Hi!
Nama saya Nurul Athirah Binti Arman. Saya merupakan pelajar semester 2 dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik (ED248) di UITM Puncak Alam. Melalui subjek SCE523 (Science, Technology & Society) ini, saya akan berkongsi tentang bulan. jadi, marilah bersama sama saya, kita menambah ilmu pengetahuan kita tentang bulan.
Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar daripadanya
Menstabilkan goyangan bumi
Melindungi Bumi dari hentaman benda langit seperti komet dan asteroid
Graviti bulan membantu memperlambatkan putaran bumi
Tarikan graviti bulan menyebabkan terjadinya kejadian air pasang surut di bumi
Membantu penyesuaian perubahan musim daripada cuaca yang ekstrem dan kejadian malam dan siang yang terlalu pendek.
Bulan adalah satelit semula jadi bumi dan satu-satunya satelit yang dimiliki oleh bumi dan terletak kira-kira 384 kilometer dari bumi
Bulan mempunyai atmosfera yang sangat nipis dan lemah, dipanggil eksosfera
Permukaan bulan tidak rata dan mempunyai kerak
Di Bulan tidak terdapat udara ataupun air
Graviti di permukaan Bulan adalah satu perenam daripada Bumi
Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya Matahari.
Para saintis percaya bahawa Bulan terbentuk awal dalam sejarah sistem suria selepas Bumi dan objek sebesar Marikh bertembung antara satu sama lain. Hentakan itu menghantar ketulan Bumi dan hentaman ke angkasa lepas yang ditarik bersama oleh graviti dan akhirnya membentuk Bulan.
Fasa bulan telah dinamakan mengikut urutan iaitu Anak Bulan/Bulan Baru (New Moon), Bulan Sabit Baru (Waxing Crescent), Bulan Separa Pertama (First Quarter), Bulan Purnama Baru (Waxing Gibbous), Bulan Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan Purnama Lama (Waning Gibbous), Bulan Separa Akhir (Last Quarter), Bulan Sabit Lama (Waning Crescent).
Anak Bulan/Bulan Baru - fasa bulan yang berlaku apabila bulan yang bergerak dalam orbit mengelilingi bumi berada di antara bumi dan matahari iaitu berada sebaris atau bersilangan dengan matahari jika dilihat dari bumi. Pada ketika ini, bahagian permukaan bulan yang gelap (yang tidak disinari cahaya matahari) akan menghadap ke arah bumi. Oleh itu, bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
Bulan Sabit Baru & Lama - sebahagian kecil (1% - 49%) sahaja permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
Bulan Separa Pertama & Akhir - separuh (50%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
Bulan Purnama Baru & Lama - lebih separuh (55% - 99%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
Bulan Purnama/Penuh - fasa bulan yang berlaku apabila bulan berada di sebelah bertentangan dengan bumi dan matahari. Pada kedudukan ini, seluruh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari akan menghadap bumi dan kelihatan bulat.