"The face of the sun is not without expression, but it tells us precious little of what is in its heart." -Armin J.Deutsch, Astronomer and Science Fiction Writer.
"The face of the sun is not without expression, but it tells us precious little of what is in its heart." -Armin J.Deutsch, Astronomer and Science Fiction Writer.
Terdapat begitu banyak fenomena yang pelik namun menarik yang pernah berlaku dalam Malaysia atau luar negara. Fenomena ini terjadi disebabkan oleh kejadian alam yang berlaku di bumi atau di ruangan angkasa lepas.
Objektif:
Mengenali definisi fenomena.
Mengenalpasti pelbagai fenomena - fenomena di langit.
Hubungkait fenomena alam dalam Hadith.
Fenomena Alam di Langit boleh menjadi fenomena yang sangat jarang dan unik. Sejak zaman dahulu lagi, manusia sangat berminat untuk mengkaji fenomena alam di langit, pelbagai fenomena alam yang menakjubkan di langit sering berlaku, salah satunya yang pernah kita dengar ialah fenomena semula jadi bulan kembar. Salah satu cabang sains yang mengkaji benda angkasa ialah Astronomi, manusia menggunakan pemerhatian mereka untuk menyokong kehidupan seharian mereka, seperti belayar, terbang, dan termasuk pertanian. Adakah anda tahu apakah fenomena yang berlaku di langit?
Antara fenomena alam di langit ialah:
Awan seri pagi
Gerhana Matahari
Aurora
Super moon
Ekuinoks
Light Pillar
Hujan Meteor
Antara teori yang telah dikaitkan dengan kejadian pemisahan di antara langit dan bumi ialah Teori 'Big Bang'. Teori ini,asasnya ialah daripada General Theory of Relativity yang telah diasaskan oleh Albert Einstein pada tahun 1915 dan diperkukuhkan lagi oleh Alexander Freidmann pada tahun 1922. Ia menyatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu, yang dinamakan sebagai Big Bang. Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya .Pelbagai saintis,ahli astronomi dan ahli fizik telah mengukuhkan teori 'Big Bang' dengan mengemukakan idea-idea baharu mengenainya.
Selain itu, saintis yang kagum dengan kenyataan Al-Quran ini adalah profesor Yoshihide Kozai daripada Universiti Tokyo, Jepun. Beliau adalah pengarah Natioal Astronomical Observatory di Mikata, Tokyo, Jepun. Beliau ditunjukkan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi. Selepas mengkaji ayat-ayat itu, beliau merasakan seolah-olah ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat tertinggi. Kuasa yang menceritakan kejadian ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku. Berhubung dengan kejadian langit dan bumi daripada asap, beliau berpendapat penemuan-penemuan semasa menunjukkan fenomena-fenomena ini benar-benar berlaku. Alam sebelum ini memang wujud dalam bentuk gumpalan asap. Daripada asap itulah lahirnya bintang-bintang dan kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam ini.
Akhirnya beliau berkata, "Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdapat di dalam Al-Quran. Dengan membaca Al-Quran dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul, saya rasa saya akan menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang." Hal ini dilaporkan di dalam A Brief Understanding Islam, Darus Salam Publications,edisi kedua, Mei 1990.
Dalil tentang penciptaan langit dan bumi terdapat di dalam surah Al Baqarah ayat 117, yang menjelaskan tentang kekuasaan Allah yang dengan kebesaranNya telah menciptakan langit dan bumi dengan penuh keindahan dan keunikan yang sungguh luar biasa dan tiada tandingannya. Dalam surah At-Talaq ayat 12 menjelaskan bahwasanya langit yang Allah ciptakan terdiri daripada tujuh lapisan, begitu juga dengan bumi. Keterangan pada surah tersebut juga dibuktikan oleh para ilmuan pada abad 21
“To Him is due the primal origin of the heavens and the earth: When He decreed a matter, He saith to it: "Be," and it is.” — Surah Al-Baqarah (2:117)
Untuk mengenali lebih lanjut tentang fenomena-fenomena di langit,
mari kita dalami video - video ini:
“The moon is the first milestone on the road to the stars.” '
Arthur G.Clarke, Science Fiction Writer
Kredit: Facebook Planetarium Negara
Kredit: Jeremy George (https://www.pinterest.com/pin/434386326530410645/)
Kredit: BNPB Indonesia (https://desainposterbagus.blogspot.com/2019/03/poster-tentang-bencana-alam.html)
Keindahan alam semesta dengan segalanya isinya. Semuanya diciptaan oleh Allah SWT dengan teratur dan seimbang. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menitik beratkan pada penjagaan alam semesta agar kita dapat menghindari daipada bencana. Jika diteliti kepada penciptaan alam semesta yang seimbang, peredaran objek-objek di langit yang teratur sehingga tiada berlaku pertembungan antara dua pplanet, maka kita ketahui bahawasanya Allah SWT itu bersifat Maha Teliti dan Maha Kuasa.
“One should not search for anything behind the phenomena.
They themselves are the message.”
Johann Wolfgang von Goethe
FENOMENA AWAN SERI PAGI
Apakah itu Awan Seri Pagi (ASP) ?
Sejarah ASP
Struktur ASP
Punca
Keadaan Sinoptik yang Menggalakkan Pembentukan di Timur Laut
ASP Selatan
ASP Berinteraksi
GERHANA MATAHARI
Pengenalan kepada Gerhana Matahari
Bagaimana Gerhana Matahari terjadi
Fasa-fasa dan jenis-jenis Gerhana Matahari
Info menarik mengenai Gerhana Matahari
AURORA
Pengenalan kepada fenomena aurora
Mekanisme kejadian fenomena aurora.
Jenis Aurora
Lokasi dan masa boleh terbentuknya fenomena aurora
FENOMENA SUPERMOON
Apakah supermoon
Kedudukan bulan semasa fenomena
prigee vs apogee
kejadian supermoon
kesan daripada supermoon
FENOMENA EKUINOKS
Apa itu Fenomena Ekuinoks?
Bagaimana Fenomena Ekuinoks boleh berlaku?
Apakah kesan Fenomena Ekuinoks?
Apakah perbezaan Ekuinoks bulan Mac dengan Ekuinoks bulan September?
FENOMENA TIANG CAHAYA
Apa itu Tiang Cahaya?
Penyebab terjadinya fenomena tiang cahaya?
Apakah pandangan orang terhadap tiang cahaya?
Definisi Meteoroid, Meteor dan Meteorit
Apa itu hujan meteor dan bagaimana ia terjadi?
Jenis-jenis hujan meteor
Adakah meteoroid dan Asteroid boleh menghentam Bumi?
Meteorit yang dijumpai di Bumi