Mengapakah Gerhana Matahari tidak berlaku sekali dalam satu bulan?
Orbit Matahari, Bulan dan Bumi tidak terletak pada satah yang sama. Sebagai analoginya, jika Bumi, Matahari, dan Bulan berada di atas meja, mereka berada dalam satah yang sama. Tetapi, kadang-kadang Bulan akan menjadi sedikit ke atas meja, pada masa lain ke bawah sedikit. Hanya apabila Bulan dan Matahari berada di "atas meja pada satah yang sama" barulah gerhana boleh berlaku.
Apakah yang akan dilihat jika kita berdiri di Bulan apabila Bumi mengalami gerhana matahari penuh?
Dari Bulan, kita boleh melihat bayang-bayang Bulan melintasi Bumi
Mengapakah gerhana penuh lebih istimewa berbanding gerhana separa dan gerhana cincin?
Hal ini kerana hanya segelintir yang bernasib baik berada dalam laluan keseluruhan (path of totality), Bulan akan menutupi semua bahagian Matahari yang terang, membolehkan "korona", lingkaran cahaya bercahaya, kelihatan melaluinya. Ia tidak kelihatan dalam gerhana separa (walaupun 95%!) atau dalam gerhana cincin, kerana matahari sangat terang. Satu lagi bahagian cantik gerhana penuh ialah "cincin berlian" apabila hanya sebahagian kecil matahari tidak dilindungi.
Adakah semua Gerhana Matahari Penuh adalah sama?
Tidak, semasa 'solar maximum' korona lebih cerah dan lebih simetri. Semasa 'solar minimum', korona mempunyai lebih banyak struktur lanjutan berhampiran khatulistiwa suria dan lubang koronal dengan garisan medan magnet hampir menegak berhampiran kutub.
Adakah Gerhana Matahari selamat untuk dilhat dengan mata kasar?
TIDAK! Gerhana matahari adalah BERBAHAYA kecuali bagi mereka yang bertuah dalam laluan totaliti (path of totality), dan hanya semasa gerhana itu penuh sahaja selamat untuk dilihat dengan mata kasar, teropong dan teleskop . Jangan sekali-kali halakan teleskop atau teropong ke arah Matahari melainkan ia mempunyai penapis khas di HADAPAN (sebelah matahari), bukan hanya pada kanta mata. Untuk gerhana matahari separa atau cincin, anda perlu menggunakan pelindung mata khas atau penapis kamera khas. Anda boleh menggunakan pinhole projection, "cermin mata gerhana" khas atau kaca pengimpal