NURUL ANIS NABILA BT MOHAMMAD YUSRI
2021307333
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SAINS (KEPUJIAN) FIZIK
UiTM SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM
SELAMAT DATANG KE BAHAGIAN SUBTOPIK SAYA IAITU TOKOH-TOKOH DAN AHLI ASTRONOMI BARAT. DI BAHAGIAN INI, ANDA DAPAT MENGETAHUI TENTANG AHLI ASTRONOMI BARAT YANG TELAH MENEMUI RUANG ANGKASA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA LAMAN INI !!
Untaian tokoh dan ahli astronomi barat
Ahli-ahli astronomi purba daripada Timur Tengah, China dan India telah membuat pemerhatian terhadap pergerakan matahari, bintang dan bulan.
Ahli astronomi purba seperti orang Greek telah cuba menerangkan pergerakan planet dan bintang.
Antara sumbangan ahli-ahli astronomi dalam bidang astronomi adalah seperti berikut:
AHLI ASTRONOMI BARAT SERTA PENEMUAN MEREKA
Mengkelaskan bintang berdasarkan kecerahannya.
Menemui pengiraan penentuan ekuinoks.
Memperkembangkan teori Sistem Suria.
Ptolemy mempertahankan prinsip geosentrik dan pergerakan memusat yang sekata (uniform circular motion) namun beliau menambah epicycles, deferents dan equants.
Beliau mengatakan bahawa pergerakan planet mengikut bulatan yang kecil iaitu epicycle.
Ahli astronomi pertama yang mencadangkan Bumi berputar pada paksinya dan bergerak mengikut orbit yang tersendiri.
Aristotle membuat anggaran mengenai saiz bumi adalah kira- kira 1/3 daripada saiz asalnya
Mencadangkan Bumi berbentuk sfera dan bukannya mendatar.
Beliau juga mempertahankan teori geosentrik iaitu matahari, bulan dan bintang mengelilingi bumi
Copernicus memperkenalkan teori heliosentrik iaitu matahari sebagai pusat sistem suria
Ahli astronomi pertama yang mencadangkan Matahari adalah pusat Sistem Suria.
Beliau mempercayai bahawa bumi berputar di atas paksinya sendiri dan mengelilingi matahari sekali setahun.
Menyatakan setiap planet mempunyai orbit tersendiri dan orbit-orbit planet berbentuk bulatan.
Mencipta teleskop astronomi yang pertama Galileo telah membuat inovasi terhadap teleskop sehingga dapat memperbesar sehingga 30 kali ganda yang akhirnya membolehkannya membuat pemerhatian terhadap angkasa.
Menggunakan teleskopnya untuk memerhati: Permukaan bulan, Tompok matahari, Planet Zuhal (Saturn) dan gelangnya, Empat bulan yang mengorbit Planet Musytari (Jupiter).
Mengumpulkan pemerhatian lengkap mengenai kedudukan matahari, bulan, dan planet selama 20 tahun.
Mencadangkan model sistem solar iaitu matahari dan bulan mengelilingi bumi dan planet dikelilingi oleh matahari
Menyatakan bahawa orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di tengah.
Menyatakan bahawa keluasan orbit mempengaruhi kelajuan dan tempoh planet bergerak.
Sumbangan daripada ahli astronomi telah dapat menimbulkan minat seluruh masyarakat, bahawa ilmu astronomi amat penting kepada manusia, dan menjana rasa ingin tahu tentang fenomena alam.
Dengan perkembangan sains astronomi, manusia mampu mencipta alat teknologi canggih untuk memerhati fenomena alam, sekali gus menjadikan sains astronomi lebih berkembang, dan penemuan menakjubkan dibuat dari semasa ke semasa.
Gibson, C. (2005). The Astronomy Handbook : Guide to The Night Sky. New Jersey: Silverdale Books.