian. Retrieved 19 January 2022, from https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/03/37495/bumi-makin-panas